AMANAH Parit Buntar buka Pusat Komuniti bantu penduduk DUN Kuala Kurau

Oleh MHDAILY

AMANAH Kawasan Parit Buntar mengiatkan usaha mendekati dan membantu rakyat melalui pembukaan Pusat Komuniti AMANAH DUN Kuala Kurau di Simpang Tiga, Kuala Kurau.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa semasa merasmikan Pusat Komuniti tersebut berkata, AMANAH Parit Buntar membuat pendekatan terbaik mendekati rakyat akar umbi , apatah lagi bagi golongan yang memerlukan perhatian khasnya dalam DUN Kuala Kurau

“ Pembukaan Pusat Komuniti AMANAH DUN Kuala Kurau akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh wakil rakyat yang telah melompat parti.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Pusat komuniti ini akan menyediakan akses kepada rakyat menyalurkan permasalahan untuk diselesaikan” katanya

Beliau berkata, setiap aduan yang diterima akan disalurkan terus kepada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar untuk diselesaikan

“ Saya sebagai Ahli Parlimen Parit Buntar bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar akan membantu menyelesaikan aduan berkenaan

“ Sekiranya aduan berkenaan membabitkan penyelesaian dari jabatan kerajaan, pihak kami akan menyalurkan aduan tersebut kepada pihak berwajib”katanya

Sementara itu, Ketua AMANAH Parit Buntar, Adnan Abdul Rahman berkata, AMANAH Parit Buntar membuka Pusat Komuniti AMANAH DUN Kuala Kurau bagi memenuhi keperluan cawangan AMANAH yang semakin bertambah dalam DUN Kuala Kurau

“ Bilangan cawangan AMANAH dalam DUN Kuala Kurau sudah melebihi 20 cawangan, justeru pusat komuniti ini diperlukan bagi membantu cawangan AMANAH bergerak menjalankan aktiviti

“ Pembukaan pusat komuniti ini juga diharap membuka peluang kepada AMANAH Parit Buntar menambah lebih banyak ahli dan cawangan dalam DUN kuala Kurau” katanya

Beliau juga berharap pusat komuniti yang dibuka mampu memberi manfaat kepada penduduk dalam DUN Kuala Kurau.

Majlis perasmian Pusat Komuniti AMANAH DUN Kuala Kurau bermula dengan bacaan yaasin dan doa selamat telah dihadiri lebih 70 ahli AMANAH dari cawangan-cawangan dalam DUN Kuala Kurau

Turut hadir Anuar Ahmad , Ketua Cabang PKR Parit Buntar, Penyelaras DUN Kuala Kurau , Hamdan Fadel Ahmad dan Ketua Pemuda AMANAH Parit Buntar Mohamad Nakhaei Abd Wahab.