Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang
Di empat negeri sehingga pukul 10 pagi ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MetMalaysia, kawasan yang terlibat termasuk Kedah
(Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, dan Bandar Baharu) serta seluruh Pulau Pinang.
Di samping itu, cuaca buruk yang sama turut diramalkan melanda Perak, melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, serta Perak Tengah.
“Ribut petir juga dijangka berlaku di Sarawak, khususnya di kawasan Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, dan Sarikei (Pakan dan Julau),” menurut laporan MetMalaysia.