“Aku pelik kenapa suami kerap check-in dengan saksi akad nikah masa kitaorang kahwin, rupanya ini kegiatan dorang belakang aku!”

Oleh MHDAILY

“Aku pelik kenapa suami kerap check-in dengan saksi akad nikah masa kitaorang kahwin, rupanya ini kegiatan dorang belakang aku!”

Melangsungkan majlis perkahwinan yang sangat mewah pada September 2022, siapa menduga Instafamous bernama Meylisa Zaara tidak menemui kebahagiaan berkekalan dengan pasangannya.

Awalnya, dia menyedari perubahan sikap RK setelah 2 bulan bernikah sebelum menemukan bukti mesej mesra.

"Aku pelik kenapa suami kerap check-in dengan saksi akad nikah masa kitaorang kahwin, rupanya ini kegiatan dorang belakang aku!"

Ternampak mesej mesra suami dengan kawan baik sendiri

Satu hari, mereka berdua sedang menaiki sebuah kereta dengan seorang kenalan lelaki dan 2 perempuan.

Secara kebetulan, Meylisa mula pelik kerana terbaca mesej mesra yang berlaku antara suaminya dengan lelaki dalam kereta terbabit. “Ada apa dengan korang berdua?”. Sesudah menanyakan soalan ini, Meylisa malah dikasari secara tiba-tiba.

Meylisa, RK & teman lelakinya pernah bergambar sekali

Meylisa dikasari selepas bertanya hubungan 2 lelaki berkenaan

Saat inilah wanita berusia 30 tahun ini mengetahui suaminya berskandal dengan pasangan sejenis.

RK bertindak mencengkam tangan Meylisa sehingga berbekas kuku, menarik rambut hingga ada yang tercabut selain menyebabkan kesan lebam dan kecederaan kecil.

Meylisa ada membuat laporan polis, namun keluarga berkata pembongkaran itu cukup meranapkan emosinya.

Terkadang, Meylisa akan menangis atau ketawa sendiri tanpa sebab. Kesannya, dia perlu menjalani terapi setelah disahkan mengalami trauma.

Berkali-kali tangkap suami check-in berdua

Selain mesej mesra, dia pernah berulang kali menangkap RK check-in dengan lelaki itu dan yang terbaru adalah selepas Aidilfitri lalu.

Sudah memfailkan tuntutan penceraian, namun suami tidak hadir ke sidang mahkamah.

Kini, Meylisa mahu dilepaskan segera kerana enggan lagi menjadi boneka RK yang sekadar mahu menyembunyikan fitrah songsangnya.

Apa yang paling mengejutkan dari berita ini, lelaki terbabit rupanya hadir ke majlis perkahwinan mereka dan telah menjadi saksi acara akad nikah.

BACA:

Abang ipar Azhar Sulaiman dedah bagaimana bekas Pengerusi AirAsia boleh meninggal dalam penerbangan ke London