“Aku mengandung pun suami kantoi ‘langgan’ perempuan, buat dalam bulan puasa pula tu”

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Sudah berkahwin pun masih lagi terbawa ‘dosa’ masa bujang sedangkan yang halal ada di depan mata.

Bukan sekali kantoi tapi dah banyak kali terjadi, bila tertangkap mulalah nak melutut merayu dengan kata maaf tapi ulang hal sama.

Seorang wanita tak menyangka suaminya masih dengan tabiat lama yang sukar bayar wanita lain untuk tidur bersama di kala dia sedang mengandung.

Aku kahwin tak sampai dua tahun, dan sudah dikurniakan putera sulung berusia lapan bulan.

Masa bertunang dulu, suami pernah kantoi mesej dengan wanita seksi siap tanya rate harga untuk sejam berapa.

“Aku mengandung pun suami kantoi ‘langgan’ perempuan, buat dalam bulan puasa pula tu”

Masa tu aku buat keputusan nak putus tapi suami merayu tak akan ulang lagi dan aku bagi dia peluang.

Lepas beberapa bulan kahwin aku mengandung, masa usia kandungan masuk empat bulan, suami lahi sekali kantoi.

Aku terbaca WhatsApp suami aku dengan kawan lelaki dia berbual pasal ajak kawan perempuan dia pergi berhibur dengan ayat yang sangat menghancurkan hati.

Kawan dia tu siap cakap dia tengah datang bulan, bayangkanlah tengah puasa pun nak buat zina. Tak pernah sekali pun aku balas apa-apa.

Dulu aku pilih dia sebab dia bertanggungjawab, rajin kerja cari duit, orang yang hormat mak bapa dan orang yang cerdik

Pernah juga kami bergaduh sampai keluarga aku tahu sebab dia sendiri maklum dekat mak aku yang aku minta cerai..

Boleh pula dia buat macam aku pula yang bersalah sebab minta cerai, aku tak pernah buka aib dia sampai aku rela kena marah dengan mak sendiri, masa aku tengah sarat pula tu.

Sekarang suami aku kantoi mesej dekat Facebook dengan kawan perempuan dia. Selagi aku boleh sabar aku akan sabar.

Satu hari nanti segala bukti aku kumpul ni akan sampai dekat mahkamah, aku bertahan sebab anak sahaja sekarang.

Baca juga: ‘Rezeki yang tak disangka-sangka, warga emas terkejut ada RM 18k wang tak dituntut