Apabila berkahwin maka janganlah mencampur aduk adik beradik dengan hal rumah tangga, bimbang makin buruk keadaan.
Siapa sahaja tidak berang jika duit dihabiskan untuk orang luar atas alasan jaga mak tapi cari duit sendiri malas.
Seorang wanita, Fafa (bukan nama sebenar) tidak berpuas hati dengan sikap ipar duai yang tak habis menggunakan wang suaminya atas kepentingan masing-masing.
“Aku telah berkahwin selama dua tahun dan dikurniakan seorang anak yang comel.
Kehidupan kami sepatutnya lebih indah dan tiada masalah kalau tidak melibatkan adik beradik atau secara keseluruhan keluarga suami aku.
Bagi aku silap terbesar yang aku buat adalah memohon pinjaman peribadi atas nama sendiri untuk bantu suami aku bagi urusan duit hantaran dan kewangan di awal perkahwinan.
Ye aku tau silap dan langkah yang paling bodoh penah aku buat dalam hidup aku. Aku sedar dan ia nya pun dah berlalu dan kami lalui.
Tapi suami aku janji untuk bayar bulanan bagi loan tersebut. Alhamdulillah dia tunaikan sehingga hari ini.
Sehingga sampai awal perkahwinan kami semua berubah mulanya daripada aku terpaksa tinggal bersama ahli keluarga husband.
Duduk sebumbung dengan orang malas dan pengotor ni memang menguji tahap kesabaran aku.
Dari awal kandungan aku ni terpaksa pejam mata, bertahan dan bersihkan je la semua walaupun aku ni wanita bekerja balik kerja lewat dengan penat lagi tgk rumah macam apa.
Bangun pagi pinggan mangkuk penuh dalam sinki, baju kotor berkumpul busuk dalam mesin basuh.
Kebanyakan dalam rumah sewa tu aku yang sediakan termasuklah alatan besar macam peti ais, sofa, almari, kerusi meja.
Sebab apa? Untuk bantu suami aku sebab aku tahu dia tak mampu jadi aku bantu. Banyak kewangan suami aku yang bantu tapi tak penah aku mengeluh dan mengungkit pun.
Tapi baik-baik aku pun ada tahapnya sampaikan aku rasa tiada respect pada aku tiada rasa malu dan bersalahnya pada aku.
Mula bayar penuh sebab suami tak mampu
Pada bulan keempat aku dapat rumah pertama aku. Akulah yang bayar bulanan penuh untuk rumah aku dan juga isi-isirumah.
Jadi aku minta suami bantu aku untuk bayar bill astro, wifi dan maintenance security dan bil air dan elektrik, tapi tahap kewangan dia tak sebaik aku..
Tapi aku sendiri perlu catu banyak benda untuk diri sendiri terpaksa benda asas aku macam shampoo pencuci muka sanggup aku tangguh supaya aku tak guna duit tu untuk benda yang boleh tunggu.
Sampai satu masa, ipar aku ajak mak mentua duduk dengan dia. Tapi duduk dengan dia duit bulanan makanan basah kakak nombor suami aku sediakan
Suami aku juga bayar bulanan wifi rumah kakak nombor satu atas dasar kononnya tu tanggungjawab dia pada mak dia.
Aku ni tahu selok belok kewangan suami aku, dengan sentiasa tidak cukup duit kadang-kadang bil rumah aku tertangguh aku masih tolong bayarkan sebab kesian.
Ipar mengamuk bila nak berhenti bayar WiFi
Aku pun mula berbincang dengan ipar duai yang aku rasa mungkin boleh faham masalah kami supaya suami aku tidak perlu membayar wifi rumah kakak dia lagi tapi bagilah apa yang dia rasa mampu.
Tetapi sebaliknya, dia pertikaikan nafkah, aku hanya ambil nafkah RM200 ringgit sahaja tu pun kadang aku pulang balik tujuan bantu suami sebab tak cukup duit.
Pertikaikan sekolah yang aku hantar untuk anak aku dapat kan pengajian siap perli sebab hantar taska mahal.
Dia tak ada perasaan malu langsung untuk menentukan sekolah mana anak aku patut pergi. Dah sampai tahap kesabaran aku dengan keluarga ni.
Belum lagi aku minta semua hak aku termasuk perabot yang kau ambil dari rumah sewa dulu pergi rumah sewa kau
Yang kau sewa kosong tapi menagih barang dari aku bahkan cadar sekali pun aku kenal inikan pula perabot-perabot lain.
Aku tanya pada kakak-kakak ipar, isteri mana yang buat pinjaman untuk suami dia kahwin denggan aku. Aku juga.
Isteri mana yang sediakan tempat tinggal, bayar loan rumah RM3000 setiap bulan, isi dalam rumah yang semuanya aku yang sediakan. Isteri tu aku juga.
Bila tanya mereka, masing-masing berlumba dengan bangga suami masing-masing bayar and sediakan tempat tinggal. Aku ni?
Bila aku perlukan keadilan dan minta hak-hak aku mula lahh pertikai aku tak reda, aku tak cukup nafkah ke?
Ini semua orang yang pentingkan diri sendiri yang tak tahu bab agama Islam. Tanggungjawab dengan ibu bapa dan adik beradik bukan duit semata.”