Makcik janji kata nak bayar jadi saya bagi dia pinjam 20k. Dia minta tolong bayarkan duit kereta honda dia, 2k selama beberapa bulan.
Saya dah sengkek sangat, saya nak jual kereta. Makcik saya ambik dia kata dia nak beli.
Tapi dia ambik kereta, duit tak bagi. Sekarang saman kereta tu dah ada 2k!
Assalamualaikum semua, hi admin. Saya merupakan wanita mualaf cina kacukan berasal dari kawasan pedalaman. Saya ni kan, hari-hari kalau teringatkan nasib saya, saya jadi down sangat. Saya akan menangis seboleh-bolehnya.
Saya rasa lelah lemah sangat hati ni. Saya fikir kenapa Allah tak baIas perbuatan orang yang dah aniaaya saya. Mak saya meninggaI sejak saya berusia 10 tahun. 8 tahun kemudian ayah saya pula meninggaI sewaktu saya berumur 18 tahun.
Selepas ayah meninggaI, saya dapat insurance arwah ayah sebanyak 10k dan ada duit ASB arwah mak, saya dapat 12k. Masa tu saya dah bekerja dan ada simpanan sikit dalam 5 ribu. Selepas beberapa hari kematian ayah saya, seorang makcik saudara datang mintak pinjam dengan saya duit sebanyak 10k.
Selang beberapa hari dia datang dan minta lagi 10k. Tak cukup dengan tu dia mintak saya tolong bayarkan kereta Honda Accord dia sebanyak 2k selama beberapa bulan. Saya tak tahu kenapa saya lurus sangat boleh bagi dia pinjam, mungkin sebab saya sebatang kara takde sesiapa.
Sejujurnya, saya tak sempat merasa pun duit saya sendiri. Impian nak buka kedai diusia muda saya terkubuur sebab duit dah habis bagi makcik. Ketika itu saya hanya ada kereta iswara buruk, saya nak jual kerana nak gunakan duit, memandangkan saya dah kering kontang.
Tapi makcik saya kata dia nak beli, janji nak bayar 5 ribu untuk kereta, jadi dia ambil kereta tu. Sehingga kini dah 10 tahun berlalu, 1 sen pun tak dibayar. Malah saman kereta dah 2 ribu atas nama saya. Bila saya suruh pulangkan kereta, dia tak mahu, dia janji lagi dia akan bayar selepas jual tanah.
Pada usia 20 tahun, satu hari saya bagitahu makcik yang saya nak beli motor untuk bawa ke tempat belajar. Dia kata dia nak belikan motor untuk saya, tolak hutang sebelum ni katanya. Dan sekali lagi saya silap, saya percayakan kata-kata dia buat kali ke berapa. Rupanya saya ditipu lagi.
Pada usia 21 saya berkahwin dan memeluk islam. Pada hari saya nak berkahwin dan saya perIukan duit, saya ada mintak makcik bayar balik duit saya tapi dia kata takde duit. Saya merayu kata bagi sahaja berapa yang mampu walaupun seribu atau 2 ribu.
Dia kata dia takde duit langsung nak bayar. Maka masa tu saya kahwin korek sini sana, kerja bagai nak rak untuk kumpul duit. Biasalah bila dah kahwin, suami isteri akan ada impian nak beli rumah sendiri. Tapi tak sangka bila nak buat pinjaman, bank kata saya ada ctos sebanyak 6k.
Rupanya sebab motor saya yang dia tak pernah bayar, saya bertambah malang dan beban. Mana saya nak cari duit bayar ctos saya. Tuan kedai kata motor saya tak pernah bayar walaupun sebulan. Selang setahun, tiba saat saya nak bersalin, saya mintak lagi duit.
Saya cakap yang saya nak bersalin banyak nak guna duit, nak berpantang, nak beli barang anak. Dia tetap kata takde duit. Saya sedih sangat. Jodoh saya tak panjang dengan suami pertama. Pada umur 27 tahun saya kahwin untuk kali ke-2, kali ni saya kahwin buat yang wajib sahaja.
Suami saya cuba masuk loan rumah, tapi tak lepas kerana komitment tinggi. Saya nak sangat beli rumah gabung nama dengan suami, kerana suami komitment tinggi, nak ada rumah sendiri walaupun rumah buruk sekalipun.
Kini saya sedang mengandung zuriat suami baru saya, saya nak beli rumah memandangkan sudah menyewa rumah orang begitu lama sekali dan gaji saya dan suami jika bergabung, amat mampu untuk beli rumah buat kami.
Tapi itulah, nama saya masih lagi belum keluar dari CTOS, Makcik saya langsung tak nak bayar apa yang dia pernah hutang dan janji dia untuk bayar duit motor dan kereta. Bertambah-tambah maIang diri saya ni. Kenapa makcik sanggup buat begitu pada saya?
Apa salah saya sehingga dia mend3ra saya selepas saya kematian kedua orang tua saya? Apa salah saya hingga dia mend3ra mentaI dan em0si diwaktu saya tiada orang tua untuk menumpang bahu untuk menangis? Diwaktu saya tiada tempat untuk mengadu domba. Sewaktu mak ayah saya tiada di dunia untuk melindungi nasib anaknya?
Saya tertekan sangat. Duit arwah mak ayah untuk saya dia ambik tak nak pulang, 10 tahun dia kata dia nak bayar, 10 tahun dia kata nak jual tanah dan akan pulangkan semula duit saya. Begitulah alasannya sehingga ke hari ni.
Para pembaca semua boleh tak doakan untuk saya? Mengapakah orang yang aniaaya saya selepas saya menjadi anak yatim piatu, dia boleh hidup dengan aman damai dan bahagia? Mengapakah nasib saya begini ye? Saya lemah sangat.
Saya bukanlah orang kaya, dan duit tu terlalu banyak bagi saya. Tolong saya. saya tertekan. ALLAHHHH penat nya saya menangis YA Allah.. Maaf pos terlalu panjang.
Komen Warganet :
Selamiah Sabtar : Dek.. First.. Yakinkan diri bahawa setiap musibah dan ujian ada hikmah di sebaliknya. Allah tak akan bagi ujian melainkan ada hikmah di sebaliknya. Dan ada nikmat besar yang Allah sediakan untuk adik.
Ujian adalah persediaan untuk ujian yang seterusnya dan ujian bagi orang yang baik adalah untuk meninggikan darjat seseorang itu. Macam kita ambil ujian dan naik level. Kita rasa kita paling maIang? Tidak dek.. Belajar kisah para nabi dan rasul.
Idd Farida Idda : Sabarlah sis, berat ujian sis, saya doakan moga segala urusan sis dipermudahkan oleh Allah dan apa jua yang menimpa sis sekarang Allah beri ganjaran yang besar jika tidak di dunia, InshaAllah dapat di akhirat kelak, yang kekal untuk selamanya. Allahumma amin. Be strong..