“Aku terpaksa ceraikan dia, pada masa yang sama setiap hari baca ruqyah dan solat-solat sunat untuk bantu isteri”

Oleh MHDAILY

Assalamualaikum. Nama aku Jai. Aku dah kahwin 4 tahun. Last year bini aku dapat tukar kerja dan ini merupakan malapetaka buat aku.

Isteri aku tiba-tiba berubah. Dia tawar hati setawar-tawarnya. Pada mulanya aku tak syak apa-apa. Aku ingat ini semua kesalahan daripada aku semua.

Aku telah cuba buat semua apa-apa yang menggembirakan hati dia. Tapi tiada satu pon dia hargai dan berterima kasih sungguh-sungguh.

Sampai lah satu tahap dia bersungguh-sungguh minta cerai dari aku.

Aku pada masa itu masih bersangka baik. Makin lama makin pelik kejadian tu. Setiap hari dia gesa aku untuk ceraikan dia.

"Aku terpaksa ceraikan dia, pada masa yang sama setiap hari baca ruqyah dan solat-solat sunat untuk bantu isteri"

Sampai satu tahap dia kata dah nak gila jika stay dengan aku dan hampir depress dan nak bunuh diri.

Aku terpaksa ceraikan dia. Pada masa yang sama aku setiap hari baca ruqyah, solat-solat sunat untuk bantu pulihkan dia.

Aku percaya dia kena sihir sebab terlampau banyak tanda-tanda sihir tu ada pada dia.

Dia ni memang keras kepala even sebelum kena sihir. Jadi memang sangat payah aku nak bawa dia berubat.

Sampai hari ini aku masih tak berjaya dapat bawa dia berubat.

Setiap kali aku cakap, semua jadi negatif pada dia. Dia akan marah semarahnya. Dia cakap aku tengking dia. Walhal aku cakap nada biasa sahaja.

Aku hanya dapat doa dari jauh sahaja.

Apa-apa usaha aku setakat ni sangat susah untuk dilakukan.

Air yang aku ruqyah sendiri dia tak pernah minum. Apa-apa yang aku buat dia curiga. Aku terfikir kuat sungguh sihir yang dihantar ni.

Sepanjang perkahwinan, kami tak pernah bergaduh besar. Isteri aku sangat sayangkan aku. Banyak dia berkorban untuk aku. Banyak pengorbanan yang dia buat aku tak pernah tahu.

Aku sangat sedih bila perkara ini berlaku. Aku takde selera makan. Setiap hari aku mengadu kat Allah. Menangis dekat Allah.

Sihir tersebut dah jangkit pada aku. Aku takde kekuatan utk bangun solat. Tapi aku tetap gagahkan diri. Aku solat duduk. Aku masih baca ruqyah. Tapi versi pendek.

Nasihat untuk kamu semua. Pastikan tahu semua benda pasal isteri. Selalu lakukan ibadat berjemaah. Jangan jadi macam aku.

Disebabkan terlampau sibuk tahun ini, banyak perkara kami skip. Solat jemaah, mengaji. Disebabkan itu mungkin sihir itu telah merasuki isteri aku.

Dan jangan lupa peka setiap apa yang diucapkan atau perbuatan isteri. Aku telah recall semua. Memang wujudnya fasa-fasa sihir pemisah tersebut.

Doakan isteri aku segera pulih. Aku masih buntu apa tindakan selanjutnya. Buat masa ini aku cuma nak dia pulih jer.

Aku tahu, dia akan menyesal keluar air mata darah selepas tersedar daripada semua ini. Aku sebagai suami berharap sangat agar dia pulih.

Semua orang minta aku move on. Tapi aku degil. Aku sebagai suami, lelaki, ketua, khalifah tak kan aku nak biarkan diri dia hidup dalam pengaruh sihir?

– Jai (Bukan nama sebenar)

BACA: Gelagat pelajar berlainan bangsa kongsi sebungkus nasi buat ramai sebak