Assalamualaikum dan salam sejahtera.Aku dan suami telah melayari hidup berumahtangga selama 20 tahun. Alhamdulillah, kami dikurniakan 7 orang anak.
Suami seorang pendidik, ustaz lulusan agama. Seorang yang sangat menjaga solat malam dan solat sunat. Sangat dihormati oleh masyarakat setempat.
Kiranya aku beruntung kerana memiliki dia. Aku pula bekerja dalam bidang professional.
Kami pernah PJJ selama 2 tahun sebelum ini.
Ditakdirkan Allah, kami dapat bersama semula. Kehidupan kami biasa sahaja.
Sampailah suami dapat bertukar semula ke negeri kelahirannya. Kami berasal dari negeri yang sama.
Aku terkilan sangat kerana suami mohon tukar tanpa pengetahuan aku. Lebih lebih lagi pada masa itu, aku sudah terasa ‘jauh’ dari suami.
Pada fikiran aku, ini lagi menjauhkan lagi hubungan kami.
Tapi rupa rupanya, perancangan Allah itu lebih baik. Allah menjauhkan untuk mendekatkan.
Kerana jauhlah yang menghangatkan rasa rindu. Suami pulang setiap hujung minggu. Dan rezeki Allah, aku juga berjaya pulang ke kampung halaman setahun kemudian.
Dipendekkan cerita. Beberapa tahun kemudian, aku terbaca mesej dalam handphone suami dari rakan tempat kerja lama suami. Aku tahu dia rakan sekerja suamiku tapi aku tidak kenal.
Ada mesej sayang, rindu, doa semoga disatukan juga. Ada gambar selfie berdua di dalam kereta juga.
Jelas terpancar kebahagiaan di mata suami. Aku sangat terkejut dan tidak sangka.
Malamnya, aku tanya pada suami. Siapa perempuan itu. Kenapa ada gambar selfie berdua, sedangkan dia tak pernah pun selfie denganku.
Aku tanya, ke dah kawin dengan dia? Suami geleng.
Katanya, bini orang tu. Lagi aku hairan.
Bini orang??? Awak ada niat nak kawin dengan dia ke? Nak suruh dia bercerrai dengan suami dia ke?
Aku tanya bertalu talu. Dia geleng. Katanya suka suka je. Aku tidak percaya.
Dipendekkan cerita lagi. Setelah bermacam macam kejadian mengamuk, menangis, berkurung dalam bilik dan sebagainya, ianya berlalu begitu sahaja selama beberapa tahun.
Tetapi emosi dan jiwaku terganggu sejak dari hari itu. Hatiku hancur luluh, sangat terluka.
Kepercayaanku runtuh. Rasa hormat juga hilang kerana mereka berdua adalah ustaz dan ustazah.
Aku penuh dengan prasangka dan ada trust issue. Sekejap aku rasa bahagia. Sekejap menangis apabila tertrigger. Sikapku juga dingin apabila tertrigger.
Suamiku bersikap seperti biasa. Seolah olah tiada apa yang berlaku. Sehinggalah tiba tiba suamiku sakit mengejut, koma dan meninggal dunia 3 minggu kemudian.
Semasa di hospital, ada kawan dari tempat kerja lama suami datang dari jauh untuk melawat. Mereka datang suami isteri.
Esoknya, mereka datang lagi sebelum balik semula ke tempat asal.
Aku tiba tiba rasa tidak sedap hati. Dengan memberanikan diri, aku tanya nama isterinya. Aku terkejut yang amat. Rupa rupanya dialah ‘perempuan’ itu.
Kami bersembang panjang. Aku perlukan penjelasan. Macam macam rahsia terbongkar. Dia mengaku dia sangat sayang suamiku.
Tapi dia sudah cuba untuk keluar dari hati suamiku, katanya.
Hatiku bagai dihiris hiris. Mujur ketika itu hati aku kuat (pretending). Dan aku tidak menangis pun semenjak suami aku sakit mengejut.
Aku pun tidak tahu apa perasaan aku. Sedih? Takut? Risau? Tiada perasaan? Aku tidak tahu.
Orang tengok aku kuat. Aku tidak mengamuk, tidak marah dan tidak menangis pun masa bersembang dengan perempuan itu.
Banyak persoalan dalam fikiranku tapi aku tidak tahu nak cakap apa.
Setelah sekian lama, aku berjaya buka password handphone aruwah suami secara tidak sengaja. Hati ku hancur luluh berkali kali. Luka berdrah kembali.
Sebenarnya tidak pernah kering pun luka itu sejak peristiwa terbongkar rahsia itu. Terbuka segala cerita. Aku baca semua perbualan mereka.
Aku jumpa banyak gambar dan video mereka berdua. Rupa rupanya selepas suami bertukar, cinta mereka makin erat. Berjanji untuk setia sehidup semati. Takut kehilangan.
Rupa rupanya suami excited berulang hujung minggu semasa kami PJJ dulu sebenarnya untuk jumpa kekasih hatinya.
Dan semasa di kampung pun selalu cari peluang untuk ke sana berjumpa dengannya. Sanggup walaupun beratus ratus kilometer.
Sungguh dalam cinta mereka. Ini juga kata suaminya. Ya, suaminya juga tahu tentang mereka berdua.
Tetapi kerana cinta, suaminya yang menawarkan diri untuk membawa isterinya melawat aruwah suamiku semasa di hospital.
Datang untuk beritahu sendiri pada aruwah suami yang dia sudah memaafkannya. Dan mereka datang sekali lagi semasa aruwah meninggal.
Sepertinya mereka baru berjumpa cinta sejati masing masing. Personaliti aruwah suami lain sungguh ketika bersama dengan dia.
Aku sungguh tidak percaya. Aku sangat kecewa. Dan sehingga sekarang, setahun sudah berlalu, fikiran aku masih kacau.
Aku masih lagi marah pada mereka berdua. Aku rasa aku tidak diadili. Aku tidak diperlakukan seperti mana diperlakukan kepada perempuan itu.
Aku tertanya tanya. Kenapa aruwah suami tidak sebegitu denganku.
Sehinggakan rasa sakit kerana orang ketiga mengatasi rasa sedih kerana kehilangan suami.
Kadang kadang ketika datang rasa marah, aku rasa padan muka pada aruwah suami.
Ampunkan aku ya Allah.
Tetapi kadang kadang aku rasa sangat kasihan padanya. Kerana aruwah sudah tidak berpeluang untuk memperbaiki kekhilafannya.
Sedangkan aruwah sangat memerlukan doa dari kami yang ditinggalkan ini.
Sesungguhnya rasa ini sangat sakit dan sangat mengganggu kestabilan emosi dan kewarasan fikiranku.
Rasa sakit kerana mengenangkan hati suami ada pada orang lain walaupun seharian dirinya berada di hadapanku selama ini.
Mohon kata kata semangat dan doa dari pembaca sekalian. Kata kata yang boleh menjentik hati aku untuk ikhlas memaafkan dan bersyukur dengan ujian kecurangan dan kehilangan ini.
Aku tahu aku perlu maafkan aruwah suami. Aku tahu aku juga bersalah dan ada kurangnya.
Aku tahu aku perlu lepaskan. Aku tahu aku perlu fokus pada diri dan pada apa yang aku ada sekarang. Semuanya aku tahu.
Tapi hanya mengalaminya sahaja yang tahu rasanya.
Aku berdoa semoga mereka yang seangkatan denganku dikurniakan kekuatan untuk menghadapinya. Terima kasih semua.
Reaksi Warganet
Nonie Nuralia –
Bagi saya puan yang menang. 20 tahun bersama, ada permulaan ada penamat walaupun di tipu.
Tentang pemilik hati aruwah suami, padam. Sudah meninggal, kuburkan semua bersama. Itu jawapan untuk pengkhianat.
Ann Fardan –
Alhamdulillah. Dah jalan pun kawan tu.
Biarlah dia pikul apa yg dia tanam di Dunia ni. Tugas Puan jaga Amal sendiri.
Di akhirnya kita ini akan dipertanggungjawabkan pada apa yang kita buat di dunia.
Sakit di Dunia tidak seazab di akhirat sana. Enjoy the moment dan banyakkan bersyukur kerana Allah kurniakan bahagia dengan ‘ambil’ dia lebih cepat.
Allah sayang Puan. Usah bazirkan masa fikirkan dia dan dosa dia. Lantaklah, dia buat dia pikul! Adios!
Atul –
AllahuAkhbar, pedih nye Allah je yang tahu.
Puan ingat je, dekat dunia ni memang takde ape yang adil. Di sana nanti puan tuntut lah keadilan untuk puan.
Puan perlu lepskan suami puan. Dia pun dah takde. Tak perlu puan merana diri demi memikirkan suami yang tak menghargai puan.
Cari lah kebahagiaan diri puan dan anak anak. Jangan biarkan emosi mengatasi akal puan.
Habiskan masa dengan anak anak puan. Cari lah ketenangan dengan mengingati Allah banyak banyak puan.
Allah tidak turunkan ujian tu dengan sia sia puan. Pasti ada hikmah disebalik ape yang terjadi. Moga puan kuat hadapi ujian ini
Nor Ariffin –
Itu ujian untuk suami semasa hidupnya. Sekurang kurangnya dia telah lakukan tanggungjawab sebagai suami dan ayah, maafkanlah dia.
Memang sakit hati bila tahu, di hatinya ada orang lain. Tapi ini soal hati.
Cuma saya pelik, adakah perempuan itu first love dia. Hinggakan susah sangat nak hilangkan perasaan dia?
Selalunya ada jenis lelaki yang begitu. Sebab tiada jodoh, dia kawin dengan wanita lain tapi dalam hati tak pernah terlupa, sebab mereka sama sama memang suka.
Apapun, yang membezakan adalah cara mereka mengawal perasaan. Ada yang langsung cuba untuk menghindarkan sebarang bentuk hubungan kerana itulah tuntutan agama.
Jika seorang lelaki itu betul betul sayang, tentu dia menjaga maruah perempuan itu dengan sebaik baiknya dengan tidak menganggu kehidupannya lagi setelah soulmate dia menjadi isteri orang.
Hati itu rahsia kita dengan Allah, orang yang redha akan bertemu bahagia.
Aruwah suami TT telah memilih jalan yang salah, tetapi maafkanlah dia. Dia hanya manusia biasa.
Shahrulezad Mohammeddin –
Jangan paksa diri sis. Take ur time untuk menerima kenyataan ini.
Mintak pada Allah supaya diberikan kekuatan dalam menerima takdir ini. Faham bukan senang nak redha dengan hakikat apa yang dah berlaku.
Jangan judge diri sendiri keterlaluan. Nanti binasa jiwa tu. Bagi ruang dan masa untuk diri sendiri bertatih untuk bangkit semula.
Amalkan ayat 44 surah Al Ghafir banyak banyak. Dan sematkan dalam dalam maksud ayat tersebut dalam hati setiap kali perasaan ‘jahat’ itu menyerang.
Mungkin mensibukkan diri dengan anak anak jugak boleh membantu.
Atau kalau berkemampuan cariklah psychatarist yg berkelayakan untuk membantu kita go thru this pain.
Please jangan berkasar dengan jiwa sendiri. Takut makin koyak.
Saya doakan semoga Allah kurniakan bantal yang paling empuk sekali saat diuji begini. Kayuh pelan pelan okie.
Sumber – Anonymous