Aku paling suka ramadan sebab aku boleh jaga potion makan tapi aku seram bila fikir raya. Aku seram raya sebab duit raya anak – anak buah aku kena bagi RM50 seorang d4rab dengan 10 orang anak buah.
Bukan nak berkira tapi gaji aku sendiri pun cukup – cukup makan. Duit raya RM50 ni macam tradisi family kecil aku sebab masa aku kecil, kakak sulong aku berjaya kerja hebat.
Dia yang start duit raya RM50 ni. Jadi, menurun ke anak – anak buah dan aku yang bongsu ni.
Semua kakak – kakak aku dah kahwin dan ada anak – anak. Aku sorang je single. Biasa la orang single ni dianggap tiada komitmen, makan pun makan pasir je, baju pula kutip di pokok, minum guna air sungai, bil – bil rumah bayar pakai daun dan sebagainya.
Pernah sekali tahun tu, aku bagi RM10 duit raya kepada anak – anak buah aku, sampai raya seterusnya aku kena sindir dan bahan. Tiap kali aku beli baju, beli makanan, beli kasut kerja, beli br4, beli baju seluar dalam, servis kereta, atau lain – lain,mesti kena ungkit pasal duit raya anak – anak buah aku.
Tak habis tu, mereka mengungkit zaman kecil – kecil aku pernah dapat duit raya RM50 dari mereka (sebab mereka lagi tua dan jarak umur 20-25 tahun dengan aku). Kakak – kakak aku ni duduk negeri lain – lain semua.
Tiap kali aku beli apa – apa kakak – kakak akan tahu sebab aku duduk dengan mak aku. Mak aku la yang tukang cerita. Aku bukan tak halang, aku cuba tapi mak aku sekarang dalam keadaan kadang – kadang naz4k. S4kit. Kadang – kadang ok balik. Lepastu s4kit balik.
Doktor cakap s4kit tua dan ada nyanyuk sikit. Aku pesan jangan cerita semua benda kat kakak – kakak, esoknya kakak call mak dah lupa apa aku pesan. Mereka ingat aku duduk rumah mak ni free – free je kot. Aku yang bayar bill astro mak (mak berkeras nak astro), bil internet rumah, bil air, bil api, cukai rumah, baiki sinki sumbat, beli itu ini. Makanan basah, kering pun semua aku tanggung.
Aku tak berkira pun dengan mak aku, cuma aku sedih bila bab duit raya tu jadi bahan sindiran. Padahal, setiap kali aku bayar apa – apa bil rumah, aku letak dalam group family sebab tak nak bagi resit hilang dan senang cari.
Tapi semua kakak – kakak aku buat buta dan masih anggap aku single dan tiada komitmen. Ada juga yang kata kalau single pun takde duit, apatah lagi yang berkahwin ni. Jadi? Bukan tugas aku nak bagi duit raya lebih – lebih kat anak kau sebab kau tak cukup duit?
Aku tak pernah minta pun duit raya RM50 masa aku kecil – kecil. Mereka yang nak bagi dengan rela sambil mereka bermega – megah kerja elok. Aku tumpang gembira sahaja zaman tu. Mungkin ni raya terakhir aku kot dengan keluarga ni.
Mak aku nampak nazak dah sikit (maaf mak). Lepas mak dah takde, aku nak keluar dari rumah ni dan tak nak dah jumpa kakak – kakak dan keluarga mereka lagi. Aku ni jenis terasa giIa kalau kena bahan dengan keluarga sebab aku sayang mereka.
Dan bab mengungkit duit raya aku zaman kecil dulu pun aku terasa s4kit sangat. Aku tak kisah orang luar cakap apa, tapi bila keluarga sendiri bahan aku, aku s4kit sangat – sangat dan tak mampu nak Iawan pun. Hmmm. Hilang mood raya dan aku harap ramadan kali ni panjang sikit.. – Dira (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Lily Alynn : Pernah dengar tak, orang sombong kalau baIas dengan sombong adalah satu sedekah? Sombong ni sifat Allah. Layaklah Allah bersifat sombong, yang memiliki semuanya ni Dia. Segala isi alam hatta sekecil cell dalam diri kita, punya Dia.
Kita ni takde apa aihh nak disombongkan. Sebab tu sifat tu kalau kita ada, Allah tak suka. Dan sebab dengan adanya sombong, kita takkan masuk syurga. Oleh itu, adik bersifat lah sombong kembali dengan mereka. Tak perlu bagi duit raya.
Jika mereka sindir sebut lah saya ni miskin, duit pun takde. Dan saya memang takde komitmen. Lauk pauk bil semua bukan saya yang bayar. Memang saya tidak ada duit macam akak – akak semua. Doakan lah saya kaya macam akak semua.
Sebab kalau saya berduit, jangankan Rm50, lebih dari tu saya boleh beri. Kadang – kadang mereka ni tak sedar mereka sedang sombong. Kuatkan semangat bukan untuk Iawan mereka, tapi untuk melakukan ‘sedekah’ kepada mereka.
Ingat ni je, Allah ada dan tahu semuanya tentang kita. Adik kuat semangat dengan liku kehidupan dan keluarga yang macam ni. Orang yang Allah sayang memang selalu Allah uji. Semoga dipermudahkan ye adik.
Saida Safian : Lepas ni depa sebut saja pasal awak takda komitmen, awak terus bahagi perbelanjaan rumah tu dengan kakak – kakak. Kalau depa bising, cakap kita bahagi belanja so that anak – anak kau boleh dapat duit raya rm50 lepas ni.
Jangan kurangkan seringgit pun perbelanjaan bulanan yang awak spend tu. Bahagi sama rata dengan kakak – kakak supaya dorang tahu awak bukannya duduk dalam gua takda bil nak dibayar.
Awak perIukan pakaian untuk diguna, bukan guna cawat daun. Awak perIukan makanan untuk kenyangkan perut awak dan mak, bukan telan angin saja boleh kenyang. Good luck confessor.
BACA: Suami abai keluarga lepas kahwin baru, isteri dihalau dari rumah sewa bawa 2 anak tidur di masjid