Alyah kongsi cerita diganggu makhluk halus ketika rakam lagu Alunan Biola, sekali penyanyi lain dedah perkara yang sama

Oleh MHDAILY

Alyah kongsi cerita diganggu makhluk halus ketika rakam lagu Alunan Biola, sekali penyanyi lain dedah perkara yang sama

Datin Alyah berkongsi pengalaman mistik diganggu semasa merakamkan lagu Alunan Biola yang pernah dipopularkan Allahyarham Saloma suatu ketika dahulu.

Kata Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan, 42, dia mengalami demam sebaik sahaja mendengar suara misteri semasa merakamkan lagu berkenaan.

Alyah kongsi cerita diganggu makhluk halus ketika rakam lagu Alunan Biola, sekali penyanyi lain dedah perkara yang sama

“Seingat saya sewaktu saya merakamkan lagu Alunan Biola di Rentak 50, esoknya saya demam dan badan saya terketar-ketar. Kejadian itu sekitar tahun 2003 atau 2004.

“Semasa itu saya dengar suara lain di dalam lagu berkenaan, abang soundman pun beritahu ada beberapa orang yang pernah menyanyikan lagu ini juga mengalami demam keesokan harinya,” katanya kepada mStar.

Alyah demam selepas rakamkan lagu Alunan Biola.

Alyah berkongsi mengenai kejadian menyeramkan itu ketika ditemui di sidang media Konsert Apresiasi Irama Keroncong yang berlangsung di Istana Budaya pada Khamis lalu.

Berkongsi mengenai persediaannya untuk konsert tersebut, Alyah berkata dia perlu mengasah semula nyanyiannya setelah lama tidak menyampaikan lagu irama berkenaan.

Kata Alyah lagi, semakin dirinya berusia dia semakin menyukai genre muzik ini kerana ia mampu memberikan ketenangan buat dirinya.

“Bila dapat tawaran untuk membuat konsert ini saya perlu asah balik apa yang patut. Saya seronok nak menyanyikan lagu keroncong sebab dah lama tak menyanyikan lagu itu.

“Lebih-lebih lagi bila digandingkan dengan mereka yang legenda dan perlu ambil pengalaman ini.

“Nak menyanyikan lagu keroncong ini susah sebenarnya terutama dari segi penafasan, lagi-lagi pula saya dah buat pembedahan bariatrik tapi inilah masa untuk saya cabar diri.

“Dulu saya rasa lagu keroncong ini macam lambat nak habis tapi sekarang apabila dengar saya rasa tenang, dah umur begini baru saya faham,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mahzan Manan selaku penganjur memaklumkan irama Keroncong ini mempunyai peminat tersendiri mendorongnya untuk menganjurkan konsert berkenaan.

Alyah teruja terima tawaran konsert irama Keroncong.

Malah konsert ini juga merupakan salah satu cara untuk menarik anak muda mengenali irama keroncong dengan lebih dekat.

“Kami mahu irama Keroncong terus bersemarak dan perkasa dalam era ini kerana genre ini juga mempunyai keunikan tersendiri.

“Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia bukan sahaja untuk peminat tegar namun, malah kami mahu menarik minat penggemar muzik baharu untuk mengenali dan menikmati irama Keroncong yang tidak patut dilupakan,” ujarnya.

BACA: Tak sangka! Rupanya ada negara paling kecil dalam dunia ditemui, 50 orang je rakyat dia!