“Aku pelik isteri makin melawa, tiba-tiba jaga penampilan dan warna rambut tanpa keizinanku, rupanya dalam dia contact bekas kekasih”

Oleh SURIANI HAMDAN

Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Tlg hide profile saya. Saya merupakan sorang suami, punya isteri yang cantik.

Dan Allah beri rezeki anak perempuan 3 orang. Alhamdulillah. Sudah 7 tahun kami melayari bahtera perkahwinan. Semuanya indah. Syukur pd Allah atas segala kurniaanNya.

Namun, sejak PKP bermula bulan Mac 2020, saya mula syak isteri telah mula menjalin hubungan kembali dgn ex-bf yang telah lama lost contact..

"Aku pelik isteri makin melawa, tiba-tiba jaga penampilan dan warna rambut tanpa keizinanku, rupanya dalam dia contact bekas kekasih"

Mereka bercontact semula melalui FB, whtsapp.

Keretakan rumahtangga kami bermula apabila saya jumpa msg2 mereka yang dilock oleh isteri. Kemudian log2 call yang kerap, 30minit – 1jam berbual di telefon.

Saya mula bertanya kenapa buat mcmnie.. Alasannya hanya suka2 sebab kawan lama.. Hanya sekadar kawan..

Tapi lepas saya dpt tahu ttg semua nie, isteri bertindak drastik dengan lock hp, lock whsp, lock gallery, lock call log detail, lock segalanya ttg hp dia.

Isteri sgt pandai menyembunyikan aktiviti yang dia buat hinggakan saya tak dpt langsung bukti2 perlakuan yang berlaku antara mereka..

Saya cuba duduk berbincang, cari jalan untuk berdamai kerana memikirkan anak2 masih kecil.. Jangan kerana nk berkawan, hingga mengabaikan anak2 dan suami.

Tetapi makin lama, makin pelik perangai isteri. Isteri mula pasang badan, makan supplement penjagaan badan, beli pakaian luar dan dalam yang cantik2, jaga penampilan, mewarnakan rambut tanpa keizinan saya.

Hari demi hari hidup dia hanya dgn hp. Bila saya tanya, isteri tak mengaku jugak2 ttg semua ini. Alasannya, apa yang dia buat hanyalah untuk “Self Satisfaction”. Bila saya ambil hp dia, dia akn memberontak.

Saya suruh bukak hp dia untuk saya periksa, terus bergduh kami suami isteri. Saya cuba hubungi laki2 tersebut, saya bercakap baik2 supaya jgn cuba nk runtuhkan umahtangga kami yang telah kami bina sekian lama.

Isteri meng4muk kata saya menuduh dia dan tak percayakan dia tapi saya mendapat info yang mereka ada keluar berjumpa ketika saya kluar bekerja. Tapi saya xtahu smpi takat mana hubungan mereka.

Saya dh byk berhabis, berubat sana sini, jumpa ustaz, jumpa pengamal perubatan, jumpa org yang pandai berubat, saya pergi. Tetapi keadaan masih sama. Isteri spt dah kemaruk dan angau mengejar cinta laki tersebut.

Ikutkan hati mmg saya nk srang saja laki2 tue, tapi dengan tiada bukti kukuh, saya tak dapat berbuat demikian. Sgt byk perubahan yang berlaku kepada isteri sejak dia kenal kembali lelaki nie. Saya mohon, jika ada yang boleh bantu saya, dlm usaha untuk pulihkan kembali umahtangga kami, bantulah saya.

Saya sayang isteri saya, saya sayang anak2 saya, saya sayag keluarga saya. Setiap hari saya berdoa kepada Allah moga2 dipelihara isteri saya drpd perbuatan keji dan mungkar.

Dan saya doa moga Allah jauhkan laki2 nie drpd terus cuba memikat isteri saya, kerana dia sendiri pn sudah berkahwin, dan punya anak2..

Hargailah yang ada di depan mata.. Tak perlu rasanya nk mengganggu gugat rumahtangga org lain. Saya redha andai ini ujian Allah buat saya. Tapi saya akn buat apa saja demi menyelamatkan umahtangga kami, masa depan kami, kembalikan kebahagiaan kami. Allah melihat setiap apa yang berlaku.

Jika mereka menganiaya saya dan anak2, saya mohon Allah beri petunjuk, dan beri hukuman dan kifarah atas apa yang telah mereka lakukan terhadap saya dan anak2. Terima kasih Min. Suami anak 3.

BACA: “Satu hari emak menangis berpunca dari isteri aku hanya kerana barang kemas, tak sangka aku dia bertudung labuh hanya nak tutup perangai buruk”