“Aku tahu abah kaki janda, tak pernah sekali mak nangis, bila dah besar aku beranikan diri tanya abah bila nak berubah? Jawapan abah sama macam suami aku!”

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Dari kecil aku tahu perangai abah kaki perempuan. Tak pernah sekali aku tengok mak menangis.

Bila dah besar aku beranikan diri. Aku bawa abah sarapan, aku tanya terus bila abah nak berubah?

Aku terkejut dengar jawapan abah sama macam suami aku.Aku Odette. Ini kisah mengenai lelaki di sekeliling aku.

"Aku tahu abah kaki janda, tak pernah sekali mak nangis, bila dah besar aku beranikan diri tanya abah bila nak berubah? Jawapan abah sama macam suami aku!"

Abah, abang-abang ipar dan suami aku.

Bukan untuk membuka aib, korang bukan pun. Hehe. Tapi sebagai perkongsian buat semua. Aku membesar dengan didikan agama yang kuat.

Abah perwatakan ahli masjid yang setahu aku tiap subuh di masjid sebab aku nak pergi sekolah bertembung dengan abah balik masjid. Pada mata aku, abah tak kacak, cuma ada air muka dan pandai berkata manis.

Abah punya jawatan dalam jabatan dan kami dikategorikan dalam keluarga senang.

Tuntutan kerja abah dalam RND industri desa menyebabkan abah selalu di kelilingi makcik-makcik dan janda-janda kampung. Dari kecil aku melihat peng0rbanan mama membesarkan kami adik beradik.

Mama tak pernah menangis depan kami kalau ada kes abah didekati janda-jnd girang.

Paling pun yang aku ingat, mama ajak kami adik beradik balik rumah nenek. Tapi itu waktu cuti sekolah sahaja. Sampai ke tua, abah masih tak berubah. Tapi abah tak pernah berkahwin lain. Harap-harap betul tak ada lah.

Baru ni aku ajak abah sarap berdua dekat warung untuk confront abah. Aku tanya, sampai bila nak macam ni. Umrah dah, haji dah, retired pun sudah. Masjid tiap waktu tak tinggal.

Rambut pun dah semua putih, umur pun dah banyak. Jadi kenapa lagi macam ni? Apa lagi yang belum cukup?

Jawapan abah, “abah sebenarnya sunyi. Borak dengan mama vibe dia lain. Mama ada value yang tak ada dekat orang lain.” Waktu abah jawab macamni, aku terkedu.

Sebiji jawapan suami aku waktu aku minta cerai lepas dia kantoi dulu.

Tapi abah janji akan berubah dengan aku hari tu. Dia tersentuh sebab tak ada siapa tegur dia macam aku buat. Kisah aku? Tak ada sorang pun keluarga aku tahu kisah aku selain korang yang tengah baca ni.

Aku rancang untuk selesaikan sendiri walaupun penat dan sakit.

Sekiranya tiada jodoh lagi, aku nak kami pisah dengan baik dan tak ada siapa yang tahu sebabnya walaupun keluarga. Tapi itu lah, aku sibuk dengan kerja. Marah aku cepat sejuk.

Seiring waktu, semuanya kembali asal selepas suami pujuk.

Suami berjanji yang sekiranya dia ada rancang untuk berkahwin lain, dia akan beritahu aku dahulu. Syukur setakat ini, perempuan yang dia cuba rapat, sedar diri dan segan dengan aku.

Dia undur diri. Lain-lain perempuan suami aku cakap dia anggap ‘mainan’ sahaja.

Tak tahu lah niat suami untuk sedapkan hati aku atau apa. Kadang-kadang sengaja aku buat buat b0doh dan pura-pura percayakan apa yang suami cakap tapi aku tak lupa apa yang suami buat.

Aku penat untuk bermula semula dari awal.

Berkenalan orang baru, merancang semula masa depan.

Bayangkan saja sudah letih. Duit nafkah suami beri tiap bulan tanpa kacau gaji aku. Waktu malam kami pun tiada masalah. Kad-kad dia aku bebas guna yang mana.

Rumah dan makan juga masih terjaga. Selagi boleh baiki yang ada, aku tetap cuba.

Walaupun aku sedar peluang itu dibuka oleh suami aku sendiri, aku tetap berdoa agar suami aku berubah dan kami dilindungi dari perempuan perempuan jahat.

Doakan kami ya korang. Suami pula dibesarkan dengan di kelilingi perempuan cantik dan seksi.

Abah dia dulu bekerja dengan syarikat penerbangan, jadi dia sering dicivm dan dipeIuk perempuan cantik sewaktu kecil. Dia dah sekolah rendah waktu tu.

Akibat kerisauan ini, ibu dia hantar suami sekolah agama berasrama. Tapi semua tak lama. Dekat sekolah, suami dibuIi kerana berwajah jambu. Masuk zaman universiti di luar negara pula kembali taring dia keluar. Aku pun tak pasti macamana kami berjodoh.

Awalnya semua aku nampak elok, tak tahu pula begini. Kalau bercerita sebelum kahwin, aku juga ada ramai kawan lelaki waktu kenal suami. Suami juga aku kenal dari kawan kami yang pernah ajak aku jadi isteri kedua. Tapi aku tak nak. GiIa kan.

Haha. Antara beberapa lelaki, suami yang dahulu bawa abah dan ibu dia berjumpa keluarga aku. Semua proses pernikahan kami dulu sangat lancar. Alhamdulillah. Seterusnya kisah abang-abang ipar aku pula. Along aku pernah janda akibat bekas suami dia curang.

Waktu itu mempunyai seorang anak. 15 tahun menjanda, kini dia telah berkahwin dengan lelaki bukan warganegara. Nikah di sempadan dan menjadi isteri kedua. Aku tahu berita along bernikah selepas beberapa bulan. Abah mama tutup rapat cerita, risau aku akan tentang habis-habisan.

Aku bukan benci poligami, tapi aku benci lelaki tak sedar diri, perasan terpaling mampu dan tak ikut peraturan nikah yang betul. Kalau betul jodoh, face it. Brace it. Yang buat susah kenapa? Nak salahkan undang-undang malaysia buat leceh.

Habis kalau tak ada undang-undnag nak jadi apa? Lebih aku tak faham apa ada dalam otak along. Dia sendiri pernah merasa sakit dikhianati dan sekarang dia berada di pihak pengkhianat. Bukan dia tak tahu yang lelaki tu gunakan dia untuk mudah berniaga di negara ni.

Sekarang along baru bersalin anak kedua. Hubungan dengan isteri pertama tak pernah baik. Aku yang dulu sama-sama teman along ke mahkamah atas urusan cerai dia, kini lain betul rasa waktu berjumpa dia dengan suami baru dia.

Kami tak lagi mesra macam dulu. Awkward. Dah macam orang asing pula. Dengan terlalu banyak kisah viral sekarang ni, aku terpanggil untuk menulis. Aku yakin, tak semua lelaki kaki perempuan. Masih ramai lelaki baik.

Tapi itu lah, yang buat aku tersedar benda ni macam berjangkit dan dah jadi penyakit keturunan dalam keluarga aku dan circle aku. Banyak kali aku ingatkan anak-nk buah aku yang lelaki untuk menghargai perempuan.

Jangan mudah bermain hati walau dengan niat untuk mengisi masa lapang. Risau. Betul aku cukup risau dengan masyarakat sekarang. Kalau ada jalan kehidupan dia mudah bercerai, jalan hidup aku susah. Suami tak nak ceraikan aku.

Ulang alik kaunseling ni semua bazir masa. Lebih lagi bila kaunselor syariah yang pada aku sikap acuh tak acuh. Untuk setakat ini aku belum tahap untuk terus ke peguam syariah. Pernah aku siarkan kisah aku dan suami sebelum ini waktu aku dititik terendah.

Tapi lebih mengejutkan aku, perempuan yang kantoi dengan suami turut komen beri nasihat aku supaya bercerai dan teruskan kehidupan. Lagak seorang feminist membela nasib wanita teraniaya, sedangkan dia pernah minta suami aku ceraikan aku untuk berkahwin dengan dia.

Ini membuatkan aku rasa lebih kuat untuk tidak berpisah dengan suami supaya tak akan ada siapa jadi yang pertama untuk suami. Tapi berbaloi ke? Haha. Aku tak nak jawab kat sini. Sedar tak sedar panjang betul aku menaip.

Apa pun, aku cuma ingin sampaikan, kita boleh berkongsi cerita kita, netizen pun ada bermacam pandangan boleh berikan. Tapi ingat balik, kita ada keluarga untuk dijaga dan hanya kita yang tahu sistem dalam rumah tangga kita.

Orang luar hanya tahu satu cerita. Tak cukup untuk gambarkan keseluruhan. Untuk siapa yang dah bercerai, tahniah. Awak sangat berani dan kuat. Awak ada kuasa penuh tentukan jalan hidup awak ke depan. Untuk yang sama kes macam aku, aku yakin bukan aku sorang.

Aku doakan kita sama-sama kuat. Untuk kes aku, aku rasa belum terlalu jauh. Tapi kalau ada yang dah jauh, aku dokan korang juga diberi kekuatan untuk bebas. Untuk yang bujang, jangan takut untuk bernikah sebab masih ramai lelaki bujang yang baik.

Tapi korang perlu ada rasa takut untuk bernikah kalau lelaki tu dah ada isteri. Bak kata netizen, suami ni pinjaman tuhan. Kita pinjam dengan tuhan, kena kembalikan dia ke tuhan juga in lah kan.. – Odette (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Najah Mazni Ishak : Anggap toys? Maaf, terus tak boleh husnuzon dah. Saya tak ada anak, tapi saya seorang perempuan, saya ada ramai anak-anak saudara dan ahli keluarga perempuan. Marah sangat kalau ada lelaki tak bertanggungjawab buat anak perempuan orang macam ni.

Tatiana Mohd Ali : Aku tak nak komen pasal lelaki lain yang kahwin dua. Tapi kalau jadi kat aku, aku sedekah je la kat perempuan tu, sebab mungkin dia lebih memerIukan.

Bagi aku, kalau kantoi setakat masing-masing pun dah tahap khianat, memang aku takkan simpan lelaki macam ni lagi. Rasa dikhianati tu sampai bila dalam hati takkan mati.

BACA: ‘Jenis tak sedar diuntung’, pelarian Rohingya di Aceh kantoi buang nasi, alasannya tak boleh ‘brain’