salam admin, minta share kisah saya, terima kasih. Salam, warga krt, aku sini nak luahkan masalah aku, cerita aku mungkin panjang sangat,
Tak minat baca skip ya, aku seorg suami anak perempuan seorg,aku umur hampir 40 tahun dan isteri aku awal 30 tahun.
Anak aku umur 5 tahun (perempuan), kisah awak aku berkahwin dgn isteri aku sebab kenal di fb (laman cari jodoh),
aku suka bini aku sebab tahap agama dia dan keluarga dia, bapa dia imam, pendek kata walaupun dia tak ade rupa tapi aku suka sebab dia dan keluarga dia agak berilmu dalam hal agama dan aku sangat jahil pasal agama,
(sekolah agama paling tinggi pun sampai darjah 3 ( johor)), aku pun berkahwin dgn isteri aku, mula2 kami kahwin ok je, masing2 nak kenal mengenal selepas kahwin,
Semasa awal perkahwinan perbelanjaan brg dapur byk aku kongsi dgn isteri, aku tahu aku salah, tapi pada waktu tu aku mmg duit tak cukup, byk habis bayar bad debt aku ,tinggal hanya berapa ja,
maka isteri aku pun tolong aku beli brg dapur, dan byk dia bantu aku, walaupun kami gaji hampir sama tapi komitment terhadap bank aku sangat tinggi.
Suatu hari kontrak aku tidak disambungkan, maka dalam 3 bulan aku tak bekerja, walaupun aku ade dpt pampasan, tapi aku bayar dulu utk 3 bulan dulu pada bank,
dalam waktu 3 bulan tu aku uruskan hal2 rumah, hantar, amik anak dari pengasuh, masak, basuh baju, semua hal rumah aku buat dalam 3 bulan tu.
Sebelum aku habis kontrak pun aku mmg byk bantu hal2 rumah, aku dari kecik dah diajar buat keje rumah(mudah bagi aku) ,
selepas 3 bulan aku dpt keje di luar negara dan aku terpaksa berpisah dgn anak dan isteri aku, sebab aku keje baru aku ni dgn gaji yg aku dpt, aku mampu utk tanggung semua perbelanjaan rumah,dan bayaran bank tanpa perlu bantuan dari isteri aku
Aku keje di luar negara sebulan sekali aku akan balik jumpa anak dan isteri,
aku tahu isteri aku agak tertekan dan busy dgn dia terpaksa hadap semua urusan rumah, anak dan kerja seorg diri.
Selepas 4 bulan aku dah stabil keje di luar negara tu, aku pun ajak anak isteri utk dtg ke sempadan negara supaya senang aku boleh ulang alik rumah dan boleh jumpa anak isteri setiap hari.
Dan aku pun tak kisah kalau isteri aku tak bekerja sebab dgn gaji aku skrg aku mampu kasi hidup yg agak baik dari sebelum ini. Bulan 1 tu isteri dan anak aku pun berpindah dekat sempadan negara dan aku boleh ulang alik rumah jumpa isteri,
tapi 3 bulan selepas tu PKP dah bermula aku tak boleh merentas negara utk berjumpa isteri selama 2 tahun. Kami pun berjauhan tapi keadaan lebih baik dari sebelum ni dimana isteri menjadi suri rumah sepenuh masa,dia boleh focus anak sepenuhnya,
dgn keadaan pkp susah juga utk isteri aku kalau dia nak cari keje masa tu, dan aku pun dpt rasa dia selesa jadi suri rumah.
Dalam tempoh pkp ni perkembangan anak aku sangat baik, isteri aku ada la kadang2 update kemajuan pembelajaran anak aku pada aku. Untuk pengetahuan korang, isteri aku ni ego agak tinggi lagi2 bab pengurusan rumah dan dapur , aku lebih mahir dan cekap dari dia, aku lebih pandai masak dari dia.
So aku selalu la tegur bab urusan masak especially, tapi aku tahu dia tak suka sejak itu aku kurang nak amik tahu hal2 dia punya urusan, tolong pun boleh jadi gaduh
. So aku let it go kalau bab2 tu. Isteri aku kalau buat keje ape2 mmg agak lambat dan slow sikit, kalau aku boleh buat dalam 10 minit dia mungkin akan amik masa 30 atau 1 jam, begitu jugak kalau kat dapur,
dia kalau dah siap masak brg memasak penuh di singki dan sangat kucar kacir , kalau aku sambil masak sambil basuh brg2 masak yang dah pakai, pendek kata siap je masak singki mmg siap clear.
Sebab aku dah biasa buat keje rumah dari kecik. Itu agak frustrated bagi aku tapi itu hal kecik, dia boleh belajar sikit2 dan akan improve mungkin.
Satu hal aku agak tertekan kalau call atau whatapp isteri sangat susah nak angkat reply tapi aku fikir positive isteri aku mmg orangnya mcm tu. Ok, sambung,
selepas pkp aku pun dpt ulang alik jumpa anak isteri setiap hari, tapi malangnya isteri aku dah terbiasa duduk ber2 selama 2 tahun ni,
dia amik masa sikit nak sesuaikan diri.aku ok je, dan aku faham, kita perlu masa. Selepas 2 minggu aku tgk isteri aku lain dari dulu, selalu main game, kadang2 main game sampai 4-5 pagi, aku tido seorg2 walaupun dah satu rumah, anak aku mmg rapat dgn isteri aku, tido mmg nak sekali,
kalau isteri aku tido lewat mmg anak aku pun tido lewat juga la, atau tertido kat pangku dia. Aku fikir this is not right, aku tegur isteri jgn la main game je, tido la sama2, dia tak berapa hirau sangat nasihat aku,
selalu sangat tido lewat, kalau tido lewat dia akan bangun lewat, tengahari atau petang baru bangun. Aku tertikir ape jadi ni? Isteri aku cuba pastikan makan pakaian aku dia sediakan, tapi sampai bila dia jadi mcm ni? Kalau duduk dalam tandas 30 paling awal kalau dia keluar,
dan 1 jam paling lewat. (Dia main game) aku yakin isteri aku tak curang, sebab dia bukan ada rupa, jenis tak keluar rumah dan bab maruah ni dia jaga betul.
Suatu hari aku tegur agak tegas pada isteri aku dan kami gaduh agak besar masalahnya yang paling aku tak boleh terima,
Game ni yang dpt gembirakan dia, what? Sampai mcm tu sekali, ape anak depan mata tu bukan sumber kekuatan dan motivation diri ke?
Walaupun kami bukan bercinta, tapi rasa sayang pada isteri aku tu ada, cemburu pun aku ada, dia ckp jiwa dia kosong, dgn game ni dpt gembira kan dia, ya aku pun ada buruk aku, aku jenis kadang2 melenting,
tapi akusayang, aku marah sebab aku sayang, aku mmg ada darah tinggi ( tak makan ubat) dan selalu sakit kepala dan selalu nak rehat.
Sejak akhir pkp aku dah start makan ubat darah tinggi dan sakit kepala mmg dah tak ade, dan aku lebih tenang ,bila bercakap pun lebih relax, dulu aku suka melenting ada kaitan dgn sakit kepala,
skrg aku dah ok, lebih tenang, semenjak dia terlalu taksub dgn game ni aku dpt lihat ( aku hadiahkan handphone baru utk dia) dia mula abailan pembelajaran anak aku, aku selalu tanya anak ape dia belajar hari ni, tapi tak ade pun belajar.
Aku siap kasi advance duit dalam hampir rm2 ribu sebagai allowance utk isteri aku ajar anak aku.
Sebab sebelum ni mmg terbukti dia mengajar tapi hampa selepas dia taksub main game benda tu semua tak ade dah, dia terlalu taksub. Yes, dia masak makanan utk aku, tapi biasa2 je but aku ok, dari dulu satu lauk je, bukan susah pun, im ok, but that point bukan membebankan sangat pun utk dia jadikan point penat memasak.
Satu lauk je takkan penat sangat? Baju sidai 3 hari tergantung mcm tu je. Semua ni punya dia taksub dgn game, bukan tu je, solat pun dia tinggalkan, aku fikir ini dah melampau sangat, dgn bil telefon dah cecah rm500 sebab beli item utk game.
Aku ni terlalu baik sangat ke kat isteri aku sampai jadi mcm ni? Bila dia selalu tengok hp tapi segala video call dan whatapp tak angkat atau sangat lambat reply,
sampai whatapp 2 hari baru nak reply, birthday aku pun boleh lupa ( sebab dpt phone baru reminder pun lupa la nak set) serius aku kecewa sangat, baru2 aku balik kampung bawa anak isteri,
malam buta pun sibuk main game sampai subuh, aku speechless, terus bangun aku jumpa terus mak aku yg tengah siap2 nak solat subuh, aku cerita dari A to Z ( selama ni aku tak pernah nak cerita hal2 isteri aku pada mak aku, aku cuba tutup dan cover utk isteri aku,
tapi sebab perangai dia skrg aku tak mampu nak tahan dah), mak aku pun perasan, selepas subuh tu aku mmg perasan isteri aku bad mood,
mungkin dia tahu aku ceritakan hal dia pada mak aku, aku tak peduli aku perlukan seseorg utk aku luahkan, salah ke aku kasitahu mak aku? Esoknya walaupun dia dah tahu aku cerita pada mak aku,
dia masih dgn main game sampai tengah malam tapi tak sampai ke subuh la, tapi pagi2 celik je terus main game, dgn mak aku bangun pagi masak2 dia sibuk main game. Aku terus bangun tolong2 mak aku, dan aku dah tak nak tapis2 dah pasal isteri aku pada mak aku, aku terus terang je pada mak aku,
maka mak aku pun cerita pasal isteri aku yg mak aku tak berkenan pasal tolong dapur, selama dia jadi menantu tak pernah pun dia masak sarapan kat dalam rumah tu, aku pun bukan jenis selalu balik kampung, 2-3 bulan sekali balik. ape salahnya.ya dia mmg tak mahir hal dapur,
tapi itu je la mak aku terkilan je. Selain dia bantu didapur sangat slow keje. Mak aku agak marah bila dia byk main game, mak, aku dan isteri bersemuka,
cuba bincang ape masalah sebenar, in the end isteri aku tetap pertahankan itu la satu2 benda yg mengembirakan,
biar la dia perlukan tu, dia masih tak rasa benda tu salah pada dia, aku dan mak speechless, aku time tu dah fikir mmg perkahwinan kami ni dah tak jalan lagi dah, bercerai adalah satu2 je pilihan yg ada,tapi skrg aku masih dalam delima,
aku sayang keluarga kami, lagi2 anak aku, aku tak nak anak aku nanti tak dpt kasih sayang bapa dia,
sebab isteri aku ni aku tahu sangat2 susah nak call or reply whatapp aku. Terus terang aku tak kisah nak lepaskan isteri aku tapi aku fikir anak je, aku tahu bukan senang nak membesar tanpa parent, sebab aku dah alaminya sendiri mak bapak bercerai sejak aku remaja, aku takut.
Aku rancang nak berjumpa dgn mak bapa isteri aku, kalau mak bapa dia tak boleh nasihatkan dia, aku terpaksa fikirkan sesuatu demi anak aku. Minta maaf panjang lebbar sangat, byk benda aku tak cerita lagi, tapi aku tahu aku banyak kekurangan , tapi aku bukan la seorg ayah atau suami yang teruk.
Segala keperluan aku mampu berikan. Ya dulu aku agak susah nak solat, tapi skrg aku dah kerap dan jarang tinggal solat, aku menjadi lebih baik dari dulu, t
api isteri aku dari seorg yg kuat solat sampai sanggup tinggal solat (dah tak nampak solat, solat pun kalau aku tegur) kerana game.
Bayangkan depan mata aku dia focus game, kalau belakang aku dia nak buat keje rumah ke? Mesti la lagi rancak main game kan ?
Effect yg aku risau adalah anak, anak akan terabai( tak belajar, makan makanan segera je, gula2) sebab isteri aku buat rumah tu senang utk dpt makanan ringan dan gula2 utk anak aku.
Aku bukan tak kasi anak makanan ringan tapi benda2 mcm ni sepatutnya bukan senang2 je dalam rumah boleh dpt, kalau kita keluar jalan2 anak nak gula2 im ok with that, but kalau dalam rumah dan luar rumah punsenang dpt gula dan makanan ringan tak ke rosak budak tu.
Aku dah tegur isteri kalau boleh elakkan benda2 manis utk budak2 dalam rumah, set that rule dalam rumah, kat luar anak nak gula baru kita kasi.
Isteri aku ni nak kasi gula2 kat anak aku supaya anak aku tak kacau dia main game je, aku stress bila fikir sebab ketaksuban dia dgn game. Aku minta tolong pandangan kawan2.