Alphard di Malaysia jadi kereta menteri, di China jadi ‘kereta mayat je

Oleh FAHMI ABBAS

Amat dikenali sebagai simbol prestij dan status di Malaysia, model Toyota Alphard sering dianggap sebagai lambang kebanggaan

Bagi sesetengah individu. Pengguna atau pemandu MPV ini biasanya menikmati layanan istimewa di mana sahaja mereka pergi.

Namun, realitinya berbeza di China, di mana model Toyota Alphard digunakan sebagai ‘kereta mayat’

oleh penduduk tempatan, walaupun MPV ini terkenal sebagai kenderaan VIP.

Berdasarkan carian The Vocket, gambar-gambar ini mula tersebar pada hari Sabtu lalu setelah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook dari China.

Alphard di Malaysia jadi kereta menteri, di China jadi ‘kereta mayat je

Banyak netizen menunjukkan kejutan mereka melihat kemewahan MPV ini yang diubahsuai menjadi kereta mayat.

Dalam beberapa gambar yang dikongsikan, kita dapat melihat bahawa saiz Toyota Alphard ini telah dipanjangkan, dilengkapi dengan dua baris tempat duduk eksklusif (memuatkan empat penumpang) dan satu ruang panjang untuk membawa sebuah keranda.

Bukan hanya di China, malah terdapat syarikat modifikasi kenderaan dari Jepun yang menghasilkan MPV seumpama ini.

T.R.G adalah sebuah syarikat yang pakar dalam mengubah pelbagai jenis MPV menjadi limosin dan juga kereta mayat. Menurut portal Creative311.com, Toyota Alphard ini dikenali sebagai ‘Michibiki Series Emu’ dan mempunyai spesifikasi yang hampir sama seperti kereta mayat mewah yang digunakan di China.

Banyak netizen di Malaysia yang seolah-olah tidak percaya melihat gambar-gambar MPV mewah Toyota ini digunakan sebagai kereta mayat di luar negara.

BACA: “Aku menyampah mak mertua selalu bagi alasan kaki sakit, bila x-ray elok je kaki dia, tak tahu la kalau selama ini dia buat-buat sakit”