Aliff Satar akhirnya beri respon dakwaan buat persembahan dalam gereja di London

Oleh SURIANI HAMDAN

Setiap kali kita melakukan sesuatu yang baik, pasti akan ada orang yang merasa iri dan cuba untuk menjatuhkan kita

Itulah yang kini dihadapi oleh Aliff Satar selepas dituduh melakukan persembahan di dalam gereja.

Pada 28 April yang lalu, Aliff Satar & The Locos mengadakan persembahan di St John’s, Hyde Park, London tetapi lokasi persembahan mereka menjadi kontroversi.

Segalanya bermula apabila seorang pengguna TikTok memfitnah Aliff melakukan aktiviti tidak bermoral di dalam gereja tanpa membuat sebarang penyiasatan.

Individu tersebut dengan niat jahat cuba untuk mencemar nama baik Aliff Satar dengan fitnah tersebut.

Aliff Satar akhirnya beri respon dakwaan buat persembahan dalam gereja di London

Aliff Satar, yang sedar akan fitnah tersebut, memberikan respons dengan menyatakan bahawa individu tersebut tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang perkara tersebut.

Seorang rakan kepada Aliff, Zaidan Zainuddin kemudiannya memberikan penjelasan menyeluruh di Instagram mengenai lokasi persembahan tersebut.

BACA: “Lepas mak abah cerai, mereka lari tinggalkan saya dan kakak kat atok nenek, duit belanja tak bagi, hanya harapkan duit atok nenek”