Kalau sekali mungkin boleh dimaafkan tapi kalau berulang kali diberi peluang namun masih berkelakuan sama, maka berpisahlah.
Tak perlu beri peluang kepada mereka yang tidak pernah mencuba untuk insaf apatah lagi
bila pasangan terpaksa mengambil alih tanggung jawab menguruskan hal rumah tangga seorang diri.
Seorang wanita Bunga (bukan nama sebenar) sudah penat dengan kelakuan suami yang sering ‘makan luar’ walaupun sudah berulang kali diberi peluang untuk berubah.
Di bawah adalah kisah yang diambil dari laman sesawang luahan perasaan atas talian.
Aku adalah seorang isteri dan ibu kepada lima orang anak.
Aku dan suami adalah kakitangan kerajaan kumpulan A. Berkahwin hampir 18 tahun dan kami bercinta dari zaman kampus lagi.
Dari zaman kami tiada apa sehingga lah keadaan sekarang alhamdulillah tak terlalu mewah tapi cukup.
Suami aku pada dasarnya adalah lelaki yang baik tapi dia kalah dengan perempuan. Dari awal kami berkahwin sampai sekarang ni entah berapa kali dia kantoi tapi aku sentiasa maafkan.
Mungkin korang akan kecam aku, korang akan cakap aku sendiri yang biarkan diri aku disakiti.
Tapi andai kalian tahu betapa aku cuba untuk keluar dari perkahwinan ni dan andai kalian tahu apa yang aku rasa.
Seboleh-bolehnya aku tak sanggup tengok anak-anak aku membesar dalam keluarga berantakan, aku tak nak anak-anak aku membesar tanpa sosok seorang ayah.
Jumpa gambar berpeluk atas katil
Tapi aku juga manusia biasa, sabar aku punya had. Baru-baru ini suami aku kantoi lagi, kali ini dengan janda dan baru-baru ni aku jumpa video lucah perempuan tu dalam telefon dia.
Video perempuan tu tengah gesel kerang dia sendiri dan video mereka berpelukan di dalam bilik bersama.
Perasaan aku? Hanya Allah yang tahu. Aku sedih dan terkilan sebab aku dah buat yang terbaik untuk keluarga kami.
Penat uruskan 5 anak seorang diri
Dia selalu sibuk, outstation ke sana sini dan aku yang uruskan kelima-lima anak kami sendiri.
Tapi rupanya adakalanya time outstation dia gunakan peluang tu untuk bermaksiat dengan janda tu. Aku fikirkan suami dah berubah tapi nyatanya aku silap.
Sekarang walaupun dia katakan ingin berubah tapi aku seolah-olah tak mampu lagi untuk teruskan perkahwinan ni. Bukan aku dah tak sayangkan suami aku tapi aku dah trauma teruk.
Aku rasa dah tiba masanya untuk aku keluar dari perkahwinan ni. Dah terlalu banyak peluang yang aku beri. Aku tahu aku bukanlah isteri yang sempurna tapi aku dah buat yang terbaik.
Aku uruskan anak-anak tanpa pembantu. Aku uruskan segala keperluan suami, aku tak lokek bantu suami untuk perbelanjaan dan keperluan keluarga kami.
Tapi ternyata semua tu tak cukup untuk lelaki seperti dia.
Sekarang aku sedar, aku tak mampu nak ubah orang lain tapi aku hanya mampu ubah diri dan perasaan aku.
Jangan nilai kata aku tak minta dengan Allah, aku tak pernah jemu meminta dariNya. Sekarang ni aku juga nak dengar dan baca nasihat daripada orang lain.
Panjang jika aku nak ceritakan semuanya tapi cukup kalian tahu sekarang ni aku perlukan kata-kata semangat dari semua yang membaca kisah aku.
Doakan aku mampu kuat untuk anak-anak aku. Doakan aku kuat untuk melangkah keluar dari perkahwinan ini.
Baca juga: