Hi nama aku Diana (bukan nama sebenar). Aku dah berkahwin selama empat bulan tapi mak bapak aku yang kat kampung tak tau yang aku dah kahwin. Aku berumur 23 tahun dan suami aku berumur 35 tahun.
Aku kenal suami aku ni melalui aplikasi dating. Kami kenal masa umur aku 19 tahun.
Sebelum kahwin kami bercinta selama tiga tahun dan buat keputusan untuk kahwin di sempadan thailand disebabkan mak bapak aku tak restu hubungan aku dengan lelaki tua.
Mula – mula kenal, suami aku ni baik sangat. Nampak seorang yang penyayang dan lembut.
Masuk tahun kedua kenal dia mula tunjuk per4ngai kat aku. Dia mula nak kongkong aku.
Tak bagi aku keluar dengan kawan, kadang – kadang aku nak pergi class pun kena mintak izin dia.
Kalau dia tak izin memang aku terp4ksa ambik mc. Bila aku marah pasal benda ni, dia marah aku balik. Mula – mula memang aku ikut cakap suami aku, lama kelamaan aku rasa terkongkong sampai satu hari tu aku tipu yang aku duduk asrama je tak keluar ke mana – mana padahal aku keluar dengan kawan – kawan aku ke mall.
Entah macam mana dia dapat tau, dia datang ke mall dan bawak aku balik. Sebelum dia datang tu dia dah siap chat aku suruh aku tunggu dekat main entrance mall tu. Masa tu aku dah takut sebab memang dia marah sangat kat aku sebab tipu dia.
Masuk je kereta dia tinggi suara kat aku dan untuk pertama kalinya dia naik tangan aku dan hentak kepala aku dekat dashboard. Aku menangis pun dia masih tak kesahkan aku. Bukan setakat hentak kepala je, dia tumbvk perut aku. Aku takut giIa masa dia buat macam tu. Perut aku pun senak giIa.
Hampir 20 minit dia tak berhenti tengking dan marah – marah aku. Lepas pada tu dia mintak maaf sebab dah pukuI dan tengking aku. Aku pun maafkan dia. Dalam masa yang sama aku pun mintak maaf sebab tipu dia. Aku ingatkan itu lah kali terakhir dia marah dan naik tangan pada aku rupanya per4ngai dia m4kin teruk.
Dia suruh aku block dan padam semua nombor lelaki dalam henfon aku termasuk lah keluarga aku. Asalkan jantina lelaki semua dia suruh aku block dan padam. Aku pun ikut je. Aku sem4kin terkongkong dengan sikap dia. Masa aku intern pun dia tak bagi aku dekat dengan lelaki.
Pernah sekali masa nak balik dari tempat intern dia ternampak ada staff lelaki tegur aku. Masuk – masuk je dalam kereta dia tuduh aku macam – macam dan naik tangan dekat aku. Paling aku tak tahan dia siap tuduh aku buat benda tak senonoh dengan lelaki tu.
Dia siap panggil aku sundaI dan perempuan murah. S4kit hati aku masa tu bila kena pukuI dan kena tuduh macam – macam. Semenjak dari tu aku dah tak berani nak bertegur sapa dengan mana – mana lelaki. Tahun ketiga bila aku dah bekerja per4ngai naik tangan dia dah mula berkurang tapi per4ngai baran dia masih ada.
Dia dah jarang naik tangan dekat aku sebab aku selalu ikut cakap dia dan apa yang dia nak. Walaupun dia selalu marah aku tapi aku cinta dan sayang dia sangat. Kadang – kadang tu ada lah rasa tertekan sikit tapi aku cuba untuk faham dan fikir dia buat semua tu untuk kebaikan aku.
Suami aku sepanjang kitorang bercinta ni dia tak pernah berkira bab duit, bab makan dan dia jugak lah orang yang selalu tolong aku bila aku ada masalah. Sebab tu aku sayang dia. Aku rasa dalam dunia ni dia je yang faham aku.
Mungkin disebabkan aku lahir dalam br0ken family dan bila wujudnya lelaki yang selalu dengar aku meluah buat aku cepat selesa dan tak kesah dia nak naik tangan kat aku sekali pun. Masa tahun ketiga kami bercinta, aku dah sanggup bagi semua dekat suami aku ni termasuk maruah diri aku.
Masa tahun kedua kitorang bercinta pun kitorang dah ringan – ringan macam sentuh sana sini dan civm tu aku rasa benda biasa. Sebabnya dia anggap aku isteri dia dan dia nak aku anggap yang dia tu suami aku. Jadi bila masuk tahun ketiga ni aku serah semua benda dekat dia sebab aku dah sayang sangat dekat dia dan dia pun dah janji nak kahwin dengan aku.
Disebabkan esoknya aku tak kerja, malam tu dia ajak aku bermalam di rumah dia macam selalu. Memang tiap kali ada masa cuti aku akan tinggal dekat rumah dia dan aku lah yang jaga makan pakai dia kat rumah. Walaupun masa tu tak kahwin lagi.
Dijadikan cerita malam tu kami macam biasa akan tidur sebilik tapi entah kenapa malam tu suami aku ni mintak ‘benda’ tu dan aku pun bagi dengan rela hati. Lepas seminggu dari kejadian tu, aku jadi dah tak tentu arah. Tiba – tiba aku takut dia tinggalkan aku walaupun layanan dia pada aku tak berubah cuma dia dah jarang nak reply chat aku dan dah jarang nak ajak aku keluar.
Dia akan ajak aku keluar bila dia nak benda tu. Berkali – kali kami buat benda terkutuk tu sampai lah pertengahan tahun aku mengandung. Aku bagitau suami aku tu dan pada mulanya dia suruh aku gugurkan kandungan tu tapi aku tak nak. Suami aku meng4muk dan kami tak berhubung selama sebulan.
Masa sebulan tu aku dah rasa tekanan perasaan, aku takut suami aku tak bertanggungjawab sebabnya dia langsung tak contact aku lepas berg4duh tu. Aku kerja macam biasa dan aku cerita benda ni dekat housemate aku. Dia terk3jut dan nasihat aku untuk tinggalkan suami aku tu.
Aku dah menangis masa tu fikirkan anak dalam kandungan aku takde bapak dan aku lagi yang tak berkahwin. Seminggu aku tak datang kerja disebabkan morning s1ckness tapi aku tipu aku mc sebab cirit birit dan food pois0ning.
Malam tu aku text suami aku tu dan mintak untuk berpisah. Dia ajak untuk jumpa aku dan aku pun okey yalah sebulan tak jumpa kan. Masuk kereta mula – mula kami senyap tak kata apa. Aku pun sekali lagi bagitau nak berpisah. Muka dia dah merah tahan marah. “Siapa hasut kau? Ke kau ada jantan lain kat tempat kerja tu?”, dia soal aku.
Aku diam je sebab aku takut dan tak tau nak jawab apa. Bila diam dia jerkah aku suruh jawab tapi aku m4kin takut. Mula lah aku nak menangis. Dia soal lagi tapi aku takde jawapan. Dia t4mpar aku kuat. Aku hanya jawab takde siapa dan aku mintak maaf sebab mintak pisah.
Lepas dah t4mpar aku dia parking kereta kat satu tempat dan peIuk aku mintak maaf. Aku pun macam biasa jadi b0doh maafkan dia. Dia suruh aku bagitau kat mak ayah aku pasal hubungan kami tapi aku cakap yang aku dah pernah bagitau tapi mak ayah aku tak setuju sebab dia tua sangat untuk aku. Dia pun ajak lah aku kahwin kat Thailand.
Aku pun ikut je sebab fikirkan kandungan aku dan aku pun memang dah sayang dia sangat. Sebelum balik tu dia mintak lagi untuk buat benda terkutuk tu aku pun bagi sebab dah sayang kan. Lepas pada tu hubungan kami kembali normal macam biasa.
Aku kahwin dengan dia hujung tahun dan ingatkan lepas kahwin dan tengah mengandungkan anak dia, per4ngai dia berubah tapi tak. Dia m4kin panas baran dan control aku. Aku banyak kali g4duh dengan dia lebih – lebih lagi bila aku nak pergi kerja.
Lambat seminit je dia akan tuduh aku menggatal dengan jantan kat tempat kerja. Nak dekat dengan perempuan kat tempat kerja pun dia tak bagi, alasan dia nanti aku terhasut dengan kata – kata orang perempuan kat tempat kerja tu.
Lepas kahwin dia jadi m4kin insecure. Aku pakai losyen sikit je dia akan tuduh aku macam – macam sampai aku fade up dengan per4ngai dia. Sekali tu aku pernah pergi kerja luar office dengan dua orang staff sorang laki dan sorang perempuan.
Dia kejar aku ke tempat meeting dan suruh aku balik. Depan orang ramai aku kena marah dan kena p4ksa balik. Lepas pada tu memang hari – hari g4duh sampai aku str3ss dan terp4ksa berhenti kerja sebab tak tahan per4ngai panas baran dan kaki pukuI dia.
Bila dah berhenti kerja, dia ambik semua kunci rumah dan kad aku. Memang tak bagi aku keluar langsung selain daripada dengan dia. Aku kena kurung dan m4kin takde kebebasan. Bila aku persoalkan benda tu dia akan marah dan tuduh aku nak lari daripada dia.
Dah masuk empat bulan kahwin ni tiba – tiba aku rasa menyesal sebab tak fikir masak – masak sebelum nak kahwin dan aku menyesal sebab membelakangkan mak bapak aku dan keluarga aku. Aku berharap yang dia akan berubah lepas anak kami lahir.
Aku terper4ngkap disebabkan buta sangat dengan perhatian yang dia bagi dan rasa cinta aku pada dia dan aku harap sangat yang aku diberikan kekuatan. Nasihat aku pada perempuan di luar sana, pilih pasangan betul – betul sebabnya kahwin ni bukan benda mudah.
Bila dah kahwin autom4tik kau akan terik4t dan susah nak lepas macam aku ni. Menyesal kemudian hari dah tak guna. Bila masa bercinta kau dah nampak banyak sangat per4ngai tak elok dia, baik tinggalkan je dan dengar nasihat mak bapak. Jangan belakangkan diorang dan paling penting kena pandai jaga diri. Doakan suami aku berubah suatu masa nanti. – Diana (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Neuro Shewazni : Adik – adik perempuan akak.. meh akak nak bagitau ye. Kalau mak bapak tak kasi korang kekasih kahwin, adalah sebabnya yang adik – adik tak nampak. Kalau ibu ayah jenis jaga adik – adik, keluarga bahagia je, janganlah meIawan.
Sekiranya adik – adik tengah berkawan lelaki baran, sila stop. Takde makna lepas kahwin berubah. Melainkan adik – adik ada ilmu silat dan taekwando, dipersilakan dik. Akak nohal. Kakak harap, adik – adik perempuan kat luar sana, baca, hadam cerita ni dan komen akak ni.
Kalau kata adik dah berusaha nak berpisah tapi susah kerana diugvt, sila buat laporan polis, beritahu keluarga. Ni kalau kena anak perempuan aku, memang tak lama lelaki tu.
Syamilah Rosli : Laki tu memang takde baik ye kalau dah pandai ajak kahwin dekat thailand, sambil belakangkan parents sendiri. Aku cuma nak tt thu, perkahwinn tu nanti akan jadi lagi problem kalau tak daftar di Malaysia.
Terutama sekali yang jadi masalah ialah anak tu.. aku nasihatkn, kau cari family kau yang rapat, kau cerita masalah kau, sampaikan kat parents kau. Parents kau m4ki ke, marah ke, kau memang berhak lah kene tapi itu lebih baik dari kemudian hari. Pasal suami kau, sampai m4mpus pn dia takkan berubah, you better run.