Amanah mahu lahirkan lebih ramai pemimpin muda yang mampu memimpin negara

Amanah mahu lahirkan lebih ramai pemimpin muda yang mampu memimpin negara

Amanah hari ini menyuarakan hasrat parti itu untuk melahirkan sekurang-kurangnya 50 pemimpin pemuda parti yang mampu menerajui negara suatu hari nanti.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata ketua pemuda parti itu Shazni Munir Mohd Ithnin ditugaskan untuk melaksanakan perkaderan terhadap 500 pemimpin pemuda parti itu.

Daripada 500 pemimpin pemuda, kepemimpin parti itu akan menjadikan 50 daripada mereka menjadi pemimpin Melayu-Islam dengan kualiti untuk menjadi pemimpin negara.

“Sampai masanya, dalam 500 (pemuda) ini, saya mahu 50 orang bukan sekadar boleh memimpin Amanah, tapi memimpin negara.

“Yang pidatonya, ceramahnya, isinya, pemikirannya, perwatakan, pengetahuannya. Bukan kosong, bukan sampah. Bukan boleh diperlekeh.

“Boleh berdiri di mana-mana pentas. Boleh berbicara tentang asas ekonomi boleh bicara tentang falsafah kenegaraan,” katanya dalam ucapan perasmian Konvensyen Pemuda Nasional Amanah ke-5 di Melaka hari ini .

Salahuddin mengingatkan pemimpin Pemuda Amanah supaya tidak sekadar meminta kepada kepimpinan parti untuk diberikan jawatan.

Salahuddin turut memetik kepimpinan DAP yang berjaya melahirkan ramai tokoh muda berkaliber, dengan menamakan Anthony Loke, Hannah Yeoh dan Yeo Bee Yin sebagai contoh.

“Berapa umur Loke (Anthony)? 44 tahun. Bersama Loke lahir pemimpin seperti Hannah, Yeo.

“Saya dapat maklumat dari kumpulan cendekiawan Melayu yang sangat sensitif tentang Melayu, tapi mereka cakap pada saya bila tengok Yeo, Loke, Hannah, dia kata ini bukan lagi DAP.

“Ini wajah baru DAP, pada umur 40-an, mereka boleh bercakap tentang ekonomi, sains dan teknologi, falsafah kenegeraan dan perlembagaan.

“Pemuda kalau mahu diangkat, mesti raih penghormatan, jangan terlalu meminta,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pemuda Amanah, hari ini.

DAP dijangka akan melakukan perubahan kepimpinan parti itu tahun depan.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/556516

COMMENTS