Pengajaran pada sang suami. Aku isteri. Anak 5. Telah kematian suami setahun lalu. Arwh suami bekerja Ofshore.
Gaji mencecah 20k setiap bulan. Keuarga kami bahagia mempunyai 5 anak kan. gado tu biasa.
Saya bekerja. Pegawai di Pejabat Perikanan. Gaji saya mencecah 5k.Rules perbelanjaan kami, barang saya, saya beli sndiri kerana saya ada pendapatan sendiri.
Dan sepanjang suami tiada sebulan bekerja, saya akan menanggung semua. suami bekalkan bayaran bulanan cuma tak ade la memenuhi keperluan sebulan. tapi, saya faham yang suami perlu menanggung ibu bapa dan adik2nya.
Berbalik pada selepas kepermergian arwh suami saya, tidak disangka suami saya mewasiatkan segala harta kepada anak dan ibunya.
Untuk saya isteri dapatlah savingnya yang tak sampai 10k .Saya terduduk diam ketika menerima wasiat. saya berdoa dalam hati supaya ibu mertua dapat membantu cukup untuk membayar hutang suami telah memadai. Satu2 pihak bank datang. menyatakan hasrat mengutip hutang..
Mashaallah hutang suami saya mencecah 300k (credit card, pinjaman, kereta, rumah dll).
Dengan apa saya mahu bayar sedangkan insurans dan wasiat suami, untuk anak, perlu berumur 18 tahun. saya terduduk..Saya hanya meneruskan pembayaran rumah dan hutang2 arwh dan hutang saya sendiri.
Rumah inilah tempat saya berteduh dengan anak2. Saya cuba menuntut pada ibu mertua saya untuk meringankan bebanan saya.
Bukan tidak dibagi tapi rm500 bulanan diberi tak mampu nak membiayai anak2 sekolah, makan minum apatah lagi hutang. saya begitu sedih. Apa yang tidak disangka, ibu mertua saya yang dulu baik dengan saya,yang disanjung suami, syurga kepada suami saya, tak disangka bersifat demikian. tidak berlaku adil.
Jawapannya, ibu mertua perlu menanggung bapa mertua tak bekerja dan anak2 yang masih sekolah (adik suami). Sedangkan nafkah tu sepatutnya mendahului anak saya.
Saya tak nak gadohkan. saya begitu sedih. saya perlu hadap dengan anak. Anak kecil saya terpaksa putus susu. Terpaksa disekolahkan disekolah biasa.
Makan apa yang mampu. Barang rumah banyak dijual. Emas saya apatah lagi.Selepas kejadian,keluarga suami lebih menyepi,mungkin takut saya menuntut lebih,saya dah redha.
Saya percaya rezeki Allah itu pasti.Saya berserah pada Allah.Biarlah mereka yang bersalah terima balasannya nanti.Walhal, adik beradik suami yang bekerja bukan kerja biasa2.
Tapi masa inilah,mereka menganggap saya mampu menanggung dengan kerjaya saya. Selepas saya kebuntuan, saya menurut kata rakan-rakan sepejabat, saya terpaksa berdaftar ke AKPK, walau hakikatnya hutang tu bukan dibuat oleh saya. Simpanan ASB saya bukan digunakan untuk anak2 saya.
Saya membayar sepenuhnya hutang suami. Setiap bulan perbelanjaan wajib saya beli beras, meehoon, biskut, susu, pampers, telur. anak saya yang sebelum ni senang turut sedih bila hari2 perlu makan telur. Itu je saya mampu..
Untuk sang suami di luar, tolong fikirkan semula bila mewasiatkan penama. Fikirkan siapa yang bersusah payah waktu hidup bersama yang menjaga dan mnguruskan anak. Fikirkan nafkah mana perlu didahuluukan. apatah lagi waktu suami sudah tiada.
Jgn biarkan isteri menanggung hutang. cukup pengalaman saya, bukan untuk memburukkan arwh tapi sebagai pengajaran untuk kalian di luar sana.
Saya tetap sayangkan arwh suami saya itulah syurga saya.
Apa reaksi warganet, ramai yg bagi nasihat dan kongsi pengalaman
Diana : Inilah hakikat..bila seseorang mngl dunia..manusia hanya memikirkan berapa banyak harta yg ditinggalkan…kelangkabut tuntut apa yg difikirkan hak…hanya mengira harta peninggalan untuk dibahagi2..tapi lupa jumlah hutang yg ditinggalkan..tak pula dibahagi sama rata..trpaksa la anak isteri tanggung sampai ke akhir hayat..bertabah lah si isteri..harta benda boleh nampak..hutang mmg org tak nampak dan kdg2 buat2 tak nampak..huhu
Rasyidah : Inilah hakikat.. bile suami pk.. isterinya akan bkahwin lain bile dia xde nti.. jd harta2nya isteri xyah diberi.. tkot bini senang lenang hdup.. sempit sgt pmikiran.. xtahu nk ckp.. tp tula hakikatnya… klu xnk isteri tu senang bile dia xde nti..jgn la ditinggalkn mbebani hutang plak.. mse hdup pun serba serbi x ckup diberi.. elok hutang2 tu wasiatkn skali pd spe harta tu diberi.. nk harta amik la skali ngan hutang2..
Nanie Johari : Setahu sy..rumah ada insurans MRTA..xperlu bayar klu si peminjam m4ti..kereta iye..mungkin xdi insuranskan utk pinjaman..tp boleh surrender klu xmampu bayar..loan asb pn sama..ada insurans klu waris m4ti..begitu juga personal loan..hurmm better puan check ngn bank blk..pasal tanggungan ank2 tu rsenya mil kne la bertanggungjawab skit..jgn la lepas tanagn..xbaik..cucu die jugak tu.
Nisa : Tak mau cakap dulu la. Kadang para suami memang akan sentiasa fikir syurga di bawah kaki ibu dan kita isteri pun tau. Tp kalau suami x tinggalkan utk isteri dan anak2, mcm mana kehidupan mereka selepas tu anak beranak.
Dalam kisah ni pun isteri nya bergaji 5k sebulan , kalau ada isteri yang hanya suri rumah . Yaa Allah. Tuhan saja yang tau. Semoga kita semua dilindungi Allah . Amin yaa rabbi.
Hanna : Kalau da wasiat cm tu,dpt lak kat mak nya kan.. xkan la xboleh buat aduan blk kt mahkamah.. sbb si istri x dpt sesen pon.. xke patotnya,hrta tu dibyr kan hutang2 terdahulu? Hurm.. tu la.. gaji besar,byk juga htgnya. rumah tu,boleh jual kot.. sewa yg lbh sederhana utk ank beranak berteduh.. kondo pon ok.. xpon ikot la pendapatan skrg.. byk bwh 1k..
ye la,uma bese2 je.. tp aslkan boleh berteduh.. sek semua sama.. pilih je sek terbaik.. sek kerajaan pon ok.. cari yg terbaik.. pibg je byr kalu yg bersekolah 3 org..byr 1 je pibg kan.. murah asenya.. hdp da biasa senang,perlu juga belajar susah.. ssh sikit,asl ckop mkn pakai.
Najwa : Masa hidup kalau Kita kata suruh buat penama siap2 or hibah dikatakan Kita NI tamak harta tapi manusia2 kat luar tu Tau ke hutang piutang yg nak Kita tanggung…. ank2 yg nak Kita jaga keperluan mereka,segala barang keperluan harian n perubatan.
sepatutnya sebagai suami isteri letak hibah siap2 atas nama pasngan n ank2 ..manusia sanggup putus saudara demi harta. Cari harta sama2 bila mngal orglain yg dapat. Apa jenis manusia tau.
Lia Nadia : Ramai yg dah dapat duit. jadi gelap mata & hati. Duit yg sepatutnya digunakan utk tanggung cucu d4rah daging sendiri digunakan kelain. S
edih dgn tok nenek, pak menakan yg ada sifat TAMAK kononnya harta tu ikut faraid & wasiat. Tergamak biarkan bekas menantu susah payah bayar hutang arwh suami sorang diri. Ooo.. Hutang taknak tolong bayarkan. Duit faraid kemain lagi nak tuntut.
Patutnya, duit wasiat yg dorang dapat, digunakan utk LANGSAIKAN hutang piutang arwh. Hutang bawak ke maati oiii. Suami2 kat luar tu, jadilah manusia yg bijak. Kesianlah kat isteri yg kena tanggung hutang piutang awak. Susah senang waktu hidup.
Wanita di luar sana, sebenarnya ramai yg TERKENA mcm ni. Cuma taknak panjangkan cerita & bermasam muka dgn mertua je.. Hibahkanlah isteri dgn wang yg secukupnya.
Razak : Jangan pelik mmg ada specis gini. Rakan saya suami meninggal sakit. Bertahun jaga suami skit sampai meninggal. Bila meninggal suami, adik beradik sebelah suami tuntut rumah yg dibeli bersama. kereta, malah pakaian bekas suami. walhal anaknya ada utk waris. padahal keluarga sebelah suami semuanya dah selesa berharta. Last kawan tu jual rumah balik kg nya kerja disana.
Miera : Pergi cari peguam syarie, buat tuntutan nafkah anak2 pada keluarga suami. Buat juga tuntutan bayaran hutang2 suami sebab duit jatuh ke tangan keluarga suami. Mereka boleh bayar.
Insuran bank dari perjanjian hutang pun boleh cover… somehow orang tak tahu… yg kuyip hutang tu bukan bank tapi agent yg nak kaut untung.. diorang mana ada belas kasiahan.
Lagipun jangan takut, sebab mengapa faraid ada bahagian utk keluarga suami kerana keluarga suami perlu bertanggungjawab terhadap nafkah anak2 pengadu.Jangan siksa diri sendiri, melainkan awak sendiri rela untuk disksa.
Nazuha : Kesiannya. Sabarlah. Itulah yg selalu berlaku bila ada kem4tian. Isteri yg akan jd mngsa. Pihak lain yg dpt duit mesti diam ja. Siapa tak mau duit free kan.
Buat para suami…. Ambik laah insuran yg betul. Sis x tau apa nama dia, tp mcm umah abah sis nih autom4tik langsai bila abah sis mngal. Jd anak isteri terbela.
Kalau boleh bt laa wasiat yg sepatutnya. Jgn seronok2 bt hutang. Nnt kita m4ti org yg hidup terpaksa menanggung semua. Kesian. Moga kakak nih tabah dan redho.