Aliff Aziz diganggu heroin drama, Sharnaaz Ahmad punya cadangan elak dikacau memang padu habis. Pendedahan penyanyi Bella Astillah mengenai pelakon wanita yang cuba mendekati suaminya, Aliff Aziz mengundang pelbagai reaksi masyarakat.
Kongsi Bella, aktres wanita cantik yang pernah bergandingan dengan suaminya dalam drama beberapa kali menelefon suami namun tak diangkat. Kalau sehari ada dalam 7 atau 8 ‘missed call’ siapa tak berang kan?
Lebih mengejutkan apabila pelakon itu mengaku telah jatuh cinta dan berhasrat untuk menjadi kawan Bella Astillah. Berani betul!
Memberi respon kepada isu panas itu, pelakon berpengalaman Nabila Huda meluahkan rasa geram mendakwa isu begini telah merosakkan kerjaya seorang pelakon.
Anak kepada Amy Search minta pelakon fokus mencari rezeki di set penggambaran bukannya sibuk terjatuh cinta dengan suami orang.
Terbaru, aktor kacak Sharnaaz pula menyuarakan pendapat peribadinya mencadangkan agar anak seni kaki ‘sondol’ digam daripada keluar di kaca televisyen.
Cadangan pelakon filem Juvana ini terpakai tak kira jantina lelaki ataupun wanita.
Hurm, apa pendapat korang pula? Apa nak buat dengan pelakon ada sikap begini? Boleh pula tersuka ya?
BACA:
Ingatkan kejar nak minta makanan, rupanya aksi kucing buat ‘backflip’ curi perhatian netizen