“Aku masuk hospital seminggu isteri sendiri pun tak datang jenguk aku, akhirnya aku nekad jumpa mertua, aku nak pulang semula anak mereka”

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Sejak isteri dapat kerja baru, makin lama aku tengok dia makin kerap balik lambat, kadang-kadang tu pagi buta baru balik.

Kalau aku kerja shift malam, memang seminggu la aku tak jumpa dia. Dah macam orang bujang. Sampai dia keguguran sebab sibuk dengan kerja..

Hi admin dan pembaca semua. Cerita yang aku nak kongsikann ni ringkas sahaja.

"Aku masuk hospital seminggu isteri sendiri pun tak datang jenguk aku, akhirnya aku nekad jumpa mertua, aku nak pulang semula anak mereka"

Aku malas nak tulis panjang-panjang, cukup ada point dan isi yang aku nak sampaikan. Tentang rumahtangga aku dan sekarang aku dah bercerai pun.

Aku kenal dengan bekas isteri aku ni mulanya hanya kawan tempat kerja lama aku. Tapi berlainan department, awalnya aku tak terfikir la akan berkahwin dengan dia. Mungkin dah jodoh. Aku namakan bekas isteri aku sebagai Zila.

Aku kahwin dengan dia pun sebab dia ada ciri-ciri isteri idaman. Dan ekonomi aku pun dah stabil waktu tu, jadi dah layak untuk bina masjid. Aku tak bercinta sangat pun dengan Zila, hanya sebatas kawan, kiranya bercinta lepas nikah.

Pengenalan aku dengan Zila pon tak sampai setahun, terus aku jumpa mak ayah dia nak halalkan hubungan kami. Setahun selepas bertunang aku pun kahwin dengan dia. Oh ya.. Semasa tempoh bertunang aku dah tak kerja sama company dengan Zila sebab aku dapat tawaran baru.

Selepas 3 bulan lebih kahwin, Zila pula dapat tawaran tempat kerja baru, aku pun tak halang dia nak kerja, nak jadi suri rumahtangga pun aku tak halang. Dia kerja pun sebab bosan kalau sorang sorang dekat rumah. Lepas kahwin aku memang duduk sendiri dengan Zila.

Ceritanya bermula lepas Zila kerja tempat baru, sejak tu masa kami berdua dah tak ada disebabkan Zila selalu balik kerja lambat tambah pula aku kerja shift. Makin lama aku tengok Zila ni makin kerap balik lambat, kadang-kadang tu pagi buta baru balik.

Zila ni supervisor kat company tu, dia jarang cuti sampaikan aku rasa macam hidup bujang. Kalau aku kerja shift malam, memang seminggu la aku tak jumpa dia, kalau aku shift siang, malam tu dia tak balik kerja lagi, tak pun aku dah tidur.

Waktu cuti pun dia sibuk kerja. Aku pun nak macam pasangan lain ada masa bersama, pergi berjalan apa semua. Sejak dia bekerja tempat baru tu la langsung tak ada masa dengan aku. Nasib la aku boleh uruskan rumah, masak apa semua.

Aku dah cuba bincang pasal ni kat dia dan suruh cari kerja baru. Sampai aku dah carikan dia kerja lain pun tapi alasan dia bagi dekat aku, dah selesa kerja kat situ malas nak cari tempat kerja baru. Aku memang tak fikir bukan-bukan kalau dia balik lambat, sebab aku selalu juga hantar makanan kat tempat kerja dia kalau dia balik lambat.

Aku jadi malu dengan keluarga aku, dengan keluarga dia kalau apa-apa kenduri dia selalu tak ada, tiap kali kenduri alasan yang sama aku bagi bila ada orang tanya. Sampaikan aku ade dengar orang-orang bercerita pasal Zila, aku ada bagi tahu dia yang aku malu nak jawab jawapan yang sama bila orang dok tanya pasal dia atau orang bercerita pasal dia.

Zila hanya cakap,”nak dengar cakap orang bukan orang bagi kita makan”. Bahkan kalau majlis kawan-kawan kahwin pon aku pergi sorang. Bukan la Zila tak ada cuti langsung, kalau cuti pon sibuk dengan kerja yang dia bawa balik.

Kadang-kadang tu bila aku ajak keluar jalan dia bagi alasan penat nak rehat dekat rumah. Jujur aku dah penat nak nasihat, nak bergaduh pasal isu macam ni, kerja lebih penting dari suami. Macam-macam aku plan untuk habiskan masa berdua tapi dia lebih pilih kerja.

Disebabkan kerja la Zila keguguran. Puas aku nasihatkan lagi tapi tetap sama. Sampaikan ada hari tu aku masuk hospitaI langsung tak jenguk aku, kalau aku minta tolong hantar barang bukan dia yang hantar, dia wakilkan adiknya, kebetulan adiknya tinggal berdekatan.

Dari situ aku dah tawar hati. Dah kosong hati aku kat dia, aku dah buat keputuusan. Aku jumpa dengan mak ayah dia, aku minta maaf semua, aku nak pulangkan balik anak diorang. Aku juga dah bincang dengan dia, aku dah tak boleh teruskan perkawinan ni.

Aku rasa serupa aku tak kahwin. Kalau masa berdua pon tak ada, boleh di kira sepanjang aku berkawin berapa kali je kami habiskan masa berdua. Isteri orang lain pon berkerja ada juga masa dengan keluarga. Tapi aku tak dapat semua tu.

Gagal ke aku sebagai suami? Dayus ke aku sebagai suami? Aku bukan apa cuma aku dah penat dengan situasi macam ni. Aku dah tegas, tapi asyik gaduh je. Dari segi nafkah aku tak pernah culas, tiap kali anniversary atau birthday dia aku bagi hadiah.

Setiap bulan aku belikan pakaian dia, apa dia nak aku turuti. Akhirnya rumahtangga aku dengan Zila tak dapat diselamatkan. Kami berpisah secara baik, kami juga belum mempunyai anak. Pada pendapat semua, adakah keputuusan aku bercerai tindakan yang benar?

Aku dah cuba pertahankan tapi aku dah tak mampu. Bahkan masa hari perceraian pun Zila masih berkerja, mohon cuti setengah hari.. – Amri (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Diya Yaya : Dia ada lelaki lain maybe kat tempat kerja tu. Orang jenis workholic ni biasanya nak capai impian contoh nak beli kereta idaman / rumah / bawa family jalan-jalan. Tapi kenduri pun tak pergi apatah lagi nak lawat kau kat hospitaI. Kalau kau kerja office hour pun takkan merubah. Maybe tiada persefahaman dah antara korang.

Siti Sharena Rusli : Saya pun selalu fikir kalau hidup selepas menikah tu sama je dengan hidup masa masih single, apa gunanya? Pasangan yang PJJ tu usahalah untuk tinggal sebumbung. Mesti ada jalannya. Minta pada Allah.

Tak duduk bersama lagi banyak membuka pintu kemaksiaatan dan tak bagus untuk kesihatan mentaI isteri terutamanya dia jaga anak sorang-sorang. Anak-anak pun tak dapat membesar dalam persekitaran yang normal bila ayah selalu tak ada.

Nu Ha : Ruginya zila… bukan senang cari suami yang baik sekarang ni. Kalau giIa kerja jangan kahwin. Jangan mainkan perasaan pasangan. Kesian.. Perempuan, keutamaan dia adalah suami. Nak masuk syurga mudah taat pada suami saje lah. Ramai perempuan sanggup lepaskan kerja demi suami tapi dia ni… hurm.. Semoga tt bertemu wanita lebih baik.

BACA: “Aku bukan nak pinjam duit, aku cuma nak pinjam motor je tapi jawapan ayah benar-benar hina aku”