AMANAH serah memorandum kepada YDP Agong mohon tubuh RCI isu kartel daging

AMANAH serah memorandum kepada YDP Agong mohon tubuh RCI isu kartel daging

AMANAH hari ini menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memohon penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu kartel daging import.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pendedahan berkenaan kartel daging yang diragui status halalnya menuntut perlunya RCI ditubuhkan segera bagi siasatan secara menyeluruh.

Siasatan secara telus itu penting bagi memastikan pihak yang terlibat menjadi dalang memandangkan tindakan mereka amat tidak bertanggungjawab.

Serahan memorandum di Istana Negara hari ini susulan penegasan AMANAH dalam konvensyen tahunan parti tersebut minggu lalu.

Parti komponen Pakatan Harapan (PH) tersebut menekankan isu kartel daging melibatkan masalah lebih membarah merangkumi soal penyeludupan di pintu masuk penting keselamatan negara, rasuah, habuan tertentu dan salah guna label halal.

Sehubungan itu, AMANAH menuntut pihak berwajib khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat agensi yang terlibat dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Turut perlu disiasat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Penubuhan RCI itu juga bagi menyiasat tahap keselamatan pintu masuk negara dan tahap integriti pelabelan halal JAKIM bagi daging import serta mendedahkan rangkaian yang terlibat.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/rci-kartel-daging-amanah-serah-memorandum-di-istana-negara/