“Aku tiba-tiba terjaga tengah malam, dengar ada orang menangis kat toilet rupanya laki aku menangis rupanya ini punca”

Oleh MHDAILY

“Aku tiba-tiba terjaga tengah malam, dengar ada orang menangis kat toilet rupanya laki aku menangis rupanya ini punca”

Menyahut seruan untuk berkongsi kisah rumah tangga yang bahagia (kot).. Tak berani nak declare sendiri bahagia ke tak.

Cuba la korang nilaikan. Semoga secebis kisah yang saya kongsi ni dapat memberi manfaat. Ok ayuh kita mula.

"Aku tiba-tiba terjaga tengah malam, dengar ada orang menangis kat toilet rupanya laki aku menangis rupanya ini punca"

Nama saya Orked. Sudah berkahwin selama 15 tahun. Belum ada anak. Suami saya, saya namakan Pokok. Kahwin suka sama suka, kenal sejak zaman Universiti. Lepas grad terus kahwin. Bukan gatal tapi sebab dah sampai seru.

Haha.. 2 2 family tak sabar-sabar nak menyatukan kami. Kami redha saja la. Walaupun sebenarnya plan asal nak kerja cari duit dulu. Papepun.. Alhamdulillah.. Masa tu dipermudahkan, family support majlis. Majlis kecil-kecil saja dan kami pun tak memilih.

Terima saja la apa-apa yang diorang plan sebab bukan duit sendiri. Awal-awal tu semua indah. Maklum la fasa bulan madu. Pokok baru mula buat bisnes, saya masih lagi tanam anggur. Kami tinggal sekali dengan family mertua.

Beberapa bulan lepas tu, mula ada konflik bila privacy dicerobohi. Segalanya serba tak kena. Pantang relaks sikit, ada saja la suara yang perli-perli cakap duk rumah goyang kaki. Mula-mula masih sabar, dalam masa yang sama saya cari kerja.

Lepas setahun kahwin baru la dapat kerja. Tu pun gaji kecik saja. Tak kisah la.. Janji kerja. Dengan gaji kecik tu jugak la saya dapat beli kereta kecik untuk kegunaan kami berdua. Bisnes Pokok masa tu belum stabil tapi dia memang nak buat bisnes, taknak kerja dengan orang.

Saya diamkan saja la walaupun geram jugak. Bergaduh bab duit tu memang biasa tapi bergaduh dalam bilik saja la. Dengan konflik family mertua lagi. Jadi saya banyak habiskan masa kat luar atau balik berkurung dalam bilik. Memang unhealthy marriage.

Sehingga tahun ke-3 saya dah tak tahan lagi. Perang besar sampai saya lari dari rumah. Saya bagi kata 2 pada Pokok. Kalau masih nak hidup dengan saya, sila bawa saya keluar dari rumah tu. Hidup sendiri. Dia akur. Gigih mencari rumah sewa.

Akhirnya dapat juga rumah. Kecil tapi cukup selesa untuk kami berdua. Bila berdikari, baru la terasa segala benda nak kena bayar sendiri. Masa ni Pokok gigih majukan bisnes. Masih belum cukup untuk support semua tapi saya ok saja topup mana yang perlu.

Yang penting boleh bebas, bermanja-manja di rumah sendiri. Hari berganti tahun, hidup kami makin selesa. Gaji saya pun makin besar. Pendapatan lebih banyak dari Pokok. Pokok pun pelik kenapa tak berhasil pokoknya.

Tapi dia tetap usahakan bisnes. Kesibukan mula buat kami jadi jauh. Jadi macam housemate saja. Saya mula rasa bosan. Selalu jugak keluar melepak dengan kawan-kawan. Dah tentu la Pokok izinkan. Dia pun selalu jugak lepak dengan kawan-kawan.

Dah jadi satu masalah pulak bila rasa kurang perhatian. Bila dia lepak sampai 2 3 pagi, bergaduh lagi. Saya pulak mula curiga dengan kesetiaan Pokok. Bila check handphone ada mesej-mesej dengan perempuan walaupun tu customer dia, saya mula marah-marah.

Dengar suara perempuan call, terus tarik muka. Pokok pulak bila saya tuduh-tuduh dia ada affair dengan perempuan lain dia marah saya balik. Dia cakap lepas ni, dia duk rumah saja takyah cari duit. Duduk berkurung kat rumah, tadah duit saya saja.

Eh! Macam tu pulak! Tak jadi nak amuk. Pastu saya nangis. Senjata paling ampuh sebab Pokok tak suka tengok saya nangis. Haha.. Saya cakap, ye la lepas ni saya tak marah-marah. Saya pendam saja sampai pecah dada. Nanti marah, kena marah balik.

Saya tak boleh marah, tak boleh jealous. Aihh.. Pening Pokok. Dia tepuk-tepuk belakang saya. Pujuk-pujuk.. Dah la.. Jangan nangis.. Camtu la kehidupan gaduh-gaduh manja sejak pindah keluar dari rumah mertua. Dah la orang-orang sekeliling duk tanya pasal anak.

Saya pula dengan buat fertility treatment, hormon selalu tak stabil. Rasa nak mengamuk saja. Kesian Pokok selalu kena layan angin saya. Tapi yang bagusnya, walaupun dia sejenis Pokok, dia tetap teguh tak goyang bersama saya. Ewah! Haha..

Tahun ke-10, kami ada rezeki tunaikan umrah. Saya still ingat, di Jabal Rahmah. Pokok genggam tangan saya erat. Saya tatau apa yang didoakan dalam hati tapi saya doa semoga Allah berikan kami kebahagiaan walau dalam apa jua keadaan kami. Ada duit ke, takde duit ke.

Ada anak ke, takde anak ke tetap bahagia. Lepas balik dari umrah, kehidupan diteruskan macam biasa. Duit saya banyak sampai saya tak kisah bagi Pokok sikit bila dia sesak. Ada satu hari, malam saya terjaga dari tidur.

Saya dengar bunyi orang mandi dalam bilik air. Bila saya jenguk, rupanya Pokok mandi dengan baju-baju dia sekali sambil menangis. Terkejut sebab saya tak pernah tengok Pokok macam tu. Saya peluk dia, tanya kenapa.

Dia cakap kenapa hidup dia tak berjaya macam saya dan orang lain? Dia dah usaha cari duit, tapi tak kaya-kaya pun. Kawan-kawan dia yang berniaga lepas dia pun dah kaya. Ah rupanya selama ni dia terkesan jugak bila tengok saya bagi duit.

Dia rasa rendah diri. Saya tatau nak cakap apa. Malam tu kami sama-sama nangis sebab saya tak boleh tengok orang menangis, tiba-tiba jadi nangis jugak. Saya kata, jom kita solat. Malam yang panjang.. Penuh airmata.

Lepas peristiwa tu, saya mula uruskan hutang-hutang saya sebab saya nekad untuk berhenti kerja. Saya nak selesaikan hutang, pastu saya nak berhenti, join Pokok buat bisnes. Biar kami usahakan sama-sama. Dipendekkan cerita, lepas 3 tahun saya berjaya bayar semua hutang saya kecuali loan rumah.

Dengan sedikit simpanan, saya berhenti kerja dan buka perniagaan baru dengan Pokok. Bukan benda yang senang. Secara jujurnya, pendapatan saya dan Pokok tak hebat pun tapi kami sem4kin rapat. Cukup-cukup saja untuk kami berdua, tapi kami bahagia.

Gaduh? Takde gaduh yang serius pun. Kami banyak ketawa bersama walau dalam akaun tinggal seringgit! Haha.. Dan sekarang Pokok betul-betul dapat tanggung saya. Dia yang bayarkan loan rumah. Banyak benda yang saya nak, Pokok dapat belikan.

Pelik tapi benar. Kalau dulu saya nak apa saya beli sendiri. Sekarang, tiba-tiba ehhh… Sampai hadiah.. Kami kerja biasa-biasa, banyak doa semoga Allah permudahkan rezeki. Bila berniaga, kebergantungan pada Allah jadi lebih (untuk saya la sebab dulu saya rasa terjamin dapat gaji).

Tak juga jadi kaya macam founder-founder tu.. Haha.. Tapi Alhamdulillah.. Hidup lebih tenang. Dulu susah nak solat jemaah kat rumah, sekarang dah boleh. Takde la lumba-lumba dengan orang. Takde nak sentap orang share apa-apa pun. Bahagia dengan cara kami sendiri.

Ada duit, beli.. Takde duit duduk diam-diam. Sekarang pendapatan saya 1/4 dari dulu, tapi masih boleh bagi mak duit bulan, boleh sedekah. Allah Maha Besar. Allah Maha Kaya. Saya tak suruh orang lain buat macam saya.

Orang minta tips rumahtangga pun saya tak berani nak bagi sebab kasut kita tak sama. Cuma saya perhatikan, jika kita sentiasa dahuIukan Allah, hidup lebih tenang dan teratur. Bila kita saling menyenangkan hati pasangan, tak berkira, memudahkan urusan.

Urusan kita pun dipermudahkan. Bila kita sedekah time kita pun susah, Allah gantikan dengan nikmat-nikmat yang kita tak jangka. Dengan sisa-sisa umur yang ada ni, semoga kita sama-sama doa yang baik-baik. Life is short.

Elakkan jadi netizen yang tau nak kecam saja. Pening baca kadang-kadang. Segala benda tak kena. Haha.. Jom jadi orang yang lebih baik sempena tahun baru ni. Itu saja la kot nak share. Kang panjang-panjang korang bosan pulak baca. Semoga bermanfaat. – Orked (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Insyirah Soleha : MasyaAllah tabarakallah. Sungguh. Bila Allah tangguh doa, Dia akan bagi di waktu yang terbaik atau Dia gantikan dengan yang lebih baik. Mungkin doa Pokok tu Allah tak bagi jadi kaya tapi Allah gantikan dengan hubungan kalian bertambah erat.

Boleh solat jemaah kan. Bayangkan kalau kaya, busy bisnes kadang – kadang nak solat berjemaah pun kena mujahadah. Moga Allah pelihara j0doh kalian sehingga ke Syurga!

Ain Syazlynn : Awal perkahwinan saya dulu. Sangat penuh dengan gelora, banjir dengan airmata sampai emak saya suruh saya bercerai saja kerana kesiankan saya. Saya minta pendapat “the wise man”ayah saya. Kata ayah, Ada sebab kenapa Allah jodohkan kamu berdua. Kalau kamu boleh bersabar, satu hari nnti, kamu boleh tahu apa hikmahnya

Sekarang saya usia perkahwinan dah 32 tahun. Zaman gelora dah berlalu, sekarang saya sangat tenang, sangat bahagia dengan kehidupan ini. Mujur saya memilih untuk pegang nasihat ayah. Mungkin masa yang agak lama untuk nikm4ti bahagia itu tapi sesungguhnya kemarau setahun boleh hilang dengan hujan sehari. Alhamdulillah terima kasih ayah.

Cik Puan Ria : Hehe, the struggIe is real gais dalam berkahwin tapi tetap rasa santai je baca. Allah uji kita dengan macam-macam cara. Beza sungguhkan mood bila baca em0si tiap cerita yang dikongsikan dalam keadaan tenang atau sedih. Semoga orked dan pokok, diberikan rezeki anak dan bahagia selalu.. Aamiin ya Allah.

BACA:

“Kecewa dan luluh hati aku, katanya pergi outstation, rupanya cek in genting dengan janda umur 51 berpangkat nenek”

Lelaki ini bayar RM800 je beli iPhone 14 Pro Max yang ramai tak tahu, ini caranya..