Anak walaupun tidak pernah meluah pastinya akan terasa jika layanan si ibu kepadanya berbeza dibanding adik beradik lain.
Apatah lagi hingga ke besar menerima layanan berbeza hingga cucu turut dipinggirkan dek kerana hal lama.
Seorang wanita berkongsi kisah mengenai si ibu yang memilih kasih hingga membezakan layan buat dirinya dan adik beradik lain.
aku teringat layanan ibu aku yang berbeza jika dibandingkan dengan adik beradik, bukan sedikit tapi sangat ketara.
Walaupun aku dikategorikan sebagai nakal, aku tetap dapat nombor satu dalam kelas dan selalunya semua subjek mesti A, sama sahaja dengan adik beradik semua ‘perform’.
Cumanya mereka tak nakal macam aku ni, aku setakat kena marah atau dirotan tu perkara biasa, tak terasa hari.
Tapi disebabkan aku nakal, ibu selalu bercakap tegas dengan aku. Dengan adik beradik yang lain ibu tak setegas itu, masih ada senda gurau.
Cara ibu melayan aku sebegitu berlarutan sehingga hari ini. Aku dah terbiasa tapi ada masa aku juga kecil hati.
Tertanya juga kenapa ibu masih layan aku macam tu sedangkan aku dah berubah tapi cara ibu cakap masih sama, tiada senda gurau.
Kalau tak puas hati dengan aku dia akan cakap ‘direct’ tapi dengan adik beradik lain semuanya berlapik.
Bahagi tanah untuk semua anak kecuali aku
Tak dinafikan ibu memang ada banyak tanah dan dia niat nak buat rumah sewa tapi ayah tak bagi jadi dia berpakat dengan kakak aku.
Gaji kakak memang tak kata, agak besar maka dia keluarkan sikit modal untuk bina rumah sewa atas tanah ibu.
Aku tak pasti banyak mana modal dikeluarkan, mungkin kakak dan ibu masing-masing bayar separuh tapi yang pasti tanah tu memang akan jadi hak milik kakak.
Untuk abang aku pun dia minta benda sama, dia suruh abang buat rumah atas tanahnya dan bila dah siap tanah tu akan jadi milik abang pula.
Buat kakak aku yang lagi seorang pula, ibu sanggup jualkan tanah di hujung kampung, jual pada harga murah jadi aku anggap aku pun aku akan diberi perkara sama.
Rupanya nama aku tak pernah terlintas pun untuk disebut. Ya aku dah ada tanah dan rumah sendiri hasil titik peluh aku sendiri. Tapi aku mahukan keadilan.
Sudahlah semua itu disebut dihadapan aku tapi langsung tak diberi sedikit pun tanah sampai aku cakap dengan suami.
Suami minta aku tanya ibu, aku bukan nak tanah tu sangat. Tapi apa salahnya sang ibu menawarkan ia buat semua anak. Aku sampai rasa tawar hati.
Itu belum bab melibatkan cucu, memang aku tak harap langsung ibu nak hadiahkan apa macam yang anak abang dan kakak aku dapat.
Ibu buat aku terasa dengan adik beradik, mereka tak salah tapi siapa sahaja tak sedih bila dipinggirkan ibu sendiri.
Banyak kali aku menangis mengenangkan layanan ibu aku. Aku tahu ibu juga sayangkan aku, kalau tidak tak mungkin dia hantar aku sampai ke menara gading.
Aku tak mahu harta ibu. Tanah, barang kemas, aku mampu beli. Cuma layanan ibu terlalu mahal untuk aku.
Baca juga: ‘Kais pagi hidup pagi, kais petang hidup petang’ Lelaki hidup serba daif kongsi tip poligami