Masalah dagu berlapis atau ‘double chin’ memang menjadi kebimbangan bagi sesiapa, sama ada lelaki atau perempuan.
Keadaan ini biasanya merupakan salah satu kesan fizikal apabila seseorang mempunyai berat badan berlebihan atau semasa melalui proses penuaan.
Bagi sesetengah individu, mereka mungkin bersedia untuk melabur sejumlah wang dalam pembedahan
Hany untuk menghilangkan lapisan lemak agar mendapatkan wajah yang lebih runcing atau berseri.
Namun, tahukah anda bahawa tanpa melibatkan pembedahan plastik, lapisan lemak di bawah dagu boleh dikurangkan melalui teknik senaman? Anda tidak perlu menghabiskan banyak wang; cuba praktikkan tujuh teknik senaman yang disarankan seperti perkongsian di laman Times of India:
1)Senaman Bola Tenis
Letakkan bola tenis di antara dagu dan leher. Kepit dengan kuat menggunakan dagu, kemudian kendurkan. Ulangi gerakan ini sebanyak 25 hingga 30 kali.
2)Senaman Lidah
Pandang lurus ke hadapan, gulung dan keluarkan lidah sepanjang yang boleh. Ulangi gerakan ini ke atas, iaitu memanjangkan lidah ke arah hidung. Bertahan selama 10 hingga 15 saat. Tarik nafas dan ulangi senaman ini beberapa kali.
3)Mengunyah Gula-Gula Getah
Mengunyah gula-gula getah berulang kali melatih otot muka dan dagu dalam gerakan berulang, membantu mengelakkan lemak tambahan. Ia juga menaikkan dagu dan menguatkan otot rahang.
4)Senaman Sebutan ‘Oo-Ee’
Senaman ini mudah dilakukan. Anda perlu membuat bunyi ‘oo-ee’ dengan gerakan muka yang berlebihan. Gerakan ini membantu menyasarkan otot di antara bibir atas dan hidung serta bibir.
5)Menguap
Ketika menguap, otot mulut, dagu, dan leher akan ditarik, membantu membakar lemak di pipi dan dagu.
6)Urutan
Lakukan urutan dari hujung leher ke dagu hingga rahang. Ketika mengurut bahagian bawah dagu yang berlemak, arahkan urutan ke luar dengan gerakan searah.
7)Senyuman Lebar
Berdiri tegak, tutup mulut rapat, tarik bibir seperti gerakan tersenyum lebar. Lakukan sehingga otot rahang dan dagu terasa seperti ditarik. Tahan selama 10 saat. Ulangi gerakan ini sebanyak 10 kali.