‘Aku kena paksa cerai oleh mentua lepas positif Covid-19’. Seorang wanita di China dipaksa oleh mentuanya untuk bercerai dengan suami selepas dijangkiti Covid-19, lapor portal berita Wolipop hari ini.
Menurut laman berita eva.vn, wanita bernama Liu itu terpaksa menjalani kuarantin dan banyak berehat setelah disahkan positif Covid-19.
Malangnya, keluarga mentua Liu tidak memahami keadaannya, selain memarahi wanita itu kerana tidak mampu menjaga anak-anak dan menjalankan tugas sebagai seorang isteri.
Lebih menyedihkan apabila ibu mentua Liu meminta dia bercerai dengan anak lelakinya.
Dalam sebuah klip video yang tular di media sosial, Liu dilihat sedang berada di atas katil.
Sementara itu, suaminya sedang mendukung anak mereka sambil duduk di atas sofa ketika mentuanya berdiri di tengah-tengah sambil marah-marah dan bercakap kasar.
Mentua Liu memarahinya kerana membawa penyakit (Covid-19) ke rumah. Jika Liu bersetuju untuk bercerai, ibu mentuanya akan membayar wang sebanyak 50,000 yuan (RM31,930).
Suami Liu pula dilihat hanya mendiamkan diri ketika kejadian.
Kisah itu menarik perhatian ramai pengguna di media sosial.
“Bercerai sahaja dulu, nanti kalau anaknya tidak dapat berkahwin, dia akan menyesal,” kata seorang netizen.
“Mengapa seseorang itu tidak berperikemanusiaan dan kejam? Jika anda enggan menjaga menantu, mengapa menggunakan ini (Covid-19) untuk memaksa perceraian?” kata netizen lain.
BACA JUGA :
Bos Jakel cerita keadaan sebenar gedungnya di Shah Alam boleh terbakar
Kecoh jumpa king cobra bawah kerusi
Balu Abam akhirnya buka mulut selepas menang kes saman dengan Ali Puteh