“Aku rasa macam kena nasi kangkang dengan keluarga mentua, semua harap aku bayar sedangkan..

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Masih ada mentua yang berharap duit bantuan daripada menantu meskipun belanja bulanan sudah diberikan.

Lebih perit mereka ini dilayan seperti bank bergerak andai ipar duai memerlukan duit lebih untuk beli belah.

Seorang wanita tidak menyangka niat baiknya menghulurkan bantuan semasa mentua memerlukan akan membuka pintu untuk dia diperguna.

Aku berumur 30 tahun dan mempunyai tiga orang cahaya mata berumur 4 tahun, 3 tahun dan baby 5 bulan.

Aku mempunyai lulusan diploma dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Aku rasa macam kena nasi kangkang dengan keluarga mentua, semua harap aku bayar sedangkan..

Tapi Allah memilih aku menjadi suri rumah tangga menjaga anak aku yang comel-comel.

Aku dan suami tinggal di Kuala Lumpur. Tapi suami meminta aku pulang ke kampungnya di negerinya untuk aku berpantang dan bersalin di rumah mentua.

Walaupun banyak alasan aku bagi tapi aku terpaksa akur dan pulang ke negeri suami. Maka awal bulan 12 aku pulang ke rumah mentua.

Keluarga di rumah mentua aku ada adik ipar, kakak ipar sekeluarga dan aku anak beranak, jadi kira kami ni keluarga besarlah kan.

Awal bulan pertama aku di rumah mentua kehidupan aku dan anak macam biasa. Semuanya ok belaka. Sampailah bermacam-macam kejadian berlaku pada aku.

Untuk makluman keluarga mentua aku berlainan bangsa, jadi bahasa yang digunakan di rumah mereka lain. Kalau bercakap dengan aku mereka guna bahasa melayu.

Selama aku di rumah mentua, aku tak pernah masak untuk satu keluarga, aku pun faham kami lain bangsa, maka lain la air tangan walaupun masakan tu simple.

Mak mentua aku akan bagi aku goreng ikan je. Lebih dari tu kakak ipar yang akan masak.

Jadi kalau nak masak tu aku masak sikit je untuk kami anak beranak. Sebab ada aku pernah masak ikan rebus mak mentua aku cakap, “tak ada siapa yang makan ikan rebus tu”.

Aku diam jela, jujur aku tak terasa hati tapi lagi gembira sebab dapat makan dengan anak-anak.

Bab barang dapur aku dan kakak ipar berkongsi duit. Kadang ada juga aku tambah sikit barang dapur yang dah nak habis. Itu tak ada masalah bagi aku.

Mak mentua suka menyibuk

Yang jadi masalah ialah mak mentua aku mesti menyibuk kalau ada aku beli apa apa untuk anak aku.

Contoh anak aku nak minum buah laici, so aku bukakan untuk diorang, jadi mak mentua aku pun sibuk tanya apa aku buat. Dah la ngam-ngam je untuk anak aku.

Kalau anak aku makan keropok sibuk mak mentua aku suruh kongsi dengan anak kakak ipar.

Bila tiba gaji, mak mentua aku orang pertama yang akan tanya berapa gaji suami aku, dan berapa suami aku transfer duit. Sampai tahap tu ya mak mentua aku tanya.

Aku tak pasti mak mentua aku mungkin saja nak pancing aku atau apa niat dia aku tak tahu la kan. Sebab dia selalu minta duit kat aku.

Walaupun tak banyak tapi kalau aku kira masuk buku dalam sebulan tu adalah dalam RM20. Kadang minta RM1 buat beli ais lah, kadang RM5 buat beli sabun.

Padahal aku dah bagi duit belanja semua tu. Ada je yang mentua aku akan beli tapi minta duit aku. Tapi aku ni bagi jela tak ada banyak bunyi. Malas nak bergaduh.

Yang paling sakit hati mak mentua pinjam duit untuk adik ipar aku isi minyak kereta dia. Adalah dalam RM10 atau RM20 macam tu.

Aku la dia punya sasaran tempat pinjam duit. Kata nak ganti tapi sampai ke sudah tak ada pun ganti. Aku mampu diamkan jela hal ni.

Mak mentua aku siap cakap duit gaji adik ipar habis buat bayar hutang itu ini. Beli belanja. Padahal aku tak pernah ambil tahu duit tu

Lain hal pula dengan kakak ipar, aku tiap kali nak pergi pekan aku tunpang kakak ipar tapi aku isi minyak kereta.

Aku selalu bawa anak aku pergi kedai jajan , jadi kakak ipar aku ikut juga bawa anak dia sekali. Bila nak bayar tu kakak ipar siap minta bayarkan dia punya barang sekali.

Setakat dua atau tiga barang tak kisah la kan. Tapi rasa dah macam diperguna pula. Bukan sekali dua, banyak kali juga kakak ipar buat macam tu.

So, lepas ni kalau aku pergi pekan aku pergi sendiri dengan anak aku jadi taklah sakit hati. Bila aku shopping barang aku, aku akan sorokkan.

Aku kadang terfikir, apa salah ku dalam rumah ni, sedangkan aku tak pernah kacau kehidupan mereka. Tak pernah aku masuk campur urusan mereka.

Walaupun mentua aku buat aku macam tu sampai hari aku dengan mentua tak pernah gaduh besar.

Aku anggap ni sebagai ujian untuk aku. Semua yang jadi aku tak pernah sekali cerita pada suami. Semuanya aku simpan supaya tak berlaku pergaduhan.

Baca juga: Kecoh pemimpin Bersatu risik jawatan kerajaan susulan kekalahan PN dalam dua PRK