“Aku pun antara yakin dengan tak, aku bagi mak duit. Itulah duit terakhir dalam tangan. Aku tawakal masa tu.
Ada juga suara jahat kata kenapa bagi, kan dah tak ada duit langsung”
Memiliki wang yang berkat adalah satu perkara yang begitu di kehendaki oleh ramai orang, maksud wang atau gaji yang berkat adalah gaji kita mencukupi walaupun hanya bergaji kecil.
Kadang-kadang kita lihat, orang itu gajinya lebih kecil daripada kita, tapi kehidupannya tidak pernah susah dengan siap boleh hantar ke kampung lagi dan berbelanja seperti lebih dari kita.
Kita pula gaji lebih banyak daripada dia tapi hari pertama dapat gaji, tolak hutang sana hutang sini dah tinggal separuh, sampai tengah bulan dah nak habis gaji sedangkan kita dah habis berjimat cermat.
Jadi apakah rahsia besar yang disimpan oleh mereka ini untuk cukup walaupun gaji kecil? sebenarnya janganlah kedekut lebih-lebih lagi dengan ibu bapa kita, banyakkan bersedekah,
Dikongsi oleh seorang usahawan berjaya, Puan Rina Salleh yang merupakan pemilik butik pakaian atas jenamanya sendiri satu kisah yang cukup memberi inspirasi kepada semua orang, hanya kerana memberikan wang kepada ibunya sedangkan itu wang terakhirnya pada bulan itu.
Jom kita baca kisah hebat ini.
Selamat hari jadi Rina.
Hari ni hari jadi saya. Saya tak nak pura-pura tak sedar dan harap orang buat surprise untuk sambut harijadi saya.
Saya orangnya simple. Kadang-kadang tudung berkedut tak sempat gosok. Kasut pun dah pudar warna, belum tukar lagi dari tahun lepas. Tak, saya memang sengaja taknak tukar sebab saya selesa. Biasanya saya pakai sampai betul-betul tak boleh pakai dah. Dulu tak macam ni. Dulu nak bergaya sakan.
.
Saya nak kongsi satu cerita. Lama dulu saya ada sorang kawan. Banyak bagi nasihat.
Kadang-kadang saya bosan dengar. Ada satu cerita dia yang buat saya berfikir panjang. Dia kata setiap kali dia jumpa mak, dia akan hulur rm50 atau berapa je yang dia ada masa tu.
Saya tanya, kalau seminggu jumpa mak 3 kali, 3 kali lah bagi duit? Dia angguk. “Ahhhhh, dia banyak duit boleh la. Saya kalau betul-betul ikat perut, rm50 tu boleh tahan belanja dua minggu” Suara suara defensive saya masa tu. Masa tu saya jahil.
.
Satu hari tu saya terdesak, sangat-sangat. Nak selesaikan hutang. Duit tinggal yang ada dalam poket je. Memang dah habis. Saya teringat cerita kawan saya yang suka nasihat tu. Dia cakap tu lah keramat dia. Asbab bagi mak duit dan juga niat sedekah, mak dia gembira. Itu rahsia dia berjaya.
Saya pun antara yakin dengan tak, saya bagi mak saya duit. Itulah duit duit terakhir dalam tangan. Saya betul-betul tawakal masa tu. Ada juga suara jahat saya kata kenapa bagi, kan dah tak ada duit langsung.
Haih memang, dugaan nak buat benda baik ni besar. Dan Allah Maha Berkuasa. Lepas tu saya dapat order orang nak beli borong tudung bawal untuk dia jual dekat Kedah, jumlahnya dalam tiga ribu ringgit. Dia bayar siap-siap full payment. Masa tu kelam kabut juga saya cari stok.
Dekat 20 kodi dia order. Dah lah tak pernah pos besar-besar macam tu, kalut saya nak packing. Saya menangis dalam hati masa tu. Sejak tu saya percaya dan sangat yakin, apa kita bagi sebenarnya lebih penting dari apa yang kita ada. Lagi-lagi bagi pada mak ayah.
.
Saya tulis ni sebab kadang-kadang saya pun lupa. Manalah tau, esok esok saya lupa diri, biar ada orang ketuk sikit.
Sebab tu kalau ada sesiapa yang hidup dia kesempitan, saya sarankan balik jumpa mak ayah.
Bagilah berapa pun yang ada. Kalau betul-betul tak ada duit, bagilah masa kita sikit. Luangkan dengan mak ayah. Moga-moga dapat juga gembirakan hati mereka. Moga Allah juga pandang usaha kita dan lapangkan hidup kita dari kesempitan.
.
Jadi, hari istimewa ni saya tak harap banyak. Saya cuma harap kawan-kawan doakan kebahagian ibu dan abah saya. Mereka orang yang paling banyak berkorban untuk saya. Siapa dan dimana saya hari ni adalah atas usaha dan doa ibu dan abah dengan izin Allah.
.
BACA:
Akibat kecuaian sampai hilang kaki kanan, lelaki ini menang saman RM1.3 juta dengan Hospital Melaka