Assalamualaikum semua. Tujuan aku membuat confession ni adalah untuk mendapatkan kata – kata nasihat dan juga kata – kata semangat untuk
aku terus istiqamah dalam perubahan aku. Aku mulakan dengan latar belakang keluarga aku sebab ia berkait dengan confession aku ini.
Aku berumur 25 tahun. Berasal dari keluarga yang agak alim. Keluarga yang mementingkan ilmu agama Islam.
Mak aku anak ustaz. Ayah aku bukan ustaz tapi dia kaki masjid setiap hari 5 waktu solat berjemaah di masjid. Jarang nampak ayah aku solat di rumah.
Adik beradik aku ramai lebih 10 orang. Mak ayah aku bagi didikan agama yang baik untuk kami semua.
Separuh dari adik beradik aku sekolah menengah agama serta sambung pengajian di universiti pun dalam bidang agama. Ada yang jadi ustaz dan ustazah.
Yang lain – lain sekolah menengah biasa, walaupun bukan sekolah agama mereka berakhlak baik. Menutup aur4t. Solat 5 waktu dan menjaga ikhtilat serta menjaga batas pergaulan. Tapi berbeza pula dengan aku. Aku berakhlak buruk. Dari sekolah rendah aku tidak berminat dengan ilmu agama.
Dulu aku sangat rimas bila dengar keluarga aku bercakap tentang ilmu agama, tentang akhir4t. Aku tidak berminat untuk menjadi alim macam kakak – kakak aku yang lain bertudung labuh. Lepas tamat sekolah rendah, mak ayah aku suruh masuk sekolah agama tapi aku berkeras menolak.
Aku Iawan cakap mak aku. Aku sangat degil masa tu. Mak aku betul – betul marah aku sampai kepala aku kena h4ntuk ke dinding. Tapi aku tetap dengan keputusan aku, aku nak ke sekolah menengah biasa. Akhirnya, mak ayah aku mengalah.
Aku berbeza dengan adik beradik aku yang lain. Diibaratkan setandan pisang yang elok, ada satu pisang yang buruk. Aku lah yang buruk tu. Aku seorang yang sosiaI dari zaman remaja. Langsung tak jaga batas dengan lelaki.
Bergurau senda, bertepuk t4mpar sampai bersentuhan. Tak tutup aur4t. Pakai baju ketat – ketat dan ada boyfriend. Pergi dating pegang tangan. Family aku melarang keras aku bercinta monyet. Tapi aku kan degil, aku bercinta senyap – senyap.
Tapi walaupun aku macam tu, start je aku baligh semasa usia 13 tahun aku terus jaga solat 5 waktu aku. Solat tak tinggal dengan sengaja. Aku jugak rajin baca al-quran. Dan aku adalah anak yang paling bijak. Zaman sekolah aku selalu dapat anugerah pelajar terbaik. Mak ayah aku bangga dengan aku dari segi pendidikan.
Kemuncak sosiaInya aku adalah masa zaman universiti. Aku ada boyfriend. Aku dengan dia sangat bebas. Dia ajar aku buat benda tak senonoh. Aku kalah dengan belaian dia, aku kalah dengan nafsu aku. Bila berjumpa kami selalu ringan – ringan. Tapi aku masih suci sebab kami tak sampai ke tahap tu.
3 tahun aku berada dalam kemaksi4tan. Sepanjang 3 tahun bukan aku tak mencuba untuk menjauh, tapi pada akhirnya aku kalah dengan rayuan dia. Aku buat d0sa lepas tu aku menyesal aku bertaubat dan akhirnya aku kalah lagi.
Berkali – kali aku dalam keadaan macam tu. Menangis – nangis atas tikar sejadah menyesali perbuatan aku. Aku h1na dan jijik. Aku solat 5 waktu, aku baca al-quran tapi aku buat maksi4t. Akhirnya, pada tahun 2021 aku nekad nak tinggalkan semua kemaksi4tan ni.
Aku takut dengan azab Allah. Aku nak taubat nasuha. Aku putuskan hubungan dengan dia. Aku lari jauh dari dia. Aku block semua yang berkaitan dengan dia. Aku delete semua gambar dia. Aku bakar semua barang yang dia bagi.
Akhirnya, aku kembali kepada Allah. Aku betul – betul nak berubah. Aku menyesali segala perbuatan terkutuk aku. Aku solat taubat berkali – kali mengharapkan Allah mengampuni d0sa – d0sa aku. Hari – hari aku menangis menyesali perbuatan aku.
Aku balik kampung tengok muka mak ayah aku, s4kit sangat dalam d4da aku ni terkenangkan apa yang aku buat belakang mereka. Aku malu dengan perbuatan aku. Malu dengan diri sendiri, malu dengan Allah. Sejak aku nekad berubah dan meninggaIkan maksi4t, hampir hari – hari aku menangis.
Duduk sorang – sorang aku menangis, naik motor, naik kereta dan di mana sahaja aku berada bila terkenangkan d0sa – d0sa aku, aku menangis. S4kit sangat ya Allah rasa penyesalan ni. Dan aku juga mula menutup aur4t. Aku labuhkan tudung menutup d4da. Aku pakai baju longgar – longgar, pakai stokin. Aku jaga ikhtilat dengan lelaki.
Semua yang buruk pada diri aku, aku usaha perbaiki. Per4ngai buruk aku dulu yang degil, suka meIawan aku buang. Aku nak jadi baik. Aku nak jadi wanita solehah. Aku harap Allah ampuni d0sa – d0sa aku. Sesungguhnya aku sangat menyesali segala perbuatan aku.
Kadang – kadang aku tertanya – tanya dan menangis kenapa dalam keluarga aku, aku seorang je yang berbeza. Kenapa aku tak sama macam adik beradik aku yang lain dari kecil berakhlak baik. Kenapa dari kecil aku seorang je yang terpesong.
Bila besar baru lah mula mencari ilmu agama dan mula berminat dengan ilmu agama. Mungkin ini ujian untuk aku. Adik beradik aku mungkin ujian dari segi lain. Aku redha dengan ujian ini dan takdir hidup aku yang Allah dah tetapkan.
Kalian doakan aku terus istiqamah ye. Doakan juga aku dapat suami yang baik akhlaknya yang dapat membimbing aku ke jalan yang diredhai Allah swt. Walaupun sebenarnya aku rasa tak layak pun untuk dapat lelaki yang baik :’) – H4mba Allah (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Izani Wahab : Alhamdulillah berkat doa mak ayah. Moga awak terus dipelihara iman dan taqwa. Takut sebenarnya nak membesarkan anak – anak terutama perempuan. Lagi berat ujian daripada menjaga anak kecik. Lagi zaman sekarang. Risau semua ada.
Doa, nasihat dan bebel tak berhenti. Biar lekat dalam otak mereka. Tapi tula Allah dah bagitau ujian anak dan harta tu ujian paling berat untuk tiap manusia. Bersedia dengan sebarang ujian.
Hanna Rodzli : Jalan syurga setiap orang tak sama. Namun saya pasti kembalinya awak ke jalan Allah adalah hasil makbulnya doa orang – orang yang sayangkan awak. Maka hargailah kerana diberi kesed4ran dan dibawa kembali ke pangkal jalan sedangkan ramai lagi yang masih terbiar dalam maksi4t kerana kesombongan mereka sendiri.
Semoga Allah membuka jalan – jalan kebaikan untuk awak. Semoga Allah mengurniakan ganjaran pahala kepada ibu ayah awak kerana kesabaran mereka mendepani kerenah awak sebelum ini. Mungkin kerana mereka juga orang baik – baik maka Allah memperbaiki anak mereka yang tersasar.
Semoga awak menjadi lebih baik dari semalam. Soal apa yang akan datang, jodoh, rezeki, kehidupan serahkan semuanya kepada Allah.. Fokus kepada diri sendiri dan jalan pulang ini dahulu. Allah Maha Kaya, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Saya doakan Allah tidak akan sia – siakan awak.. Inshaa Allah.
BACA: Netizen sindir MB Kedah, ‘depan penyokong dia hero, masuk mahkamah dia minta tangguh’