Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih admin jika confession ini disiarkan.
Dah berapa hari otak ligat berfikir dan rasa berat sesuatu terbuku di dada.
Aku perlu luahkan dengan harapan dapat melegakan apa yang terpendam, mohon para sahabat dapat meninggalkan komen yang membantu.
Ribuan terima kasih didahulukan.
Masalah aku ni sebenarnya hanyalah berpunca dari perkara perkara kecil dan remeh. Mungkin sesetengah orang menganggap aku demand dan tak bersyukur.
Namun sungguh, semakin lama semakin parah seumpama barah. Suami aku tak pernah curang, bukan kaki pkul, bukan penagih d4dah. Tapi aku tetap tak bahagia.
Aku berkahwin dengan suami 10 tahun yang lalu. Dia jatuh cinta pandang pertama kepadaku. Mulanya aku tak ada perasaan terhadap dia.
Tapi disebabkan keluarga aku sukakan dia, aku berlapang dada menerima dia. Dia memang ada ciri ciri menantu idaman. Perwatakan baik lemah lembut dan sejuk mata memandang.
Aku pula berasal dari keluarga yang kurang ilmu agama, jadi aku terima dia dengan harapan dapat belajar agama dan menjadi muslimah yang lebih baik.
Setelah berkahwin alhamdulillah dia memang seperti dijangka, sangat menjaga hubungan dengan Allah.
Solat tak pernah tinggal, puasa, solat solat sunat, tahajud, mengaji dan sebagainya memang menjadi amalan dia.
Dia tak pernah memaki apatah lagi memukul. Tak pernah kutuk masakan aku dan tak pernah menghina. Nampak baik baik semuanya kan?
Jadi apa yang menjadi masalah pada aku sekarang?
Setelah 10 tahun perkahwinan dan dikurniakan 5 orang anak, aku baru faham yang sebenarnya suami aku berkahwin hanya untuk melengkapkan “family tree” dia.
Dia hanya perlukan seorang isteri dan ibu untuk zuriatnya.
Bukannya seorang pendamping dan teman hidup. Bukannya wanita yang untuk dicintai dan disayangi.
Kadang kadang aku fikir apa bezanya aku dengan pengasuh? Lebih kurang sama. Aku umpama pengasuh yang tinggal di rumahnya menjaga dan mengurus anak anaknya.
Dia tidaklah melayan aku seperti orang gaji, dia masih membantu dalam membuat kerja kerja rumah dan menguruskan anak anak.
Tapi hubungan kami tidak lebih dari ibu dan ayah yang berkongsi anak yang sama, seperti housemate. Itu sahaja.
Dia cukupkan makan pakai kami anak beranak. Walaupun tak mewah tapi dah lebih dari cukup bagiku. Aku sangat bersyukur dengan segala kurniaan Allah terutamanya rezeki anak.
Cuma semua itu masih belum dapat mengisi kekosongan dalam hati aku.
Suami aku berikan segalanya kecuali CINTA. Tidak ada cinta untuk aku sedangkan aku jatuh cinta pada dia sebaik saja selepas kami menjadi suami isteri.
Beberapa kali dia cakap dia cintakan aku tapi perilakunya tidak seperti yang dia ucapkan.
Sudah pasti setiap wanita mahu dicintai dan dibelai dengan kasih sayang. Tapi hidup aku sepi dari kasih sayang dan perhatian suami.
Di sini aku ceritakan kenapa aku rasa aku tak dicintai.
1. Tidur.
Selama kawin tak pernah sekalipun suami nak tidur berdekatan dengan aku, apatah lagi berpelukan. Dia akan tidur di mana saja dia mahu.
Dia suka tidur di ruang tamu. Aku tunggu tunggu dia masuk ke bilik tapi akhirnya dia tidur sampai ke pagi.
Jika tengah bergaduh lagilah dia suka sebab aku takkan panggil dia masuk, tak kacau hidup dia. Berminggu minggulah kami tidur berasingan.
Sedangkan dalam Islam, tidur berasingan adalah salah satu cara nak hukum isteri jika buat salah sebab isteri akan rasa terseksa jika dipulaukan suami.
Tapi itulah yang aku kena hadap selama 10 tahun.
Kalau aku panggil dia masuk bilik kadang dia masuk tapi dia tidur dekat bawah. Aku bagi macam macam alasan supaya dia tidur dekat atas dengan aku.
Kalau dia tidur di atas pula dia takkan tidur sebelah aku.
Kalau aku di hujung kanan, dia akan ke hujung kiri dan biar anak di tengah tengah.
Dia tak pernah ajar anak anak tidur berasingan, akulah yang berusaha ajar anak anak dan akulah juga yang terhegeh hegeh nak tidur dekat dengan dia.
Kadang kadang dia tidur melintang di bawah kaki aku, apa sajalah yang penting tak dekat dengan aku.
Alasan panas walaupun cuaca sejuk dan pasang aircond. Sekali pun dia tak pernah nak tidur sebelah aku, nak cium dan peluk sebelum tidur apatah lagi.
Semua tu akulah yang usahakan. Dari mula kahwin aku anggap dia tak romantik sebab tak pernah bercinta.
So aku ajar dia berkasih sayang, bercinta dan bermanja. Tapi semua tu kekal takat fasa honeymoon saja.
Beberapa bulan lepas tu hilang. Lebih lagi lepas dah ada anak. Jangan hairan kenapa kami boleh ada ramai anak, dia datang dekat aku bila perlu sahaja.
Aku pula jenis yang subur, rezeki anak Allah bagi mudah.
2. Makan.
Suami aku seorang yang sangat berdikari. Kalau dia nak makan selalunya dia buat sendiri. Cedok nasi dan lauk sendiri. Kadang dia masak sendiri.
Dia kata taknak susahkan aku tapi bila gaduh dia ungkit kata aku tak layan dia, sedangkan dia yang tak bagi peluang untuk aku layan dia.
Kadang kadang aku dah siap masak dia masih buat kerja. Jadi aku pun buatlah kerja lain, anak 5 orang semuanya kecik kecik lagi, mestilah banyak benda nak buat kan.
Tiba tiba tengok dia dah siap makan.
Sedangkan aku tak makan tunggu dia siap buat kerja. Dia tak pernah nak makan sama sama dengan aku.
Tak kiralah lauk tu aku masak atau dia masak ataupun beli, dia takkan panggil aku makan sekali.
Paling paling pun dia cakap abang ada beli sup. Itu saja pastu dia makanlah sorang sorang, terpulanglah aku nak join ke tidak.
Tak pernah dengar dia cakap “jomlah makan sama sama”.
Paling sakit hati bila aku ajak makan dia tak datang, bila aku dah siap dan masuk bilik terus dia meluru ke dapur nak makan.
Aku dapat rasa dia tak suka aku dekat dengan dia, mungkin dia rimas. Dia nak masa dia sendiri.
Kalau aku di utara dia ke selatan. Kalau aku di timur dia ke barat. Begitulah sebaliknya.
3. Masa.
Masa dia tak ada untuk aku. Aku surirumah sepenuh masa. Tiap hari fokus urus rumahtangga sahaja. Jadi aku tak boleh alihkan fikiran aku ke tempat lain. Tiap masa aku fikirkan tentang keluarga.
Ada juga aku join usrah dan kelas kelas agama tapi kejap kejap saja habis kelas sambung balik fikir macam mana nak perbaiki hubungan dengan suami.
Itu saja lah di otak aku tiap hari. Penat. Dia sibuk kerja, aku sibuk jaga anak. Seharian aku tunggu dia untuk luangkan masa untuk aku.
Banyak cerita nak kongsi dengan dia. Tapi bila dia dah free, di tangan sentiasa handphone, tak pernah lekang, makan pun sambil tengok hp, nak tidur pun tengok hp.
Bila aku bercakap mata dan tangan dia masih lagi dekat hp. Tak pernahlah nak letak dan fokus pada cerita aku.
Kadang dia dah tengok hp berjam jam, main Whatsapp, facebook, pastu aku datang baru nak buka cerita tiba tiba saja dia letak fon dan terus tidur.
Kata ngantuk sangat, tadi masa tengok hp tak ngantuk pula. Dengar saja suara aku terus ngantuk.
Lagi satu, dia suka sangat buat tak dengar bila aku bercakap. Kalau aku ajak sembang dia senyap buat macam angin.
Balik dari luar aku tegur suruh mandi salin baju dia buat tak tahu saja. Anak anak pula datang dekat dan peluk dia. Geram rasa.
Aku rasa macam cakap dengan dinding, tiada respon. Kecik sangat hati. Rasa terabai sangat. Rasa tak disukai.
4. Komunikasi.
Komunikasi antara kami sangat teruk. Dia nak keluar sesuka hati, balik sesuka hati. Susah sangat nak inform bila keluar dan bila nak pulang.
Kadang tercari cari keliling rumah rupanya dah keluar. Kadang belum siap masak tengok tengok dah sampai rumah.
Kadang dah siap masak rupanya balik lewat dan dah makan dekat luar. Hp yang sentiasa di tangan tu langsung taknak guna untuk isteri. Contact bila ada perlu saja.
Kalau nak solat dia bersiap sorang sorang tak bagitau awal awal supaya aku sempat berwuduk dan bertelekung.
Kadang aku masih kat toilet dia dah start, kelam kabutlah aku berlari lari capai telekung.
Paling geram bila subuh, dia bangun solat sunat dan subuh sorang sorang tanpa kejut aku.
Nasib akulah kalau terjaga atau tak. Kalau tak jaga, dia biar saja aku tidur sampai pagi. Agaknya dia nak masuk syurga sorang sorang. Ni lah yang paling sedih sekali.
Kalau aku cakap kenapa tak kejut, dia jawab aku yang susah sangat nak bangun kalau kejut pun takkan bangun.
Memanglah aku susah nak bangun, aku tidur pukul 1-2 pagi, anak anak aku lasak susah sangat nak tidur awal. Bila dah tidur pula tengah malam aku akan bangun susukan baby.
Sedangkan suami aku letak saja kepala terus tidur, tinggalkan aku terkapai kapai struggle tidurkan anak anak.
Bila subuh dia bangun fresh saja, aku pula mamai mamai sebab kurang tidur, kadang terlajak terus sampai pagi.
5. Shopping.
Dia beli sesuatu untuk aku sebab dia nak support bisnes kawan dia, bukan untuk gembirakan aku.
Kalau kawan kawan jual baju, telekung ke dia belikanlah untuk aku. Tapi kalau kami jalan sama sama, sekali pun dia tak pernah cakap “sayang nak beli apa, ambiklah abang belanja”.
Dia tau aku takde duit tapi dia tak hulur. Lepas tu bila aku nak singgah kedai laju betul dia jalan, bukannya nak bagi peluang aku tengok.
Sebab tu aku rasa dia beli sesuatu bukan untuk gembirakan aku tapi untuk gembirakan kawan dia tu.
Dia tak kisah pun tentang perasaan aku. Harijadi aku dia tak pernah belikan kek sedangkan dia tau aku hantu kek.
Bila birthday anak sanggup beli kek harga seratus lebih. Sangatlah tak penting aku ni bagi dia. Kalau aku merajuk sekalipun tak pernah pujuk.
Kalau aku senyap dia lagi senyap. Sanggup tahan ego sampai sebulan taknak bercakap walaupun aku merajuk sebab salah dia.
Sampailah aku yang mengalah dan minta maaf dulu, dia buat salah aku juga yang kena minta maaf.
Sekalipun tak pernah tanya, “sayang kenapa senyap, marah ke, abang ada buat salah ke?” Tak pernah. Dia tak pernah ambik tau tentang apa yang aku rasa.
Kalau aku diam dia lagi diam buat tak kisah dan teruskan hidup macam biasa.
Cukuplah takat tu. Sebenarnya banyak lagi tapi panjang sangat nak taip takut korang malas nak baca.
Orang kata cinta saja tidak cukup. Tapi kalau hidup tanpa cinta, segalanya jadi tidak bermakna. Kami bukan tak pernah berbincang. Dah puas bincang dan luahkan.
Tapi kejap saja dia baik, lama lama nanti dia abaikan aku semula. Dah 3 kali aku minta dia lepaskan aku kalau dia rasa tak perlukan aku dalam hidup dia.
Tapi dia cakap dia sayang aku. Aku bukan tak kesiankan anak anak tapi jiwa aku tersiksa.
Sekarang ni aku betul betul putus asa. Tak tau nak buat apa lagi untuk pikat suami aku, macam mana nak buat dia sayang dan rasa perlukan aku.
Aku dah bosan berusaha untuk eratkan kasih sayang kami suami isteri. Tapi tetap aku sorang yang terhegeh terkejarkan suami aku sampai aku dah penat.
Sekarang aku ikut cara dia. Aku bercakap bila perlu sahaja. Aku dah tak berkongsi cerita dan rasa. Aku dah tak kejar kejar nak spend time dengan dia.
Kalau dia lari ke dapur aku hidang, siap makan aku buat keja aku. Kalau dia lari ke bilik aku biarkan, aku duk dekat luar kemas rumah. Kalau dia main hp aku pun main hp.
Subuh aku bangun dan solat sendiri, tak kejut dia macam dulu. Aku kunci mulut dan bercakap bila perlu sahaja.
Aku layan anak anak macam biasa tapi sabar aku dah kurang, cepat marah sebab jiwa tak bahagia.
Aku rasa tidak diperlukan, disisihkan dan diabaikan suami. Aku nak bercinta ke hujung nyawa, aku nak teman hidup, pendamping aku, orang yang sayang aku, pegang tangan aku, pimpin ku ke syurga, tatap mata aku dengan pandangan kasih sayang.
Bukan sekadar seorang suami.
Dia memang seorang hamba Allah yang taat beramal soleh, seorang ayah yang bertanggungjawab pada anak anak tapi dia bukan suami yang baik terhadap isterinya.
Doakan aku temui jalan bahagia bersama suami..