“Aku punya jaga aib bekas suami, lepas tuntut fasakh maka terbongkar segalanya”

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Setiap pasangan pastinya mahu mendapatkan restu ibu bapa sebelum melangsungkan perkahwinan agar tidak bergaduh di kemudian hari.

Seorang wanita terpaksa melepaskan orang yang disayangi kerana tidak mahu suaminya itu terpaksa memilih di antara dirinya dan ibu sendiri.

Dibawah adalah perkongsian wanita, Laila (bukan nama sebenar) selepas lapan bulan bertahan dengan mentalnya disiksa dan dihina bekas ibu mentua.

Emak, Emak memang emak yang cukup sayangkan anak dan tidak boleh melihat kesusahan anak walaupun sekelumit pun.

Memang saya bukan menantu pilihan, berdasarkan saya tidak bekerja tetap dan emak tidak tahu yang bekas menantumu ini adalah lulusan master di luar negara.

“Aku punya jaga aib bekas suami, lepas tuntut fasakh maka terbongkar segalanya"

Ya, saya tidak menghebohkan kepada sesiapa kerana bagi saya sijil ini tidak perlu dihebahkan dan menjadi ukuran sebagai calon menantu.

Bila kali pertama kita bertentang mata, ayat pertama emak adalah apakah pekerjaanku. Saya hanya menyatakan saya bekerja sendiri di samping menjadi guru tuisyen separuh masa.

Belum habis mukadimah, emak terus menarik muka di hadapan saya. Ya, anak emak itu bekerja kerajaan, sebagai pembantu perubatan.

Dengan mudahnya emak luncurkan ayat “paling tidakpun carilah jururawat” didepanku pada pertemuan pertama kita. Emak, emak tahu tak selepas itu saya membawa diri jauh daripada anak emak.

Bukan kerana rajuk, tetapi saya tidak ingin perkahwinan yang mendapat restu terpaksa daripada emak mentua.

Kerana anak emak itu masih mencari saya, menagih cinta sehingga masuk hospitaI akibat tertekan, saya membuat solat istikarah dan dialah yang saya nampak sebagai jodoh saya.

Oleh itu saya menerima dia dengan harapan yang satu hari nanti emak akan menerima saya.

Emak, memang dia anak emak, tetapi hanya pasangan hidup yang lebih mengetahui dari hujung rambut hingga hujung kaki sang suami.

Ya, saya haIang dia untuk berterus terang kerana maruah suami saya perlu jaga. Lagipun pasti emak rasa janggal sekiranya emak bertandang ke rumah menantu, bukan rumah anak emak sendiri. Saya sayangkan emak, dan saya sayangkan suami waktu itu.

Setiap kali emak datang, ada sahaja tidak kena. Emak tengking saya bila saya ingin ubah suai rumah kononnya tidak bersyukur rumah yang suami sediakan.

Emak buang masakan saya kerana kononnya masakan saya ini menambah penyakit anak emak.

Duhai emak, kerana mulut saya ini ringan kononnya ingin menjaga emak dek kerana sakit, saya menjadi hamba di rumah sendiri.

Selama lima bulan kami berkahwin emak sudah heboh mengatakan saya ini manduI. Habis semua ipar duai mengata saya dan bila saya enggan balik kampung, emak hamburkan kata kesat kepada saya.

Tahukah emak disaat itulah saya baru keguguran kerana terlalu tertekan dengan sikap keluarga emak.

Ya silap saya kerana saya banyak pendam. Saya banyak menjaga hati semua orang, maruah suami sehingga diri saya tergadai dan depresi.

Setiap bulan emak dapat duit belanja RM700 dari suami, emak ku sayang, emak tahu tak berapa gaji sebagai pembantu perubatan setiap bulan?

Bila suami belikan emas sebagai hadiah, emak merajuk balik kampung sampai enggan bercakap dengan anak emak.

Habis saya dimaki oleh ipar duai mengatakan saya menantu derhaka walaupun ipar-ipar itu tak ada seorang pun yang ingin menjaga emak.

Emak, lapan bulan usia perkahwinan kami saya memohon fasakh. Ya, kerana saya tidak sampai hati melihat air mata anak emak hari-hari apabila emak enggan bercakap dengannya.

Saya tidak berdendam mahupun bergaduh dengan suami. Tapi saya enggan melihat suami tersepit di antara isteri dan seorang ibu yang melahirkannya.

Apabila kes cerai berjalan, emak datang ke mahkamah dan paksa anak emak untuk dapatkan hak rumah itu.

Barulah terbongkar semuanya yang segala harta benda termasuk kereta adalah milik saya yang mutlak.

Tiada harta sepencarian kerana semuanya saya beli sebelum kahwin. Emak tersayang, saya kembalikan anakmu semula dan kahwinkanlah dia dengan menantu pilihan emak.

Walaupun dia masih sayangkan saya, tapi saya selalu mengatakan.. isteri boleh dicari, tapi emak hanyalah seorang di dunia ini.

Biarlah saya beredar kerana saya juga ada hati yang ingin dijaga.

Bekas suami saya seorang yang baik. Tetapi dia bukanlah anak kegemaran ibunya. Hanya dialah satunya yang tiada ijazah sarjana muda.

Suami sebelum ini tahu serba sikit latar belakang saya. Kerana tidak mahu dia dipandang lekeh, saya tidak beritahu kepada keluarga bekas mentua tentang kelulusan saya.

Suami kerap diperIi dari kecil kerana tidak pandai. Sehinggalah dia mendapat jawatan tetap di kerajaan negeri, pandangan mereka sikit berubah.

Baca juga: Samsuri lepas jawatan Bendahari PN isyarat Pas bakal tinggalkan PN, sertai perpaduan