“Aku masa tu terus dalam minda ni kata Allah hantar kakak ni untuk tegur aku, masa tu berjuraian air mata aku, masa ini lah baru aku sedar.
Aku nak share pasal kehidupan aku laki bini.
Kami dah nikah almost 15 tahun. Baru setahun ni aku rasa aman dan damai. Doakan berkekalan hendakNya.
Cerita dia macam ni, masa awal kahwin kami diuji dengan masalah kewangan tapi kami bahagia.
Gaji ciput, cukup cukup makan je. Gi kerja jimat jimat bila dah ada anak.
Dari beratapkan langit, bila gi kerja naik moto dah anak tambah rezeki laa kan. Rezeki anak, struggle la kaedahnya.
Kerja siang malam pagi petang buat part time semua. Mampu laaa berkereta.
Bila dah ada kereta pening pulak komitmen bulanan, servis kereta, duit minyak, duit tol, kereta rosak, wiper tercabutlah, cermin pecah kena samun lah. Macam macam hal. Begitulah hendakNya.
Dah ada pengalaman kerja, dah boleh apply kerja yang bagus dan setaraf dengan kelulusan dan pengalaman kerja.
Sebabkan banyak kerja dah aku laki bini buat, murah rezeki kami. Alhamdulillah.
Dulu masa belum ada anak, sibuk nak anak. Dah ada anak, pening. Bila tak datang bulan menangis sebab memikirkan komitmen bertambah.
Bertambah lagi ahli keluarga. Masa ni ada masalah lain pulak. Sibuk kerja keluar pagi balik malam. Penat!!!
Dah ada kereta, mesti beli rumah. Beli rumah baru. Pening nak fikir nak masuk rumah nak guna banyak duit.
Pening. Nak hulur duit kat mak ayah lagi, belanja keluarga lagi.
Masalahnya gaji dah besar, belanja pun bertambah.
Dah ada satu rumah, tamak beli satu lagi konon nak tambah aset.
Lepas tu pening. Pening cukai pintu, cukai tanah, bil utiliti, semua nak cover.
So cite dia kehidupan aku ni tak abih nak pening. Ada, pening. Takde pon pening.
Rumah lama pi sewakan, pening lagi penyewa tak bayar sewa, rumah jahanam!! bil api bil air beribu tertunggak. Pening!!!
Sebabkan sibuk kejar dunia, sibuk sana sini kehidupan jadi macam tak bermakna. Pergi keje balik kerja.
Masih lagi solat. Tapi bila fikir lagi solat dah tak berkualiti. Semua benda nak buat tergesa gesa.
Satu hari dapat tahu, suami dah ada perempuan lain.
Sebab kami sebenarnya lebih kepada menjadi housemate. Bila masing masing sibuk dah jarang bercakap. Sibuk hal masing masing.
Tapi kami tak abaikan tanggungjawab cuma tak mesra macam dulu. Makan semeja pun kami tak berborak sangat. Sebab energy dah channel ke tempat lain.
Mula dapat tahu aku sedih, menangis berhari hari.
Satu hari datang seorang staff melawat aku dekat ofis. Staf ni jarang sangat bercakap dengan aku sebab kami department lain.
Dia datang tegur aku. Dia kata muka aku muka orang bermasalah. Sebab dia lagi berusia daripada aku, dia nasihatkan aku.
Dia cakap dia pun tak tahu kenapa hati dia tergerak nak jumpa dan bersembang dengan aku. Sebab dengan orang lain dia takkan semesra macam ni.
So antara intipati nasihat dia kepada aku, redha dan sila kembali kepada fitrah.
Aku masa tu terus dalam minda ni kata Allah hantar kakak ni untuk tegur aku.
Masa tu berjuraian air mata tanpa boleh aku sekat. Masa nilah aku baru sedar, aku dah jauh sangat dengan Allah. Aku lalai.
Aku tak bersyukur dengan rezeki yang Allah beri kepada kami. Aku rasa hina sangat, berdosa sangat.
Perlahan lahan aku berubah seperti yang akak tu nasihat jadi lebih baik dari sebelumnya dan usah fikirkan apa yang orang nak kata.
Betul, aku kembali ke pangkal jalan. Bila aku berubah, suami aku pun auto berubah tapi secara perlahan lahan dia berubah.
Tak perlu aku fikir dalam hati, kenapa, kenapa, kenapa aku diuji macam ni sebab jawapan tu ada depan mata aku, Allah.
Alhamdulillah, bila aku redha setiap yang berlaku tu Allah dah aturkan dan Allah uji aku sebab Allah sayang aku.
Allah rindu aku. Aku insan yang terpilih untuk bertaubat dan kembali kepadaNya.
Aku berdosa, aku takut memikirkan bersediakah aku kalau nyawa aku Allah cabut sekejap lagi??
Sebab amalan aku sedikit sangat, aku dah cukup ke asuh dan bagi pendidikan agama kepada anak aku??
Aku dah jaga diri aku ke dari fitnah manusia????
Akhirnya aku tahu apa yang aku mahu dalam sebuah perkahwinan adalah rumahtangga yang barakah.
Aku tak nak jugde sahabat sahabat yang sedang diuji dengan masalah sama ada masalah rumah tangga atau pun sebaliknya.
Apa yang aku nak kongsi kita kena sedar diri, kita semua ni dah nak balik ‘rumah’. Hujung hujung jer ni.
Semoga kalian semua tabah mengharungi kehidupan ni. Usaha dan jangan lupa bersyukur atas nikmat Allah beri. Allah uji, Allah sayang.
Reaksi Warganet
Siti Sharena Rusli –
Bila kita dah sedar tujuan hidup ni untuk apa, senang dah semuanya. Jaga Allah, the rest dia jagakan untuk kita. Tu je sebenarnya.
Bahagia tu sbnrnya simple je tapi kita yang kerap tersasar kejarkan hal dunia kesana kemari.
Tahniah sebab dapat kembali ke fitrah sebenar tujuan manusia itu diciptakan.
Moga Allah berkati hidup tt sekeluarga sampai akhir hayat
Is Marissa –
Terima kasih atas confession nya. Saya rasa pun Allah bagi saya baca confession tt ni untuk turning point saya pulang semula kerumah.
Jauh dah saya lalai. Saya rindu saya yang dulu.
Semoga saya kembali pulang dengan cepat tanpa bertangguh tangguh lagi
Han Rohana –
Kecukupan tu berbeza setiap orang. Ada orang.. rumah besar pangkat besar baru rasa cukup.
Ada orang.. keje biasa biasa tapi tak stress, itu cukup.
Bila kita dah rasa cukup tu.. kita akan bersyukur. Selagi kita kejar cukup mengikut standard orang lain, selagi tu kita akan stress.
Kita tak rasa bersyukur sebab kita rasa belum cukup.
Bahagia dengan cara kita. Sekali lagi.. bahagia jua subjektif. Dapat lepak dekat rumah sama sama dengan family pon dah bahagia.
Tak perlu nak kena holiday oversea untuk rasa bahagia
Siti Hazwani –
Jika kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jagakan benda benda lain untuk kita. Hati akan tenang.
Perkahwinan yang mendapat ketenangan (sakinah), kebahagiaan (mawadsah) dan kasih sayang (rahmah).
Lately i found that every person who have same belief and connection to God, they will be live at tranquility and peace, despite all problems they faced.
Orang kafir omputih pun ada je yang jenis kuat kepercayaan kepada tuhan, mereka juga diuji semasa tempoh perkahwinan dengan pelbagai masalah ( their problem are common like ours).
our language as human is actually same. Sebab tu tak kira bangsa apa, if they read Quran for example, they can relate to themselves. Lagi cepat dan mudah mereka faham.
They get back to the Creator, ask for His help, and everything else will fall at its place.
Berbeza dengan orang yang diuji dengan kemelut masalah hidup, tak ada agama, sesat tanpa petunjuk arah, puzzled along the way.
BACA: