Ketika namanya menjadi tumpuan berhubung isu penyelewengan kutipan derma, pempengaruh media sosial Alif Teega meminta orang ramai
untuk mendoakan dirinya dan isterinya, Aisyah Hijanah, yang dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk proses permohonan reman pada pagi Khamis.
Alif, atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30 tahun, yang kelihatan tenang, turut memberitahu bahawa dia dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah, saya sihat, doakan yang baik-baik ya,” katanya.
Alif berkongsi perkara tersebut ketika berjumpa dengan petugas media selepas keluar sebentar dari dewan mahkamah untuk pergi
ke tandas, ditemani oleh pihak penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sebelum ini, Alif dan Aisyah Hijanah Azhari, 26 tahun, terlihat di perkarangan mahkamah sekitar pukul 9.20 pagi bersama pihak SPRM untuk proses permohonan reman bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan terhadap mereka.
Pada Rabu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Alif dan Aisyah susulan dakwaan penyelewengan kutipan derma.
Mereka ditahan untuk membantu siasatan berhubung dakwaan bahawa kutipan derma melebihi jutaan ringgit tidak disalurkan dengan betul.
Pasangan ini sebelum ini menjadi tular di media sosial kerana terlibat dalam isu penyelewengan kutipan wang derma, tetapi mereka menafikan kesemua tuduhan tersebut.
Sebelum ini, Aisyah telah menolak tuduhan yang dituduhkan kepadanya tentang penyelewengan wang derma orang awam dan mengungkapkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnah mereka.
BACA: Elok kejadiannya kalau buat kena bakar ikut cara ini, sebiji roti bakar macam kopitiam!