“Aku suruh tok imam kebumikan jenazah mak malam tu juga! Aku tak nak adik beradik aku jumpa mak buat kali terakhir”

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Semalam aku bukak titktok, lepastu aku ada terbaca sebuah kisah di tiktok tentang pengalaman hidup 10 beradik.

Cerita dia pasal biasalah kalau kita miskin, anak ramai semua orang benci. Aku tertarik dengan jalan cerita kisah dia sebab aku pun ada 10 adik beradik.

Korang boleh baca kisah beliau sangat menyentuh hati tentang peng0rbanan mak ayah dia. Tapi bukan aku ye.

"Aku suruh tok imam kebumikan jenazah mak malam tu juga! Aku tak nak adik beradik aku jumpa mak buat kali terakhir"

Aku pun ada 10 adik beradik. Tapi adik beradik aku semua jenis lepaskan tekak masing – masing.. Aku ingat lagi masa ayah aku disahkan ada peny4kit jantung serius sampai kalau ikutkan waktu tu perlu buat pembedahan segera.

Tapi arw4h ayah tak nak, sebab dia kata tak nak susahkan anak – anak. Kos pun mahal. Kami hanya buat rawatan susulan, checkup dan ubat kampung sahaja.

Ingat lagi masa nak bawa mak ayah pergi IJN, aku call la akak – akak, abang minta tolong hantarkan ayah ke IJN. Tapi masing – masing sibuk.

Ayah aku takde kereta ada pun moto kapcai 2 ketul. Satu aku bawak, satu lagi ayah aku bawak. Mak aku tak pandai bawa moto. Aku minta tolong ketua kampung kawan baik ayah la,

hantarkan pergi IJN, haritu kitorang keluar awal pukuI 2 pagi dah gerak dari kampung sebab tok ketua kata hari biasa sibuk. Takut jem. Lagipun kami mana ada rumah nak tumpang semalam.

Walaupun ada akak dengan abang stay kl, diorang tak pernah ajak pun. Masa kat IJN sorang adik beradik aku pun takde. Aku dengan mak aku lah yang hadap doktor, antara faham dengan tak faham tapi buat – buat faham.

Selama setahun lebih kami ulang alik IJN dengan tok ketua. Ayah pun makan ubat ontime. Kalau sebelum ni ayah aku kerap semput tapi bila dah buat checkup jarang nampak ayah aku semput, pergi kebun pun dah boleh.

Dipendekkan cerita, ayah aku pergi IJN semula. Appointment la. Semua kos perbelanjaan kami pergi IJN, kami 3 beranak ni usaha sendiri. Adik beradik aku 9 orang tu langsung tak pernah tanya khabar, ada pun sekali dua je lah, tak hulur duit. Memang aku mengharap masa tu.

Tapi mak kata, jangan kacau abang akak. Diorang sibuk kerja. Sampai IJN, doctor sahkan jantung ayah sem4kin memburuk dan perlu buat pembedahan segera. Mengenai kos, kami disarankan membuat permohonan bantuan daripada zakat.

Tapi ayah aku tolak mentah mentah cadangan doktor, ayah aku hanya nak teruskan on ubat je dan buat ubat kampung. Doktor mana tak marah kalau pes4kit dia dah hampir kritikal tapi masih nak berdegil tak nak buat pembedahan.

Ayah aku cakap kat doktor, dia dah bersedia ambil risiko sebab dia tak nak susahkan aku dengan mak jaga dia. Ayah kata kat doktor, kalau dia kena buat pembedahan, macam mana nak jaga aku dengan mak. Nampak muka doktor tu sebak tapi ayah aku masih boleh melawak.

Kami ni guna satu phone je, jenis yang takde camera Nokia apa entah. Aku call abang kakak suruh balik jenguk mak ayah, beriya la aku call sorang – sorang. Urmm, jawapan dia nanti abang balik.. Nanti akak balik. Sibuk ni.

Selang beberapa hari, ayah teringin nak makan siput sedut. Puas lah aku cari satu kampung semua takde jual. Aku pergi pekan dengan mak aku nak cari siput. Ada satu kedai cina ni jual, tapi masa tu aku ada RM5. Mak aku ada RM4.

Siput dia pulak takde yang jual timbang – timbang kilo. Semua jual dah siap packing. Sekilo masa tu dalam RM12 kalau tak silap. Timbang punya timbang semua mahal. Tak jadi beli, konon nya esok kami meniaga dulu, ada duit kami terus pi beli lah. Tapi tak sempat.

Sebab masa kami balik dari pekan, ayah dah meninggaI dunia. Ayah disahkan meninggaI dunia akibat ser4ngan jantung. Ayah meninggaI atas katil. Adik beradik aku balik macam biasa. Menangis meraung. Mak aku? Diam kaku membisu. Sebutir air mata tak jatuh.

Daripada 9 orang abang akak aku, sorang umat pun tak peIuk mak aku suruh sabar. Seorang umat pun tak tanya mak aku ” mak okay”. Takde. Masing – masing sibuk update sana sini. Lepas t4hlil semua 9 beradik balik. Alasan kerja. Ada meeting. Anak pergi rombongan. Pada aku, rumah ni kecil tak selesa, takde kipas.

Bulan demi bulan, hidup kami 2 beranak m4kin okay. Mak ambil tempahan baju, aku sambung perniagaan mak aku jual nasi lemak. Alhamdulillah, semua okay. Cuma mak aku, sem4kin lama sem4kin tak sihat. Kurang bercakap, kurang makan.

Kadang – kadang pergi kubvr pagi – pagi tanpa perlu tunggu aku balik. Aku balik je tahu – tahu mak aku takde kat rumah, tahu dah mana mak pergi. Mak jumpa ayah. Masa mak s4kit, adalah beberapa orang dari 9 beradik tu balik ziarah mak. Tak lama pun kejap je. Tapi tu pun aku dah happy.

Masa dengar 9 beradik nak balik. Mak aku bangun masak sedap – sedap. Tapi tulah, diorang tak makan pulak. Sebab diorang kata diorang dah kenyang makan kfc. Mak? Bungkuskan lauk – lauk tu bagi anak – anak dia. Ada yang terima ada yang tak terima.

Yang tak terima tu, dia letak lauk tu dalam celah pasu bunga. Ingat aku tak nampak ke? Hanya mak aku je yang tak nampak, tapi aku rasa mak aku tahu sebab lepas 9 beradik tu balik, mak tiba – tiba suruh aku kemas pasu – pasu bunga tu.

Lauk tu? Lauk tu aku ambil la makan sorok – sorok dari mak kau. Ratah macam tu je.. Mmm sedappp ooo mak aku masak. Dipendekkan cerita, mak aku jatuh s4kit. Tak boleh bangun, aku masa tu dah bijak lah.

Dah umur dekat 19 masa tu. Aku call ambulans. Bawak pergi hospitaI. Doktor sahkan mak ada jangkitan kuman pada paru – paru.

Macam biasalah call 9 beradik tu. Ada yang datang teman aku masa kat kec3masan, ada yang datang esoknya tu waktu melawat. Masa ni mak dah tak sedarkan diri dan doktor bagitahu mak perlu ditidurkan.

Adik beradik aku tanya la doktor macam – macam, tapi aku yang kat depan mak ni perlu setuju ke untuk mak ditidurkan.

Along aku kata kat doktor, dia setuju mak ditidurkan. Meraung la aku masa tu tak bagi. Angah aku t4mpar aku masa tu. Doktor minta aku dibawa keluar untuk mengelakkan gangguan pada pes4kit lain. Tapi doktor tak sempat pun nak tidurkan mak aku, sebab mak aku dah tidur dulu selamanya.

Oksigen mak tiba – tiba drop, selepas doktor bertungkus lumus akhirnya mak disahkan meninggaI dunia. Aku? Lutut longgar bila masuk je dalam ward, dah nampak mak ditutupi kain putih. Yes, 9 beradik menangis tapi semua tunggu kat luar.

Hanya aku yang ada dengan mak. Aku peIuk mak dengan erat berkali – kali minta maaf kat mak. Harap mak maafkan adik. Aku call tok imam bagitahu mak dah meninggaI. Tok imam kata kejap lagi dia sampai bersama van jen4zah masjid kampung.

Sebab itu adalah tanggungjawab masjid. (khairat kem4tian) fuhhh.. Lap air mata jap. Seperti biasa, kena tunggu beberapa procedure. Seorang staff masuk menuju kat mak bersama tempat yang nak bawak jen4zah tu. Tak tahu apa nama dia.

Aku dengan staff tu yang angkat mak dari atas katil, letak dekat tempat tu. Tolak dalam lift. Bawak turun ke bilik m4yat sambil menunggu sijil kem4tian dan tunggu van jen4zah. 9 beradik mungkin dah beransur ansur balik kampung. Tinggal aku sorang kat situ.

Lebih kurang nak dekat isyak, van jen4zah dari kampung sampai. Pindahkan jasad mak dekat dalam keranda kemudian bawak pulang ke rumah. Sampai kampung, orang kampung dah tunggu semua tapi satu kelibat 9 beradik tak nampak. Hanya ada sed4ra mara yang terdekat je sampai dulu.

Aku call 9 beradik sorang demi sorang, ada yang tak angkat, ada yang otw dan paling kelakar, ada yang kata tengah makan kat restoran, bos belanja. Hati bos lagi penting dari mak. Aku bagitahu tok imam, nak segerakan mak. Tak nak lambat – lambat. Nak malam ni jugak dikubvrkan.

Hati aku tak nak bagi seorang anak mak pun jenguk mak. Tak nak bagi. Tapi tok imam kata tak baik d3ndam. Tapi aku nak disegerakan, aku tunggu sampai pukuI 11 malam lebih kurang. Daripada 9 beradik hanya ada 3 beradik yang sampai masa tu. Nak atau tak, perlu kami segerakan.

Alhamdulillah, semua selamat. Semua dipermudahkan. Adik beradik aku yang lain aku tak nampak rasa terkilan diorang pun tak dapat tengok mak buat kali terakhir. Urusan mak dengan ayah dah selesai, kini dengan adik beradik.

Nasib la mereka tak berg4duh soal harta mak ayah.. Moto kapcai tu. Rumah pusaka ni. Sebab masing – masing dah kaya. Aku? Ingatkan adalah 9 beradik ni nak pelawa aku tinggal rumah dorang ke, carikan aku kerja kat bandar ke. Takde.

Tahun lepas puasa raya, masing – masing tak balik kampung, ada yang beraya kat luar negara. Aku raya sorang diri, puasa pun sama. Tapi aku harap tahun ni balik la semua. Adik rindu. Rindu sangat pada semua kenangan.

Rindu nak buka sama, sahur sama.. Malam raya riuh. Pagi raya salam – slam. Harap tahun ni dapat cipta walaupun sekejap. Tapi tulah, semua tu mimpi sebab masing – asing tak dapat dihubungi. Wassap group, fb tiktok.. Semua cari tak jumpa.

Ada pun sorang dua, tapi bila minta no phone. Tak bagi pun. Huhu. Tapi takpela. Janji adik dapat tengok family adik happy… Ok dah. Mak pesan jangan mengharap pada manusia. Rumah pusaka ni sentiasa menunggu kehadiran 9 beradik.

Demi mak ayah, adik tak akan putuskan silaturrahim ni. Tak akan. Dan adik tak akan ber3endam sampai m4ti. Semoga kebahagian dan kesenangan milik kalian dunia akhirat. (9 beradik) – Adik (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Intan Yuhana : Dik. Sini jom kita berkawan. Alhamdulillah mak ayah akak masih sihat. Kami 8 orang adik beradik. G4duh – g4duh tu biasa. Hujung – hujung nanti bertegur balik. Kalau adik sedih raya sorang – sorang, meh kita raya sekali

Ain Md Nor : Sedihnya dik. Sabarlah dik, akak doakan adik beroleh kasih sayang dari Allah selalu. Esok – esok dapat bina keluarga sendiri yang cukup lengkap dengan kasih sayang dan dimurahkan rezeki anak – anak yang soleh solehah. Semoga dimudahkan urusan dunia akhir4t.

Siti Noormala : Sedihnya baca.. betul orang cakap mak boleh jaga anak yang ramai tapi anak yang ramai tu belum tentu boleh jaga mak yang satu. Masa mak ayah s4kit tu lah kita akan nampak the true colors of adik beradik kita.

Memang sedih bila tengok mcama takde belas ihsan. Berbahagialah kamu memilih untuk menjaga mak di akhir hayatnya. Banyak keberkatan hidup juga rezeki Allah akan ganti. Percaya lah.. macam – macam nikmat yang baik – baik Allah akan beri. Just count ur blessing!

RugiIah anak – anak yang membiarkan mak mereka meratap menunggu – nunggu kehadiran anak – anak di saat usia di ujung nyawa. Semoga anak – anak kita tidak meninggaIkan kita di hari tua nanti.

BACA: “Masa form 3, cikgu kurung aku dalam pejabat dia buat ‘hubungan’, aku terpaksa kahwin dengan dia, sekarang ini budak lain pula jadi mangsa”