“Aku sangka suami betul-betul berubah, rupanya dia tak ikhlas, lepas cek handphone dia segalanya terbongkar”
Saya mengenali suami 20 tahun yang lalu. Bernikah hampir 11 tahun dan Alhamdulillah kami dikurniakan tiga orang puteri sebagai penyeri rumahtangga.
Selepas bersalin anak pertama, saya terpaksa tinggal bersama kedua orang tua saya kerana saya risau untuk menghantar anak ke taska atau rumah pengasuh.
Saya dan suami PJJ. Kadang dua minggu sekali, baru berjumpa. Saya berkhidmat sebagai penjawat awam, manakala suami kakitangan swasta.
Selepas saya melahirkan anak ke dua, kami agak kerap bergaduh. Mungkin kerana kami PJJ dan setiap kali suami balik berjumpa saya dan anak anak suami jarang membantu saya menguruskan anak anak.
Handphone tak lepas dari tangan suami. Layan movie dan main game. Berlarutan hingga saya melahirkan anak ketiga. Walaupun saya luahkan rasa tak puas hati saya kerana saya terlalu penat menguruskan anak sorang sorang, sikap suami tetap sama.
Bayangkan sudah lah, setiap hari saya perlu berulang alik dari N9 ke KL untuk bekerja. Saya penat, letih dan hanya hujung minggu sahaja yang saya ada untuk berehat..
Itupun kalau saya punya waktu untuk berehat. Sebab kadang kadang hujung minggu tu la banyak urusan lain pula terpaksa di selesaikan..
Saya kasihan dengan kedua orang tua saya yang terpaksa ambil alih uruskan anak anak saya. Memasak untuk saya dan anak anak setiap hari. Kerana saya memang tak sempat untuk memasak.
Sebelum subuh saya dah keluar rumah untuk ke pejabat dan waktu maghrib baru saya akan sampai rumah.
Pendapatan saya sebagai penjawat awam yang bukan berpangkat besar tidak lah banyak mana. Yang saya mampu bantu kedua orang tua saya, hanya beli barang barang dapur. Jika ada lebih saya akan beri sedikit duit kepada orang tua saya.
Tetapi sepanjang enam tahun itu lah suami saya tak pernah langsung menghulur walau sedikit duit untuk orang tua saya.
Saya pernah tegur suami, sebab dia telah biarkan saya dan anak anak menumpang di rumah orang tua saya tapi dia tak peduli malahan buat muka pula pada saya.
Akhirnya saya ambil keputusan untuk pindah ke KL. Dengan niat saya nak suami lebih bertanggungjawab kepada keluarga.
Segala galanya saya yang buat. Dari mencari rumah, mendaftar sekolah anak, mencari taska untuk anak anak dan lain lain lagi..
Dan untuk pengetahuan semua, sejak kami berpindah ke KL kehidupan kami sebagai suami isteri bertambah teruk. Seolah olah tiada sefahaman. Kami semakin kerap bertekak dan bergaduh.
Saya terlalu letih dan penat. Saya terpaksa menguruskan anak anak seorang diri dari celik mata mereka hingga mereka nak tidur malam.
Segala galanya saya yang uruskan. Suami pula, masih dengan tabiat lamanya. Akhirnya ketegangan berlaku dalam rumahtangga kami dan kami tidak bertegur sapa lebih kurang enam bulan walaupun kami tinggal sebumbung.
Waktu tu, saya tak fikir apa lagi dah dek kerana saya terlalu stress, tension.. tekanan yang semakin menghimpit hingga anak anak menjadi mngsa untuk saya lepaskan kemarahan dan kepenatan saya. Waktu ini suami pula dah buat dua kerja.
Dari pagi hingga ke tengah malam takde di rumah. Dan semua ini membuatkan saya semakin tertekan dengan sikap suami yang tak ambil kisah hal rumah, hal anak anak. Jerit, pekik saya, anak anak menangis bukan perkara asing lagi dalam rumah ni..
Dan perkara ini berlarutan hampir setahun selepas satu hari secara tiba tiba suami mula menegur saya dan berbual bual dengan saya, saya mula okey. Hati terasa lega..
Dan bermula dari hari itu, saya mula sedar sedikit demi sedikit dari tekanan perasaan yang saya alami sebelum ini..
Suami berubah. Mula ringan tulang membantu saya menguruskan kerja kerja rumah. Menguruskan anak anak. Dan saya berasa sedikit tenang. Dan bermula dari hari itu, kami menjalani kehidupan sebagai suami isteri seperti biasa. Bahagia.. ye kami sangat bahagia.
Bergaduh sekali sekala tetap ada tapi tak seteruk dulu. Yang pastinya kami bahagia. Menjalani kehidupan seperti pasangan dan keluarga yang lain.
Pergi bercuti dengan anak anak serta kedua orang tua kami, bergurau senda, asal ada masa terluang pasti kami akan habiskan waktu bersama sama. Dan semua ini berlarutan selama dua tahun.
Dua tahun yang penuh dengan kebahagiaan, ketenangan dan banyak aktiviti yang kami sekeluarga lakukan. Tetapi ternyata saya silap. Perubahan suami bukan lah perubahan yang datang dari hatinya sendiri. Pendek kata tidak ikhlas.
Akhir Oktober tempoh hari, saya tergerak hati ingin check handphone suami. Dan akhirnya Allah tunjukkan segala galanya kepada saya.
Nyata suami ada hubungan dengan perempuan lain. Patut lah selama ini dia berkelakuan sangat baik dengan saya dan secara tiba tiba berubah..
Segala perubahan yang suami tunjukkan seperti perhatian suami kepada saya, kasih sayang suami, tanggungjawab suami langsung tidak membuatkan saya terfikir sama sekali yang dia ada perempuan lain..
Walaupun saya pernah bermimpi suami ada perempuan lain, walaupun firasat saya kerap mengatakan yang suami ada perempuan lain tapi saya anggap semua tu hanya mainan.. Mainan syaiitan yang sengaja nak porak perandakan lagi rumahtangga saya yang sedia bahagia.
Dan sesungguhnya Allah itu Maha Kaya, selama dua tahun kami bahagia rupa rupanya selama itu lah suami menipu saya. Rupa rupanya selama itu lah suami saya punya hubungan dengan perempuan tu..
Saya rasa seperti orang yang sangat bodoh selepas saya tahu semua tu. Saya layan dia dengan baik. Saya sanggup berkorban, bersusah payah apa sahaja untuk suami. Saya tanya kepada suami kenapa semua ni berlaku. Jawabnya sebab sikap saya.
Sikap saya yang dulu yang tiga tahun lepas diungkit semula, sikap saya yang suka marah marah, bertekak dan bergaduh. Allahu… Saya tertanya tanya dalam hati, adakah saya yang tak faham dia atau dia yang tak faham saya? Dulu saya hampir d3pression.
Suami sedikit pun tak pernah bertanya kepada saya kenapa saya suka marah marah? Kenapa saya suka marah anak anak? Tak pernah walau sekali pun. Sebaliknya saya yang pujuk hati sendiri. Saya yang telan walau pahit mana pun.
Tatkala saya pinta suami pilih antara saya dan perempuan tu, suami buat keputusan untuk pilih saya dan anak anak atas alasan masih sayangkan saya. Disebabkan saya sayangkan rumahtangga saya dan demi anak anak saya beri suami peluang lagi..
Walaupun ketika itu, saya dapat lihat betapa kecewanya suami saya terpaksa putuskan hubungannya dengan perempuan itu. Dari riak wajah suami, sikap suami jelas dan nyata suami sangat kecewa..
Bila saya minta suami delete nombor telefon perempuan tu, unfriend dari facebook dan unfollow akaun perempuan tu dari instagram, suami sangat berat hati untuk buat semua tu… Saya sangat kecewa dengan sikap suami..
Dalam hati kenapa pilih saya kalau sayangkan perempuan tu? Saya warning suami kalau saya dapat tau dia ada berhubung atau berjumpa dengan perempuan tu lagi, dia memang takkan dapat berjumpa lagi dengan saya dan anak anak.
Ye, saya dapat lihat dari hari ke hari suami cuba buktikan kepada saya yang dia masih perlukan saya dan anak anak walaupun ada juga sekali sekala sikapnya seolah olah dingin dengan saya.
Seolah olah seperti masih teringat ingatkan perempuan tu. Masih terkenang kenangkan perempuan tu…
Hati seorang isteri, saya dapat rasakan semua tu. Sikap suami berubah sama seperti awal awal dulu. Layan movie dan main game. Tetapi saya masih melayan suami seperti biasa walaupun saya terasa hati dengan sikap suami..
Kini yang menjadi masalahnya, saya seperti trauma. Setiap hari saya dalam ketakutan dan risau. Takut dan risau jika suami curang sekali lagi. Risau jika satu hari nanti, perempuan tu hubungi suami saya semula dan akhirnya suami pergi kepada dia.
Hingga saya fikir lebih baik saya tinggalkan suami dulu sekarang ni sebelum suami tinggalkan saya dikemudian hari. Sebelum saya dikecewakan sekali lagi, lebih baik saya pergi dulu.
Saya sentiasa curiga dengan suami lebih lebih lagi sewaktu suami pergi kerja memandangkan suami dan perempuan itu bekerja di syarikat yang sama.
Bila saya tanya pada suami, adakah dia ada berhubung dan berjumpa dengan perempuan tu, jawabnya takde. Namun, hati saya tak tenang jiwa saya sentiasa gelisah. Macam macam yang bermain di fikiran saya.
Saya ingin minta nasihat dan pandangan semua, apakah rasa curiga, trauma yang saya alami ini hanya mainan emosi dari syaiitan yang ingin lihat rumahtangga kami berkecai atau ianya benar instinct seorang isteri?
Kerana sebelum rahsia suami terbongkar, instinct saya kerap mengatakan suami ada perempuan lain tapi saya abaikan hingga Allah tunjukkan semuanya..
Apa yang harus saya lakukan agar dapat saya hilangkan rasa trauma dan curiga ini? Saya takut jika saya minta suami lepaskan saya, saya terlalu ikutkan emosi sedangkan ada jalan untuk kami berbahagia..
Reaksi Warganet
Atiq Azhar –
Suami yang lapang masanya hingga boleh tengok tv, main game, tak membantu langsung dalam kerja rumah memang potensi besar nak cari orang luar. Seolah ada kekosongan dalam hatinya.
Jika dia benar sayangkan keluarga, ihsan pada isteri yang penat urus anak seorang diri pasti berfikir banyak kali untuk curang. Dah jadi semua ini tetap salahkan isteri yang berubah jadi baran, emosi sentiasa.
Cuba fikir, awal jatuh hati dengan isteri dulu bagaimana air mukanya? Bagaimana sikapnya? Setelah bertahun, ada anak bagaimana sikapnya pula? Atas sebab apa dia berubah? Kemudian tetap salahkan isteri untuk halalkan kecurangan. Tahla.. Tak boleh terima semua ini.
Bagi kata dua je. Apa guna hubungan tanpa kepercayaan dan kesetiaan? Ada macam takde. Anak anak pun terabai daripada kasih sayang ayah. Setiap hari hati rasa sakit. Jika dengan lepaskan mampu rasa lega, lepaskan. Hidup kita tak lama nak meratapi sesuatu.
Banyak sangat kisah macam ni, teraniaya seorang isteri tanpa sedar. Istikharahlah puan. Jika ada jodoh bersama, teruskan. Jika tidak, lepaskan.
Robiah Ismail –
Saya pernah trauma dan lalui apa yang puan lalui. Lebih buruk sebab saya memang ada d3pression. D3pression saya dah relapse dan kali ke3 ini dah major d3pression. Beratnya Allah saja yang tahu. Major d3pression sebab kes yang sama dengan puan. Saya dibawah pengawasan psikiatris dan Alhamdulillah dah pulih sepenuhnya.
Memang rasa ragu ragu sentiasa menghantui dan saya ingat lagi psiakitris kata, mata untuk lihat ke depan bukan ke belakang. Semoga puan diberikan kekuatan. InshaAllah semoga puan diberi ketenangan dan dapat membuat keputusan yang baik demi diri dan anak anak.
Satu lagi jangan pernah salahkan keputusan puan untuk PJJ dulu sebab benda ni boleh saja berlaku bila bila. Depan mata pun boleh. Itu yang saya pegang.
Hartini Abd Halim –
Selalu bila suami curang, family diabaikan. Tapi kali ni terbalik pula. Bila curang baru ingat nak bahagiakan istri dan anak anak.
Macam ni la tt, buat apa nk pening pening, awak dan suami dah buat keputusan pon nak teruskan maka buat la bagi success. Dari dok layan perasaan tu baik pikir macam mana nak bahagia. Paling penting ubah diri sndiri dulu, jangan murung dan stress. Cari jalan supaya suami tak nyesal tinggal kekasih gelap dia tu..
Fadzilah Musa –
Pasal suami, orang lain dah komen. Aku cuma nak komen pasal anak anak. Seteruk mana tekanan pun, jangan jadikan anak mngsa yang tidak berdosa.
Lepas ni kalau jadi apa apa tekanan lagi, tolong jangan lepaskan pada anak. Lepaskan kepada manusia yang sepatutnya kau lepaskan. Sebab nanti kerugian hanya berbalik pada diri kamu. Suami dah la berpaling tadah.
Dengan anak anak sekali nanti membenci kamu.
Saya ingatkan, apa apa terjadi pun hubungan kamu dan suami lepas ni, anak anak tetap akan bersama kamu hingga ke akhir hayat. Dengan syarat kamu layan mereka baik baik.
Saya berani cakap sebab saya dah lalui pengalaman lebih buruk dari kamu tapi tidak sesekali saya lepaskan pada anak. Kalau tak, dah lama saya masuk penjara sebab mendera.
Norizan Mamat –
Salam. Big hug.
Untuk melupakan memang sangat susah. Jadi, apa yang kita perlu buat, jangan lupa, biarkan kenangan tu.
Lagi satu, kita kena bina kekuatan dalaman kita. Kita kena sayang diri kita sehingga kita rasa kita cukup kuat hadapi apa saja kemungkinan dihadapan dengan tabah.
Tak mudah, tapi tak apa. Pelan pelan bina kekuatan disamping raikan bahagia yg ada.
Hargai rasa bahagia anak anak kecil. Bahagia ada keluarga yang lengkap. Semua itu akan berlalu. Anak makin besar. Suami ? Follow the flow.
“Jika abang rasa dia lebih baik, pergilah. Jangan seksa diri sendiri. Kerana saya juga nak bahagia”
Cakap kat dia begitu.
Semoga bahagia bertandang dan derita berlalu…
BACA:
Ini punca sebenar harga durian di Malaysia turun mendadak selepas ini
Ini senarai aset ahli parlimen Malaysia, no.1 punya harta cecah RM75 juta!