Assalamualaikum semua. Ceritanya saya dh mengandung anak luar nikah.
pakwe saya nak bertanggungjawab yang jadi masalah ayah saya taknak jadi wali dia tak suka dengan pakwe saya.
ayah saya kata dia sanggup jaga saya dan anak yang bakal dilahirkan.
mak ayah saya dah bercerai sejak saya kecil lagi dan ayah tak pernah bertanggungjawab.
saya tetap nak kahwin sbb saya taknak anak yang bakal dilahirkan takde kasih sayang seorang ayah. saya adik beradik membesar tanpa kasih sayang dan didikan seorang ayah. Jadi saya tak nak anak yang bakal dilahirkan dapat nasib seperti saya.
saya pun naik mahkamah untuk mendapat keputusan wali supaya saya dapat bernikah.
Setelah bernikah saya duduk rumah pak mertua. mak mertua dah meningg*l. yang ada kat rumah pak mertua adik ipar lelaki 2 orang. saya berkahwin bulan jun 2017 dan bersalin bulan september 2017.
dari saya kahwin sampai bersalin suami memang tak kerja , setakat kerja kampung sikit2. barang dapur pak mertua yang beli saya cuma masak je. saya bersalin lauk pantang pun pak mertua yang beli. pak mertua menoreh getah dan tukang urut.
Tak lama lepas bersalin suami dpt kerja di sebuah gerai. bulan 10 2017 pak mertua jatuh sakit. Segala perbelanjaan dapur diambil alih oleh suami saya.
Suami kerja di gerai tak lama dia kata leceh dan macam2 alasan dia bagi. lepastu tak kerja. kerja kampung sikit2 je. pak mertua dh sihat sikit boleh urut duit lauk semua pak mertua beli termasuk bil api air pak mertua yang bayar.
lepas raya 2018 adik ipar dan anak2 nya duduk rumah pak mertua saya sebab dia dh krisis dengan suaminya.
fikiran saya terganggu dan rasa penat sangat bila ramai2 duduk serumah lagipun ipar2 tak suka dengan saya. bulan 11 2018 kakak saya bersalin saya minta izin suami untuk jaga kakak di rumah mak.
saya duduk rumah mak sampai bulan 12 sbb saya kata dengan suami saya tak nak balik dah cuti sekolah lagi penat saya duduk rumah pak mertua. bulan 12 suami dapat kerja kontrak dekat dngn rumah mak saya.
kebetulan ada 1 rumah yang nak disewakan dekat kawasan rumah mak saya yang deposit hanya rm600 bulan2 bayar sewa rm300. Saya paksa suami untuk pindah sebab saya tak mahu duduk di rumah pak mertua.
duit hasil kerja kontrak dapat bayar deposit. hujung bulan 1 2019 suami dah tak kerja kontrak dia kata penat kerja kontrak ni. bulan 1 2019 bayar sewa pakai duit BSH(RM300) raya cina suami saya buat roti canai sekejap di gerai mak saya.
bila suruh buat roti canai lagi sementara dapat kerja lain dia tak mahu. dan sekarang dia tak bekerja. apa pendapat warga krt ?
saya dh tak tahan hidup dengan suami sebab perasaan saya langsung tak dijaga 24 jam dengan hp. kalau tak kerja dari pagi sampai ke malam hp. layan movie ceramah2 dkt fb. Saya nak manja2 dengan dia tak dapat
. nak luahkan perasaan nak cerita sesuatu dia selalu tak dengar leka dengan hp. bila saya cakap apa2 selalu buat tak tahu. Dia selalu buat saya macam tunggul kat rumah. nak pergi mana2 tak cakap.
Tahu2 dah keluar sendirian atau dengan adik2 dia. Saya ingt bila dh duduk sendiri dia akan lebih bertanggungjawab sebab duduk rumah ayah tak payah bayar sewa api air..
Banyak duit saya habis ke dia. barang rumah sepatut dia beli tapi pakai duit saya. duit pampers anak dari bulan 10 sampai skrng duit saya. ni sekarang gas dah habis. barang dapur semua nak habis.
sebelum ni saya tolong mak siapkan kelengkap barang niaga dapat duit sikit. tapi sekarang saya dah tak tolong sebab sampai bila semua saya yang nak kene keluar duit. ni nak hujung bulan macam mana nak byar sewa rumah?
adik dia ajak dia berniaga duduk rumah kedai tak payah bayar sewa rumah. saya dah ajak dia keluar bulan ni. tapi dia diam je..
Saya dah tak tahn hidup macam ni. bila saya suruh dia kerja ni kerja tu dia kata jgn nak arah dia , dia bukan budak2. dia tahu apa dia nak buat. anak saya masih BF 1 tahun 5 bulan susah untuk saya bekerja.
anak tak nak susu botol dan tak nak dengan orang lain (takut dengan orang). apa perlu saya buat. Perlu sabar lagi atau tinggalkan je suami yang tak reti nak bertanggungjawab
Nak tinggalkan suami tapi anak rapat sangat dengn suami. saya takut saya tak mampu didik anak saya seorang diri. saya nak anak saya dapat kasih sayang seorang ayah..
saya dah cakap dengan suami dah ada anak bini pandailah nak jaga. kerja suka atau tak suka kene buat jugak untuk tanggung anak bini.
saya tak kan kembali ke rumah pak mertua sebab saya akan jadi orang gaji kalau duduk sana dan suami akan senang kalau duduk rumah pak mertua. apa pendapat kalian?perkahwinan saya masih muda lagi.
Saya sayang dengan perkahwinn saya tapi kalau suami tak tahu nak bekerja apa perlu saya buat bak kata suami saya sabar dia kata saya tak reti bersyukur dah tahu suami susah lagi nak menyusahkan suami.
saya rasa nak jawab je bukan tak bersyukur tapi suami yang tak reti nak cari duit.
BACA:Lelaki terkejut barang dapur cecah RM890, rupanya sagu harga RM400 jadi punca!