Macam ni ceritanya. Aku merupakan seorang janda anak 2 hasil perkahwinan pertama. Dimana perkahwinan pertama aku juga merupakan isteri ke2.
Madu pertama aku minta suami kawin lain kerana mereka tiada anak setelah 12 tahun berkahwin. Pada mulanya aku baik dengan madu aku.
Sampailah bila aku mengandung, madu aku buat fittnah macam macam pasal aku samapi dia kata anak anak aku ni anak orang lain dan nak buat DN4 bagai.
Tapi aku tak kisah pun dan aku biarkan. Hinggalah suami aku mula pukol aku akibat terima tekanan dari madu aku. Pengakhiran cerita, aku pun failkan fasakh dan aku menang.
Setelah berpisah, kami baik kerana kami tak pernah bermusuh dan masih saling sayang. Dan bekas madu aku tak ambil peduli pun pasal suami sebab dia pernah bagitau aku, suami tu sekadar pingat je.
Nak tengok siapa lagi hebat.. Dia yang tak de anak atau aku yang beranak banyak. Habis la cerita 1. Setelah bergelar janda, alhamdulillah aku ada sikit rupa yang menarik dan bekerjaya.
Mudah mendapat perhatian. Aku bernikah dengan seorang anak tunggal lelaki bujang. Pada aku, harta tak menjamin kebahagiaan.
So aku tak kisah walapun suami aku ni kerja sendiri dan orang kampong yang pada aku sangat menghormati orang lain. Kata kata lembut dan pandai membuat orang lain terpesona dengan cara dia.
Sebelum berkahwin lagi bekas suami aku ni dah minta pinjam duit. Tapi aku rasa tak de masalah untuk aku kongsikan sikit kesenangan yang aku ada.
Tapi lama kelamaan sampai dia minta aku buat loan dan habis harta yang aku ada. Walaupun aku bergaji tetap setiap bulan. Tapi sampai beras habis pun tak de duit nak makan dia buat aku. Aku masih sabar dalam tahun ke 3 perkhawinan aku, aku sudah mula tidak tahan dengan kesusahan yang disebabkan oleh dia.
Dah la menyusahkan aku dengan hutang dan masalah kewangan, dia ni kaki perempuan. Sejak 7 hari nikah memang dah ada isu perempuan sana sini.Tapi aku cuba bersabar kerana pada aku dia lelaki bujang dan aku satu satunya isteri dia. Jadi mungkin aku boleh bantu dia untuk jadi suami yang setia.
Namun tahun ke3 ni, bila aku dapat cukup bukti yang dia ada hubungan dengan perempuan lain dan perempuan tu pun isteri orang aku mula bergduh besar sampai dengan mertua aku sekali aku marah sebab mertua cuba bela dia. Dengan alasan aku masih berhubung dengan bekas suami. Sedangkan aku berhubung kerana suami No.2 ni minta pertolong bekas suami no.1.
Itu pun kerana si no.2 ni yang minta aku tanya pada no.1. Alhamdulillah bekas suami tu baik dan bantu kami. Sebab dia fikirkan anak anak dia. Dipendekkan cerita, aku mohon cerrai secara baik di mahkamah dan suami no.2 setuju asalkan aku tak tuntut hutang dia pada aku yang lebih dari 50k.
Aku pun bebas. Esok cukup dua tahun aku berpisah dengan dia. Alhamdulillah. Banyak lagi cerita tak elok tapi cukuplah. Semoga Allah berikan hidayah pada dia untuk berubah dan beriman. Bukan sekadar kopiah atas kepala utk kaburi mata masyarakat.
Kat sini permasalah sebenar aku nak minta pendapat korang tau. Tolong fahamkan ya.. disebabkan tekanan hidup yang teruk dari awal perkahwinan, aku terpaksa rujuk kaunselor. Dan aku mula kenal dan belajar agama dan mengaji dengan seorang ustaz ni. Aku kenal dia 1 bulan, terus dia melamar aku.
Korang ingat aku nak? Memang tak la kan aku nak terima sebab pengalaman macam macam aku hadap sorang diri kelakuan 2 lelaki sebelum ni. Tambahan ustaz aku ni ada isteri yang cantik, muda dan ada anak 3 orang. So aku pun reject.
Tapi malam yang sama juga, isteri ustaz tu melamar aku dan minta sangat sangat untuk aku nikah dengan ustaz. Aku tolak dan aku tak nak dah kawen sampai aku berhenti belajar dan berhenti hantar anak anak aku belajar dengan dia.
Namun isteri ustaz ni tetap datang rumah aku, pujuk dan melamar aku. Macam macam cara aku mengelak dan tak jawab call diaorg. Tapi diaorg datang umah aku sampai aku tak de pilihan terpaksa jemput masuk juga. Masa tu aku sampai rasa ada something diaorg nak dari aku sebenarnya.
Takkan la hebat sangat isteri ustaz ni punya ragam sampai paksa aku kawen dengan laki dia. So, pendekkan cerita setahun aku mengelak, akhirnya aku bagitau camnni sebab aku pun dah tak larat nak lari dan aku nak belajar mengaji.
Kalau ustaz rasa ustaz sungguh nak nikah saya kerana Allah, ustaz pergi la jumpa ayah saya. Dan dia pergi jumpa ayah dengan isteri dia. Pada mulanya ayah marah tapi entah isteri dia pujuk apa sampai ayah setuju. Majlis berlangsung tahun lepas.
Mula mula risau juga aku sebab 2 perkahwinan aku gagal walaupun bercinta sakan. Ni pula nikah tak pernah bercinta. Tapi alhamdulillah ustaz memang suami yang cukup sempurna untuk aku buat masa ini. Madu aku tak bekerja tapi ada beberapa peniagaan online.
Namun kami diuji dengan ekonomi dimana PKP dia diberhentikan kerja. Jadi suami tak mampu untuk bagi nafkah. Syukur juga aku ni bekerja ada pendapatan sendiri.
Sehingga la mereka terpaksa keluar dari rumah sewa dan madu aku pindah balik kampungnya. Suami stay dengan aku kerana aku telah memodalkan untuk dia memulakan perniagaannya sendiri lebih kurang 20k+.
Isunya madu tua aku ni jeles dengan aku. Untuk pengetahuan aku tak secantik isteri tua tapi suami aku lain sikit dengan aku contohnya cara bercakap suami lebih lembut dengan aku dari dia. Bila ditanya suami kata sebab aku lembut.
Madu aku agak kasar. Dan suami aku kata di lebih selesa dengan aku. Sampai aku sendiri minta untuk dia layan kami sama. Namun madu tetap terasa. Aku sendiri pun rasa sama je suami layan tapi madu makin menjadi jadi dia punya jeles.
Tapi dia selalu nak tidur rumah aku. Lepas tu nanti dia yang sendiri sakit hati. Sampai dia cuba nak jadi macam aku dan cuba tiru perwatakan aku. Isunya, madu aku ni sudah buat cerita macam macam pasal aku pada saudara saudara terdekat.
Sampai ada juga kata aku ni bomohkan suami dan buat bagi suami tak ingat dan buat sihir pemisah untuk dia. Huh korang rasa? Aku ni pergi kerja balik keja suami hantar ambil. Sebab? Sebab si madu ni dah jual keta diaorg dan ambil duit tu bayar apa yang patut dan dia shopping untuk diri dia dan anak dia.
Sampai suami aku bagitau saudara, masa bila yang aku nak pergi buat kerja tak elok tu. Aku ni memang sentiasa dengan suami sejak madu pindah kampong. Tak cukup itu, dia buat posting posting fb cerita kesusahan dia seolah olah suami ni tak adil dan teruk.
Sampaikan adik ipar aku hantar msg kata aku ni perempuan tak baik, perempuan kotor murah dan macam sampai kbur mak ayah aku makinya. Sedih sangat tapi aku tak pernah cerita dekat keluarga aku sebab aku malu aku kawen asyek bermasalah je.
Sampai aku tak tahan aku minta suami aku cerraikan aku. Tapi suami aku orang yang ada agama dan dia tau siapa salah dan tak. Dia minta aku maafkan dan terima madu aku tapi aku sakit sangat rasa. Baru ni aku bagi duit dekat suami suruh dia balik kampong tengok madu tapi madu suruh mak dia ambik.
Suami aku terkejut bila mak yang datang ambik dekat KTM dia salam dan terus naik grab sebab mak dia minta untuk suami aku tinggalkan aku dan pindah dari sini. Mak dia nak bagi duit untuk dia mulakan hidup baru dengan madu aku di KL. Adik ipar aku upah kawan kawan dia untuk cari suami aku.
Pendekkan cerita suami aku jatuh masa cuba lepaskan diri dari geng tu. Tapi suami aku jatuh, luka dan kaki dia retak. Aku jadi makin benci dan meluat kat madu aku. Masa tu suami aku call bagitau yang dia rindu sangat kat aku dan nak balik semula kat aku.
Tapi masa dia call tu dia tak cerita yang dia lari dari adik tu. So aku Cuma suruh dia terus balik kampong. Bila dia balik sini, aku bawa dia pergi hospital doktor kata jari dia tu retak yang teruk. Dan suami aku baru cerita perkara sebenar kat aku sebab dia kata dia tak nak aku risau.
Aku jadi makin geram dan tak boleh nak dengar pun nama madu aku ni. Tapi aku tak de la suruh suami aku cerraikan dia. Aku Cuma minta suami aku lepaskan aku sebab aku tak de masalah insyaAllah kalu dia tak de. Pembanca sekalian, korang rasa. Apa yang patut aku buat ya? Aku sayang suami aku sebab dia sangat sempurna untuk aku.
Selain kekurangan ekonomi, kami langsung tak ada isu lain pun. Tapi setiap kali wujudnya madu aku ni, kami jadi tak best. Apa yang aku patut buat? Aku cuba berbaik dengan madu semula tapi aku rasa aku lebih bahagia hidup tanpa madu dengan suami.
Aku selalu juga bagi duit sikit dekat suami untuk dia bagi pada madu aku. Tapi sekarang memang aku tak nak ada urusan apa apa dengan dia. Perlukah aku berpisah dengan suami aku?