Amanah pecat keahlian Adun Sabak

Amanah pecat keahlian Adun Sabak

Mesyuarat Lembaga Tatatertib Parti Amanah Negara (AMANAH) yang diadakan pada 27 Julai 2020 mengambil ketetapan untuk memecat ahli Parti, saudara Ahmad Mustain bin Othman yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sabak dari Negeri Selangor.

Keputusan ini dibuat apabila beliau didapati melanggar disiplin sebagai ahli seperti ditetapkan Fasal 21.12 Perlembagaan Parti Amanah Negara. Pemecatan ini selaras dengan Fasal 21.8 Perlembagaan Parti Amanah Negara yang memberi kuasa kepada Lembaga Tatatertib untuk memecat mana-mana ahli yang didapati melanggar disiplin dan arahan Parti.

DATUK WIRA DR MOHD HATTA BIN MD RAMLI
Setiausaha Agung

COMMENTS