Nama aku Tulip. Umur 30an, dah berkahwin, ada anak lelaki seorang & berkerjaya.
Kisah aku ni terpanggil untuk aku kongsi lepas aku baca confession bertajuk ‘Adik Lelaki‘.
Kisah aku bermula masa aku darjah 3 lagi.Masa tu aku ingat lagi, aku bercuti ke Penang, rumah mak saudara aku. Mak saudara aku ni ada 3 anak.
2 lelaki & 1 perempuan. Yang sulung lelaki sebaya aku.Malam pertama aku tidur di bilik, tiba2 ada seseorang cuba nak baring atas aku & cuba buat sesuatu.
Aku terkejut sebab aku ternampak sepupu aku yang sulung.
Aku menjerit. Tapi dia tak nak lepaskan aku.
Nasib baik, ayah sedara aku datang. Malam tu jugak aku dengar dia teruk kena pukul.
Aku menangis teresak2 sebab terkejut. Kisah aku tak berakhir disitu.
Masa aku darjah enam, umur aku 12 tahun. Aku ingat lagi, malam tu mak & ayah aku balik kampung sebab jaga nenek aku yang nazak.
Aku ada 2 abang & 1 adik lelaki. Aku ada bilik sendiri.
Malam tu, masa aku tengah lena, tiba2 ada seseorang cuba nak buka zip seluar aku. Aku mamai buka mata & nampak abang sulung aku.
Aku terkejut sampai tak tau nak buat ape. Aku cuma mampu pusingkan badan aku ketepi dinding.
Maksud nye membelakangkan abang aku. Nasib aku baik, abang aku tak teruskan buat ape2.
Kemudian dia keluar dari bilik aku. Aku betul2 terkejut. Sampai menggigil badan aku sebab takut.
Sejak kejadian tu, bila aku tidur malam je mesti aku kunci pintu.
Rupanya ada lagi. Paling aku tak lupa, masa aku tengah mandi.
Bilik air aku jenis lama. Sebelah bilik mandi & sebelah tandas.
Bahagian tengah dinding yang separuh tinggi.
Masa aku tengah mandi, aku terkejut tiba2 ternampak kepala abang sulung aku cuba nak mengintai aku.
Aku siap cakap lagi, eh buat ape? Terus dia cepat2 keluar dari tandas.
Bukan tu sahaja, dia pernah cuba nak intai aku mandi dari tingkap bilik yang bersebelahan dengan bilik air. Tingkap tu tinggi.
Memang kena panjat. Aku sampaikan nak mandi mencangkung sebab tak nak dia nampak aku.
Sejak tu, aku takkan mandi selagi mak atau ayah takde di rumah. Antara lain, aku pernah la baring depan tv sambil pegang kucing.
Kucing tu aku letak atas dada. Tiba2 dia datang & baring sebelah aku.
Lepas tu dia cuba nak gosok2 kucing tu. Tangan dia dekat sangat dengan dada aku. Aku cepat2 bangun.
Lagi, masa aku form 2. Umur aku 14 tahun. Aku pernah la terjumpa barang2 personal dia dalam almari.
Aku terjumpa beberapa keratan gambar perempuan b*gel & dvd l*cah. Masa tu dia takde kat rumah.
Aku marah sangat. Aku ambik semuanya & aku bakar kat belakang rumah.
Puas hati aku. Aku pernah cerita pada mak ape yang abang aku buat. Tapi senyap macam tu je.
Kisah ketiga aku pula. Masa tu aku form 4. Umur 16 tahun.
Adik aku ni dari sekolah rendah bersekolah di maahad tahfiz. Mak ayah setiap ahad akan melawat adik di asrama.
Aku pun ikut sama. Masa kat sana ada seorang lelaki ni, awal 20an.
Dia orang kampung sana. Selalu ke masjid tempat adik aku belajar ni.
Mak ayah kenal & mula rapat dengan org tu. Dia datang rumah lepas tu balik.
Lama2 tu dia makin kerap datang & mula tidur di rumah aku. Aku memang tak rapat & tak suka dia pun.
Dia la yang selalu bawak mak aku keluar beli barang2 dapur. Dia cuma kerja kebun ye.
Pagi2 balik kampung dia, tengahari dah balik ke rumah aku. Dah macam rumah sendiri di buat nye.
Aku cukup tak selesa bila dia ada. Yerlah, nak baring kat ruang tamu ke, kot kang terlena. Segan la aku.
Nak di jadikan cerita pernah satu hari aku lepas mandi, masuk bilik nak pakai baju.
Tiba2 tingkap bilik aku cuba di buka. Aku ternampak bayang seseorang di sebalik tingkap.
Ya Allah. Takut nye aku.
Banyak kali berlaku, sampaikan aku siap mandi, mesti aku pakai baju terus dari bilik air.
Pernah juga, malam aku tidur, aku ternampak bayang seseorang cuba intai aku tidur.
Cuba nak tolak pintu bilik aku. Aku tahu itu dia.
Sebab sejak dia tinggal dengan family aku, abang aku yang sulung tu memang dah lama tinggal di u. Jadi sapa lagi yang nak buat macam tu.
Kita orang memang tak pernah berbual ye. Cakap bila perlu je.
Kalau dia makan dengan mak ayah aku, aku tak join sama. Aku pernah beritahu mak aku ape yang dia buat, tapi sama.
Takde ape2 tindakan. Sejak tu aku makin stress tinggal di rumah.
Aku dah macam orang asing tinggal di rumah sendiri. Bila aku habis SPM, aku dapat tawaran belajar di PJ.
Terus aku pergi. Memang aku berniat nak pergi jauh dari rumah.
Sampaikan bila cuti semester, aku tak nak balik. Aku rela tinggal di hostel dari balik rumah.
Pernah sekali mak ayah tiba2 datang dari kampung untuk berjumpa aku di kolej. Hanya sebab aku dah lama tak balik kampung.
Aku betul2 benci nak balik rumah. Sampai la aku grad, umur aku 21, aku dapat kerja di hospital di ipoh.
Jarak dari rumah aku ke hospital lebih kurang setengah jam je. Tak jauh mana pun.
Tapi sebab dia tu masih tinggal di sana, aku sanggup cari rumah sewa & tinggal dengan kawan2. Jarang dah balik kampung. Merajuk.
Bila orang sibuk nak cuti raya, aku offer nak kerja. Hanya sebab tak nak balik sana. Tak nak tengok muka dia.
Seingat aku masa umur aku 25 tahun, dia dah pergi dari rumah aku. Pergi terus.
Aku tak tau sebab ape. Yang aku tau dia bergaduh dengan mak aku.
Sejak dia takde, aku pindah balik rumah mak ayah aku. Sejak tu hidup aku normal balik.
Aku gembira dapat pulang. Aku bersyukur, semua kejadian yang berlaku atas aku, tak seteruk macam mangsa lain yang contoh nye kena rogol.
Tapi aku tetap macam trauma. Takut.
Bila aku dah jadi seorang ibu ni, aku tak nak benda2 camni jadi kat anak aku. Tolong la ibu2 kat luar sana, dengarla cakap anak bila anak cakap dia di ganggu.
Tolong ambil peduli. Jangan diamkan.
Terima kasih yang membaca.
– Tulip (Bukan nama sebenar)
BACA: Perutusan negara dari Perdana Menteri, ini ulasan mudah faham buat rakyat