‘Aku pelik dengan isteri skandal aku, dia relaks je bila aku tunjuk bukti terlanjur dengan suami dia’

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Salam, straight to the point. Aku Melati, single, umur lewat dalam 30an. Bekerjaya bagus alhamdulillah.

Punya kawan – kawan yang supportive, family yang penyayang, badan sihat.

Nikmat apa lagi yang nak didustakan? Aku bersyukur sangat.

Tapi, aku sunyi. Aku nak pasangan. 2 kali putus tunang. Atas alasan tak sekufu.

Dua – dua kami berpisah secara baik. Tiada d3ndam. Family semua hati terbuka terima takdir yang telah ditentukan.

'Aku pelik dengan isteri skandal aku, dia relaks je bila aku tunjuk bukti terlanjur dengan suami dia'

Tapi aku? Aku tak tahu aku dah fully healed dari tr4uma tu.

Kadang – kadang aku fikir, adakah Tuhan nak selamatkan dia dari aku, atau nak selamatkan aku dari dia. Aku tahu aku banyak d0sa, aku punya zaman gelap, pernah jadi punca retaknya rumahtangga orang, tapi aku sedar khilaf aku, aku bertaubat.

Adakah ini balasan dari khilaf – khilaf aku dulu? Aku tak layak berpasangan disebabkan pernah jadi punca rumahtangga orang h4ncur? Aku ada kenal sorang laki dekat dating apps. Punyalah hampir setahun kenal, baru aku tahu dia tu suami orang.

Patutlah, malam je silent, tak reply mesej, tak pernah call, dating malam je, siang tak free, bila ajak date dekat public dia tak nak sebab malu nanti kawan – kawan dia nampak pastu ejek – ejek dia. OMG. Masa tu rasa macam lain dah ni, ada ciri – ciri suami orang tapi dia mintak aku percayakan dia.

Selalu mention yang laki ni hargai satu benda dekat sorang pompuan iaitu kepercayaan. HAHA. Aku pon iyekan aje. Tapi dalam hati penuh curiga. Dalam pada kami rapat tu, kami pernah terlanjur tapi sekali je and lepastu kami menyesal and tak buat lagi.

Lama kelamaan, dia mintak lagi untuk dipuaskan nafsu dia. Aku tolak, aku selalu remind dia yang apa yang kami buat ni salah. Sampailah satu masa tu, aku doa supaya Tuhan tunjukan siapa dia yang sebenarnya. YES! Ada bukti dia tu suami orang.

Aku tak tunggu, terus dm wife dia and bagitahu hal sebenar. Wife dia kecewa sangat walaupun dah berkali dicurangi. Tapi kalini lain sebab kami dah sampai terlanjur. Aku bagi semua bukti pada wife dia. Menggigil wife dia masa tu.

Wife dia kata bukan aku sorang yang pernah dm dia pasal kecurangan laki dia tu. Aku macam wondering, what??!! And wife dia seems relax. Tapi tak tahulah, luaran nampak ok, dalaman kita tak tahu. Sebab sebelum aku, laki dia aktif layan perempuan dekat dating apps je, dengan aku yang baru jumpa face to face.

Aku kan macam pelik la, perasaan isteri isteri yang dapat laki curang berkali – kali ni. Macam mana dorang bertahan ya? Kahwin seumur hidup kot. Serious la nak bertahan seumur hidup hadap laki yang kaki curang ni? Anak dah 3 btw. So aku assume bertahan demi anak – anak.

Then hidup setakat pegang title isteri and ibu semata – mata? Bila dikorek – korek, laki dia punya s3x drive yang tinggi. Sampai makan luar?? Dan akulah m4ngsanya. Digula -gulakan juga hanya sebab nafsu. Tapi, dia bukan suami aku so feeling tu takdelah frustrated sangat.

Aku tenung gambar isteri dia, muka lembut, penyabar, mungkin inilah ciri – ciri perempuan yang selalu lelaki ambil kesempatan kot. Sebelum ni pon sama jugak, aku berkawan dengan laki orang dan kantoi dengan isteri dia. Isteri dia pun sanggup maafkan laki tu demi anak – anak.

Tapi perasaan isteri dia macam mana? Macam relaks je terima apa yang jadi. Katanya sampai ada su1cidaI thought. Iyeke? Atau saje nak gertak aku je? Lepas daripada aku bocorkan semua benda dekat isteri dia tu, aku block semua no laki tu.

Aku bersungguh minta maaf dekat isteri dia, bagitahu yang aku tak tahu dia tu suami orang sebab dia mengaku single dari awal kenal. Laki tu contact aku supaya jangan bocorkan pasal keterlanjuran kami sebab dia tak nak keruhkan lagi keadaan. Aku kisah apa?

Aku bocorkan je semua. Tapi aku kesian dekat isteri dia. Laki tu takde apa pon, kereta isteri punya, saving semua isteri pegang, rumah bayar share. Sampai sekarang pelik apa jadi dengan rumahtangga dorang, tapi mesti isteri dia maafkan dia lagi sebab sebelum ni pon pernah curang tapi gambar raya happy je tengok.

Apapon, aku terus jadi paranoid nak kahwin. Better single kot dari makan hati dapat laki kaki main dating apps and curang ni. Aku takdela nak cakap yang aku paling ters4kiti atau terpaling baik ke apa. Pengajaran jugak bagi aku jumpa laki – laki macam ni. Muka baik, tak mer0kok, lemah lembut, rupanya kaki perempuan.

Laki tu cakap dia main dating apps sebab nak berkawan je. Bukanlah sampai bercinta sebab dia dah ada isteri. So meaning belum puas enjoy hidup single la ni? Dah tu kenapa kahwin? Dah 10 tahun kahwin, jadi aku agak kahwin muda lah ni.

Disebabkan aku belum kahwin dan tak pernah rasa dicurangi suami, jadinya aku doalah aku tak dapat suami yang sebegitu. Tapi macam thrilled jugak tengok laki tu menggelabah bila aku dapat tahu yang dia dah kahwin. Takut bini jugak?

Takut lah tu bini mintak cerai lepastu anak – anak bini jaga, dah laki tu takde apa – apa. Hmm macam – macam lah. Mesti dah tak best hidup dalam rumah tangga yang macam tu. Laki dia pernah cakap pandai buat pandai simpan.

Memang betul pon dia pandai simpan sebab sepanjang kami kenal, isteri dia tak pernah jumpa lagi apa – apa yang pelik dalam fon laki dia tu. Hari – hari check fon laki tak jumpa – jumpa. Sampailah aku yang bocorkan sendiri. Padan muka.

Aku tak nak dorang g4duh lepas dapat tahu yang dia tu suami orang, tapi aku rasa tertipu and marah. Dan isteri dia patut tahu apa yang laki dia buat di belakang isteri dia. Apapon, aku doa yang baik – baik la untuk family ni. I rest my case! – Melati (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Irna Zain : Hai… nampak salah orang saja. Salah sendiri tak nampak… cukuplah, kita pun tak tahu kehidupan kita pasni macam mana. Boleh jadi kita pun boleh jadi lagi teruk pada tu. Tak must4hil. Dah bertaubat tu elok la doakan supaya d0sa anda dan dia diampunkan dan semoga diberi hidayah untuk berubah.

Tuty Hussayn : Wife yang jadi m4ngsa – m4ngsa tu kadang – kadang ada yang tak ambik action apa – apa sebab dia ada banyak reason untuk tidak berpisah dengan suami dia yang curang tu.

Tapi hari – hari si isteri ni dalam berdiam berdoa supaya suami dia m4ti cepat, mungkin terlalu d3ndam dengan suaminya. Ni diceritakan oleh salah seorang m4ngsa yang pernah mengadu pada saya.

Mohamad Fitri Ahmad : Kau dah terlanjur. Pastu tak puas hati bagitau bini dia. Pergh h4ncur hati. Kalau cakap curang ja dah h4ncur.

Ni bagitau dah terlanjur. Apa point? Nak h4ncurkan hati bini dia biar cerai berai dengan laki tu sebab tak puas hati? Bini dia tak bersalah pon. B4ngang jugak spesis peny0ndol ni. Terpaling v1ctim. Sedap sama – sama.

BACA: Hasil bantuan kerajaan, wanita ini raih pendapatan RM15,000 sebulan dengan jual coklat