Saya wanita berumur 25 tahun, Saya sudah berkawin. Suami saya seorang lelaki yang baik dan tahu jaga agama serta bertanggungjawab tapi tidak romantik.
Kami kawin atas pilihan keluarga. saya bekerja di sebuah company ternama dan isu yang diceritakan ni maybe agak biasa pada zaman sekarang ni.
Kisahnya bermula saya bercinta dengan seorang polis bantuan ditempat kerja tapi masalahnya lelaki itu sudah berkahwin dan isterinya pula bekerja setempat dengan saya cuma dibahagian lain.
Saya bercinta dengan dia sudah nak masuk 2 tahun dan selama ni kami bercinta diluar lokasi kerja sahaja dan takde sesiapa pun tahu sebab kami merahsiakannya atas dasar profesional kerja.
Saya nak tinggalkan dia tapi terlalu sakit sebab saya betul-betul sayangkan dia dan dia pulak tak nak lepaskan saya langsung dan sejujurnya kami pernah ‘bersama’.
Dan sekarang dia ajak saya berkahwin tapi dia tak menjanjikan harta benda mewah cukup yang wajib je. Saya masih berbelah bagi sebab perasaan sayang terlalu kuat tapi dalam masa yang sama saya sayangkan suami dankeluarga saya, taknak mengecewakan mereka.
Lelaki tu bagi tahu dah memang jodoh kita dengn cara macam ni tapi saya sedar semua ni salah tapi saya sendiri terikat dengan nafsu dan cinta dia.
Selain dari kecaman saya jugak berharap kata2 positif untuk saya bangkit.
9:46 am
+Salam min. aku berumur 32 sudah berkahwin dan ada 3 orang anak. aku laki bini kerja gomen. aku kerja kl dan bini aku kerja di selangor.
Bini aku alhamdulillah baik sangat. semua makan pakai aku dijaga dengan sebaiknya. cuma aku dengan bini aku sangat jarang bersama. sebulan sekali atau dua bulan sekali je. kehidupan seksual kami agak hambar. bukan itu yang aku nk cerita.
Masalah aku adalah aku terlalu suka dengan seorang ofismate tempat kerja tapi malangnya dia isteri orang. Dia berusia 30 tahun. dia takde la lawa sgt, lawa bini aku lagi.
Cuma dia, tinggi kurus dan sopan sangat. dia juga sangat pemalu. aku pun hairan kenapa la aku sgt tertarik dgn dia ni. pakaian dia pun sangat sopan labuh dan menutup aurat. mungkin aku suka dengan ciri-ciri tu.
Masalahnya kesukaan aku pada dia ni dah jadi angau dan terlampau. sampai hari2 kt rumah aku asyik teringatkan dia.
Kadang-kadang aku sengaja balik lambat lepas dia balik dan aku pergi kat meja dia dan cium-cium meja dan kerusi tempat dia duduk min.
Bekas botol air dia aku cium-cium sambil bayangkan dia. sekali satu hari aku terjumpa gambar lama dia tak bertudung yg dia simpan dlm pensil box dia.
Sejak dari hari tu aku jadi lagi angau. aku. Ada sampai satu ketika masa aku tengah bersama dengan bini aku pun aku boleh bayangkan dia.
Aku jarang bersembang dengan dia sbb dia pemalu. kadang-kadang kalau aku nampak dia duduk di cafe aku akan amik angle yg sesuai utk rakam dan snap gambar dia diam2.
So dalam henpon aku banyak video dan gambar-gambar dia. jadi satu kepuasan aku tengok dan amati muka dia. aku tau aku berdosa.
Dipendekkan cerita pernah satu hari aku pura2 hampir terjatuh lalu terpeluk dia tapi masalahnya dia tak mengelak. Pernah juga aku pura-pura tak sengaja terlanggar dia, tapi dia seolah merela kan. Adakah dia punya perasaan yang sama pada aku?
BACA: Temui duit RM50 dibalut dengan RM1 dalam tabung masjid buat tukang kira tergamam