Assalamualikum dan Salam Sejahtera.Alhamdulillah ada juga komen-komen positive dari pembaca yang aku baca dari penulisan sebelum ini. Ada kata kelakor, menghiburkan dan sebagainya.
Sekurang kurangnya dapat jugak penulisan aku tu memberikan mood happy kepada yang membaca dan mereka dapat release tension
Ada juga yang negative mengatakan bahawa hanya cerita rekaan (weiiiii. Cerita sebenar boh. Tak der tokok tambah pon).
Ada jugak yang mendoakan aku gemuk semula selepas aku kurus, aku jadi playboy. Hahaha. Tak payah doa sembahyang hajat bagai.
Aku memang dah gemok semula dah nih. Usia dah 40an kot. Metabolisma dah rendah. Faktor sibuk kerja lagi. Mana nak dan exercize (alasan). Anyway, terima kasih semua ya.
Okkk.. sebelum aku nak sambung nukilan seterusnya, yang mana baru baca ni, ampa pi baca dulu penulisan aku yang sebelum ni bertajuk ‘Kerana Rupa Kau Tolak Aku’ sebab berkait.
Sat lagi ampa baca ni dulu sebelum baca penulisan yang lepas, ampa komen,
“Woi mangkuk, hang cerita apa ni? aku tak paham. ”
Baiklah. Apa yang terjadi kepada aku seterusnya? Setelah frust dengan penolakan cinta Minah? Hmmm.
Kehidupan dunia mahasiswa aku seperti biasa malah aku lebih bersemangat dalam menjalani kehidupan seharian. Maklumlah. Badan semakin hellokkkk kannnn.
Kalau sebelum ni, masa gemuk, aku tak der keyakinan diri. Kali ni aku jadi semakin yakin. Pi kemana pun aku jadi orang yang normal.
Pilih baju seluar pun mudah. Berkenan, sarung, ngam dan bayor.
Kalau dulu, berkenan, tengok saiz, sarung, gantung balik, tanya saiz, pastu muka frust dan keluar kedai tak beli apa.
Masa tengah gemuk tu, antara aku tak boleh lupa, ada sekali tu kan, aku nak masuk library; pintu library tu pintu kaca, jadi, cahaya matahari tembus masuklah depan pintu tu sikit.
Bila aku nak masuk, automatik cahaya kegemilangan terang benderang tuh jadi gelap dan bayang bayang aku akan melitupi depan tuh membuatkan ramai orang yang perasan dan tengok aku.
Jadi, aku masuk pintu kiri, aku keluar balik ikut pintu kanan. Segan woiiii. Sampai ke sudah aku tak masuk dah library belah siang. Aku tunggu malam baru aku masuk.
Pernah jugak aku naik bas awam, maklumlah bas awam ni kebanyakkannya dah tua. Bila aku pijak jer tangga bas, bas senget sikit dan berbunyi. Creeeetttt. Semua penumpang yang ada dalam bas tu duk tengok ke aku.
Dari pintu depan bas, nak berjalan ke kerusi paling belakang, bas tu terhoyong hayang kiri kanan kiri kanan disulami bunyi besi karat bergesel.
Maklum la. Orang gemuk jalan dengan terkengkang sebab peha besorrrr. Adalah jugak terdengar hujung cuping telinga aku ketawa ketawa sinis dari beberapa orang awek dalam bas tuh (haram jadah. Pelaq betoi depa nih).
Ada satu kejadian tuh, aku bawak motor dengan member aku, masa nak naik bukit, motor tak lepas naik. Member aku turun tolak dari belakang. Kebetulan ada sekumpulan awek lalu dengan kereta.
Member aku lepas motor dan buat buat cari dompet jatuh. Aku dah macam beruang sarkis bawak motor terkial kial pasai motor nak berundur semula ke bawah.
Ada jugak kawan kawan aku tak suka aku kurus. Sebab dah jadi orang lain kata depa. Lebih serius dan control macho.
Depa suka aku dulu yang gemok sebab selalu buat kelakor (ampa suka aku gemok, aku yang tersiksa bawak badan ni, ampa tak tau). Aku tak nafikan memang memberi sedikit kesan.
Kalau dulu, aku sentiasa ceria sebab perut sentiasa kenyang. H0rmon ok masa tuh. Muka pulak comel.
Bila dah kurus dan masih disiplin dalam diet aku, aku terpaksa tahan lapar dan makan ikut jadual. So, faham faham jer lah perut tengah lapar. Perasaan bebai nak marah jer.
Aku jugak pada masa yang sama nak control ketampanan dan kemachoan aku masa tu hahahaah. Sanggattttt. (ni mesti ampa termasuk admin nak kenai dan tengok rupa aku kurus kan?)
Bila aku dah kurus, ada rupa sikit, mulalah ramai awek awek nak berkawan tambahan aku selalu naik pentas berlakon teater dan jadi emcee di majlis majlis rasmi universiti.
Lepas kes dengan Minah, aku dah mula tak suka kepada hubungan yang ada komitmen. So, dengan semua awek aku berkawan dan mesra.
Aku bebas nak berkawan dengan sesiapa pun tanpa ada rasa was was. Semua aku tak bagi pengharapan. Bagi aku, dunia kampus adalah dunia mengenali semua orang. Berkawan dengan semua sambil membuat pilihan.
Aku bukanlah seorang ‘playboy’ yang berkawan dengan anak dara orang, lepas tu ‘cretttt’ anak dara orang dan tinggal macam tu jer. Tak. Aku tak buat kerja terkutuk macam tu.
Aku ingat masa tu, yang aku kalau ada jodoh, akan berkahwin dan kemungkinan dikurniakan anak perempuan juga.
Aku cuma ada ramai kawan kawan perempuan yang aku layan mesra sahaja. Sebab bagi aku, wanita harus dilayan baik dan dihormati.
Aku gemuk sejak kecil lagi. Mak aku cerita, pantang aku nangis disuapnya susu. Aku membesar dan terus membesar sampailah ke alam universiti.
Sebelum masuk universiti, lepas SPM sempat aku kerja dekat kedai runcit. Tiap tiap hari 3 ke 4 tin air carbonat aku minum sampai ketagih. Itu salah satu penyumbang kegemukkan aku jugak tuh.
Di universiti, tahun pertama dan kedua aku masih gemuk. Sehinggalah kejadian malam cinta aku ditolak oleh Minah. Menjadi suntikan semangat untuk aku berhijrah.
Disebabkan amalan diet dan excersize yang extrim, 3 bulan pertama dah nampak perubahan.
Kebetulan waktu tu cuti semester. Bukak semester semua kawan kawan tak kenai aku dan terkejut dengan perubahan besar yang berlaku pada tubuh badan aku.
“Wah Awang. semakin segak lah hang”. “Uih. hensem dah hang sekarang”. “Woi. apa yang hang amal?”. Itu antara yang keluar dari mulut kawan kawan aku masa tuh.
Masa tengah tranning MakYong, ada akak senior ni bersuara “Awang. kalau hang kurus, akak rasa lagi hensem tau” itu juga jadi pemangkit semangat untuk aku terus berusaha.
Oleh yang demikian, kalau ada diantara kawan kawan kita yang nak atau sedang proses nak kurus, supportlah dengan kata kata perangsang kepada mereka.
Kalau keluar makan tuh, kalau depa order lebih lebih, ampa tolong peringatkan kembali matlamat depa. “Woi. hang nak kuruskan? Bagi aku makan makanan yang hang order nih”. Hahaha.
Aku dah mula rasa nak kurus cepat cepat. Rasa macam nak tidur malam ni, esok celik mata tau tau dah kurus. Diet dan excersize aku lagi extrim. Aku sanggup berlapar dan hanya meratah sayur.
Air manis langsung tak sentuh. Sehinggakan aku nak minum air putih pun aku takut. Takut kepada kegemukan kembali. Memang diet aku diet yang tak sihat.
Dalam duk berdiet, aku juga ada nafsu teringin nak makan banyak macam sebelum ni.
Dalam seminggu tu, ada sekali dua aku akan makan nasi banyak. Lepas tu aku akan ke bilik air untuk muntahkan semula. Aku timbul perasaan menyesal lepas makan. Aku takut gemuk semula.
Ampa tolong jangan buat naaa. Bahaya. Tak terkawal boleh membawa mavt. Ampa carilah artikel tentang an0rexia dan bulimia nih dan bacalah. Keadaan ni berkekalan dari tahun 1999 hingga 2008.
Bab excersize pulak, setiap hari aku akan jogging seluruh kampus tanpa kegagalan. Hiking dan sebagainya. Kalau tak excersize, aku rasa tak puashati. Aku mesti nak kena keluarkan peluh jugak.
Sebenarnya, bagi aku, excersize ni 10-20 percent jer menyumbang kepada penurunan berat badan. 80 percent adalah amalan pemakanan kita yang seimbang.
Aku juga amalkan satu tips untuk tahan lapar dan tak makan banyak. Aku simpan gambar seorang model atau pelakon yang kurus dan hensem. Kalau rasa nak makan jer, aku akan keluarkan gambar tu dan tengok lama lama.
Masa tu aku bercakap dengan diri aku sendiri “Aku nak jadi macam ni”. Terus tak jadi nak makan.
Gambar tu sekadar psik0logi supaya memberi suntikan semangat untuk aku terus berusaha untuk kurus. Aku juga ada cerita sebelum ni yang aku sembahyang hajat tiap tiap hari kan?
Ya. memang aku buat dan mohon Allah taala tunaikan hajat aku. Aku juga berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis. dah alang alang aku berlapar, baik aku puasa jer. kan???
Aku juga amalkan segala petua kurus yang kawan kawan kongsi termasuk petua air sirih dan kunyit tuh. Petua tu ada sorang akak buat master dalam jurusan tarian bagi aku. Dia ni dari Indonesia.
Amalan petua ni power jugak. Sampai keluar segala minyak dalam usus masa berak (berak lagiiii, hahaha).
Untuk kelakian, memang power bro. Setiap pagi, ‘adik’ siap sedia masuk baris sebelum lagu negaraku berkumandang. Hmmmm power bak hangggg.
Untuk wanita, jangan diamalkan selalu pesan akak tuh. Ada kesan pada h0rmon dan mempercepatkan m0nopus. Sekali sekala bolehlah.
Amalan ni boleh cuci usus sama. Pernah sekali, aku tengah baring. Aku terbatuk sambil terkentut. Brussss. Ayaq jer keluor. Jenuh tilam aku kena basuh.
Sepanjang proses mengkuruskan badan, aku tak ambil apa apa produk kurus pun. Tapi macam mana aku jadi model ubat kurus?
Pernah satu hari tuh, (wife aku ni selalu langgan majalah Wanita. Dalam tu banyak produk ubat kurus)
Aku tengok iklan peraduan menang kereta dengan syarat setiap penyertaan kena sertakan label produk tersebut. Aku pun belilah set produk tu. Makannya tidak. Nak ambik lebel jer.
Pastu aku hantar penyertaan. Aku dapat masuk ke pusingan terakhir.
Di pusingan terakhir, semua peserta kena memperagakan body atas pentas la sambil mc bacakan biodata. Aku dapat tempat kedua
Bawa balik set home theater dan duit RM1,500. Pastu buat fotoshoot untuk dijadikan model produk tersebut.
Gambar aku menghiasi majalah Wanita masa tu dan billboard billboard depan Masjid Jamik Kuala Lumpur (kat tiang monorail tu).
Disetiap kedai jamu yang jual produk tu ada jugak banner muka dan badan aku yang slim melim nih (patut lah masa tu aku pi kemana pun orang duk pandang pandang jer).
Sekarang umur aku dah 43. Aku dah tak mampu nak kekalkan diet atas faktor usia dan kesibukan kerja. Asal meeting makan. Asal makan, meeting.
Masuk PKP, work from home, makan jerlah memanjang.
Umur 41 aku dapat anak kecik lagi (Anak PKP hahaha). Anak makin membesar. apa yang anak tak habis makan, aku lah yang jadi tong sampahnya.
Mana tak gemuk semula. Sebenarnya, GEMOK IS OHSEM..
Apa cerita Minah yer??? Nanti aku sambung.
BACA: Gara-gara tak mahu bayar caj, pemandu sanggup hantar telefon bimbit penumpang kepada polis