Aku tengah menangis sambil menaip ini.. Kisahnya, suami macam salahkan aku
sebab aku asyik bagi anak tengok telefon. Anak aku umur 2 tahun. Aku ada jual kek, kami buka gerai seminggu 3 kali.
Suami tolong jualkan di gerai.. Waktu tu aku tengah buat kek, suami nak keluar sekejap beli barang tapi anak melalak menangis nak ikut ayah dia.
Aku cakap pada anak, “jom tengok Blippi.” Lepas itu laki aku cakap, “nanti kalau anak mata juling, s4kit mata, 24 jam nak telefon, saya tak tahu.”
Aku cakap, “kalau macam itu, tak apa lah saya berhenti buat kek, bagi perhatian pada anak 24 jam,
jadi tak adalah dia tengok telefon.” Entahlah, aku rasa terkilan dia cakap macam itu.. Memang selama ini aku bagi anak tengok telefon kalau tengah buat kerja.
Kalau aku tak bagi, anak memang akan menangis – nangis nak perhatian. Itu sahaja cara aku boleh diamkan dia.. Tapi tak lama pun bagi dia tengok.. Tak ada sampai berjam – jam pun. Kalau aku tak buat kek, mana aku nak cari duit.
Ya, dia dah sediakan nafkah wajib tapi upah bulanan tak pernah bagi pun. Baju harian, produk penjagaan wajah, tudung,
senang kata barang keperluan aku, aku yang beli sendiri guna duit sendiri. Pernah minta sekurang – kurangnya RM50 bulanan padanya tapi dia cakap, “saya dah bayarkan hutang kereta awak bulan – bulan, takkan nak berkira.”
Ya, dia bayarkan kereta bulan – bulan.. Dia tak ada pinjaman apa – apa.. Tapi kereta aku itu kira kereta keluarga. Pergi mana – mana, beli barang semua naik kereta itu. Adik dia pun kadang – kadang pinjam. Sebelum puasa hari itu, aku tengah mengandung anak nombor dua tapi belum periksa di kIinik lagi.
Masa tengah makan, dia cakap, “kalau betul awak mengandung, tak boleh lah niaga masa puasa nanti. Jadi tak dapatlah beli baju raya. Pakai yang mana ada sahaja lah.” Terasa sangat macam salahkan aku sebab mengandung.
Sebab aku mengandung lah tak boleh nak berniaga. Terasa pada bahagian baju raya. Kenapa nak kena cakap macam itu. Boleh sahaja cakap, “insyaAllah kalau ada rezeki lebih, doakan saya ada rezeki supaya dapat beli baju raya.”
Nampak macam apa – apa hal nak salahkan aku sebab mengandung. Aku minta nafkah. Tak banyak. Bukan beratus – ratus. RM50 sahaja sebulan. Tapi dia cakap aku berkira sebab dia dah tolong bayarkan kereta aku. Siapa yang berkira?
Masa awal – awal berniaga aku bagi dia gaji RM50 sehari setiap kali berniaga. Waktu itu aku lah yang beli barang kek, aku lah yang buat kek semua, aku lah yang potong – potong semua kek. Dengan anak kecil lagi sampai aku keletihan termarah anak sebab penat buat kek seorang diri.
Dia tinggal berniaga, tolong jual sahaja. Lama – lama, dia minta naik gaji jadi RM100. Aku bagi sahaja. Aku okay sahaja. Sampai lah dia yang buat semua kerja dari beli barang kek, buat kek. Waktu ini gaji dia paling banyak setiap kali berniaga RM300 sehari aku bagi. Paling sedikit RM150. Nak kata aku berkira lagi ke?
Dia tak bagi aku duit satu sen pun untuk aku beli apa – apa yang aku nak macam produk penjagaan wajah, barang solekan, pakaian, tudung. Duit baju dia bagi masa raya sahaja. Untuk beli baju raya. Baju – baju harian aku, baju – baju harian anak, semua guna duit aku sendiri.
Hari itu ajak dia pergi Watson nak beli pencuci muka sebab dah habis. Dalam kereta, aku minta dia duit. RM11 sahaja pencuci muka itu bukan beratus – ratus pun. Aku cakap, “nak duit. RM11 sahaja. Kewajipan awak kan beli keperluan isteri.”
Apa reaksi dia? Dia geleng kepala sambil buat muka masam dan bagi aku duit. Macam terp4ksa. Aku terkilan, terkedu. Tak apalah, lepas ini aku takkan minta dah. RM11 pun kedekut dengan isteri. Aku nak beli barang keperluan sendiri, barang anak, macam baju, semua kena guna duit sendiri. Sebab dia tak pernah bagi. Sedihnya hidup aku ini.
Komen W4rganet :
Ain Syuhada : Hidup kau tak sedih tapi hidup laki kau yang sedih sebab berg4ntung hidup dengan bini. Menumpang dengan harta yang tak seberapa. Kau dah boleh stop beranak. Kau sebelum sign borang cerai pun kau dah boleh pegi mahkamah tuntut nafkah. Takde masalah. Jangan salah mak mengandung, salahkan bapak tak reti pakai seluar. Simpan duit kau. Baik kau upahkan orang meniaga untuk kau ke.
Nissa Zuki : Baca luahan ni.. macam tengok cermin terpandang diri sendiri.. duluuu. Sekarang tak dah, saya hantar dia balik umah mak dia sebab semua saya nak dan untuk anak – anak saya beli sendiri. Dah terbiasa practise dari dulu.. jadi time sekarang tak rasa apa dah.
Kalau sis kuat, sabar.. bertahan. Kalau sis tak kuat, pun kene kuatkan diri. Buat keputusan baik untuk happykan diri dan mental sis dan anak.
Apa kita nak kita takkan dapat dari orang kecuali hanya diri kita sendiri mampu beri. PeIuk dari jauh untuk TT.
BACA: Lelaki usia 53 tahun tergamak 3 tahun simpan mayat ibu sendiri dalam peti ais