“Aku ingat suami dah tak contact perempuan tu lagi rupanya nama perempuan tu ditukar dengan nama kontraktor”

Oleh MHDAILY

Aku ingat suami dah tak contact perempuan tu lagi rupanya nama perempuan tu ditukar dengan nama kontraktor”

Kisah ini saya kongsikan untuk jadikan sebagai pengajaran dan penguat semangat kepada semua pembaca terutamanya isteri yang menjadi mangsa.

Saya seorang isteri yang tidak bekerja tetapi berpelajaran tinggi. Saya meninggalkan kerjaya setelah kehidupan kami agak stabil demi membesarkan anak-anak.

“Aku ingat suami dah tak contact perempuan tu lagi rupanya nama perempuan tu ditukar dengan nama kontraktor”

“Aku ingat suami dah tak contact perempuan tu lagi rupanya nama perempuan tu ditukar dengan nama kontraktor”

Saya membuat pilihan ini kerana kesiankan anak-anak sebab kerjaya suami dan saya yang sangat sibok jika kedua-bekerja.

Suami merupakan pegawai kerajaan berpangkat dan boleh dikatakan kami tidak pernah diuji dengan masalah kewangan. Suami seorang yang baik, bertanggungjawab, ringan tulang dan tidak pernah berkira bab kewangan.

Hidup saya sangat bahagia dan saya bersyukur seadanya. Makan pakai suami dan anak semuanya terjaga.

Di tempat kerja suami adalah bos yang disegani & ada karisma tersendiri. Saya sentiasa memberi sokongan dan memahami tuntutan kerjaya suami yang sibok.

Saya dengan rela menguruskan rumah tangga dengan baik sekali supaya suami tidak risau hal-hal di rumah dan sekolah anak.

Ketika suami di rumah jika tiada urusan lain, suami banyak menghabiskan masa dengan telefon atau menonton tv. Telefon suami memang mempunyai password tetapi suami tidak pernah berahsia mengenai password telefonnya. Saya bebas melayari telefon suami.

Suatu hari waktu suami bersihkan diri selepas pulang bekerja saya dapati terdapat whasstapp masuk, daripada seorang perempuan. Dari paparan skrin tersebut ayat daripada perempuan tu membuat saya berasa bahang dan berdebar-debar.

Saya buka mesej tersebut, dengan cepat saya ambil gambar dan maklumat menggunakan telefon saya. Tetapi mesej yang ada hanya sedikit, tiada mesej yang lama kerana sudah dipadam. Saya tutup semula telefon suami tetapi apabila mesej sudah terbaca suami akan tahu juga.

Sengaja saya tidak padam mesej tersebut. Pada malam tersebut saya banyak mendiamkan diri, uruskan anak kecil, dan saya menangis semahu-mahunya.

Malam terasa sangat lama, saya tidak dapat lelapkan mata. Saya tidak peduli suami tahu mengenai mesej tersebut. 3 hari saya diamkan diri, tidak lena tidur dan hilang selera makan.

Suami mendekati saya, cuba bertanya seperti tidak bersalah langsung. Saya cuba tahan emosi sambil mengharapkan penjelasan suami.

Akhirnya suami mengaku, perempuan tersebut dikenali di pejabat sewaktu dia menjalani latihan praktikal tetapi hanya baru-baru ini mereka bermesej mesra tetapi sekadar mesej dan tidak berjumpa.

Rupanya perempuan tersebut telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Terkejut dan beristigfar saya dibuatnya. Suami berjanji tidak mengulangi dan saya mohon suami solat taubat. Saya memaafkan suami. Saya berdoa kes ini selesai dan jalani kehidupan seperti biasa.

Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Selepas kejadian pertama saya curi lihat whastaap lagi, nama perempuan tersebut ditukar kepada nama kontraktor. Saya curiga tetapi tidak persoalkan lagi sebab saya tidak pernah jumpa lagi mesej mereka.

Hinggalah semasa kami bercuti bersama, hari sepatutnya suami bekerja tetapi cuti. Nama kontraktor tersebut muncul.

Jantung saya kembali berdebar, tetapi saya tidak dapat membuka mesej tersebut kerana suami tidak jauh dari saya. Puas saya berzikir, mohon kekuatan dari Allah.

Saya pendam dan diamkan diri sambil berfikir apa tindakan wajar yang perlu diambil dan kemungkinan yang berlaku akibat tindakan saya.

Saya merancang STRATEGI untuk menyelesaikan kes ini.

Jika diikutkan hati yang terbakar, mahu saja dihamburkan semua, tetapi saya tunggu sehingga kami pulang ke rumah dengan selamat.

Anak-anak sangat gembira dapat bercuti, saya tidak mahu anak-anak melihat perkara tidak sepatutnya. Akhirnya malam tersebut saya mengajak suami berbincang, saya katakan saya mengetahui semuanya.

Saya tipu pada suami yang saya telah pun menghubungi perempuan tersebut, dan memerangkap perempuan tersebut hingga diberikan bukti dan pengakuan hubungan mereka (padahal saya tipu sahaja). saya tiada bukti yang banyak kerana mesej dipadam.

Saya terangkan pada suami saya redha dan terima qada qadar, saya letih tiada lagi airmata dan mahukan hidup tenang. Saya tipu suami yang perempuan tersebut punya masalah dengan suami, dan memang sayangkan suami.

Saya setuju untuk bantu kawinkan mereka. Suami sangat terkejut terdiam. Bermati-matian suami tidak mahu kawin dengan perempuan tersebut dan buang semua nombor perempuan tu dihadapan saya. Saya maafkan sekali lagi, terasa beban berat di kepala hilang.

Esoknya saya memikirkan mungkin perempuan tersebut akan menghubungi suami lagi. Sekali lagi saya memasang STRATEGI. saya hubungi perempuan itu.

“Assalamualaikum, hi tak bz ke? Boleh cakap ke?

“Sape ni, biasa la kat tempat kerja.

“Tak kan tak kenal, kawan lama masa belajar ni. Tapi duduk jauh sikit dari orang takut bos dengar awak ketawa kuat

“Ok kejap

“Dah ke. ok biar saya terus terang jela, saya bini X, orang yang awak duk mesej mesra tu. saya ada semua bukti dan simpan apa yang awak tulis

(Terus letak & saya hubungi balik)

“Jangan takut, saya bukan nak maki atau marah sebab bukan level saya untuk buat macam tu. kalau awak sayang sangat suami saya tak pe, saya nak tolong pinang awak, yela dari terus buat dosa. saya rela, saya redha.

“Mintak maaf sangat puan, saya cuma mesej dan layan je. tidak pernah berjumpa. saya pun nak selesai baik baik sebab kita sama perempuan

“Eh tau pulak sama perempuan, awak tak sayanh suami dan anak ke. tak pe la jadikan ni pengajaran, taubat dan saya harap awak tak alami apa yang saya rasa. Tapi macam mana saya nak tau awak tak buat lagi

“Maaf puan, pengang janji dan sumpah saya. saya akan buang dan blok semua berkaitan suami puan. terima kasih

“Ok saya terima tapi kalau saya jumpa lagi bukti awak berhubung saya akan ambil tindakan sepatutnya.

Tamat kisah kecurangan suami. Saya merasai ketenangan dan hilang bebanan yang sangat berat. Saya memohon dan berserah sepenuhnya kepada Allah.

Hati suami bukan milik isteri sepenuhnya tapi sebagai isteri kita boleh berdoa kepada pemilik hati iaitu Allah agar ditetapkan hati suami hanya untuk kita tanpa kehadiran penyondol.

Jika ada masalah diamkan diri untuk berfikir supaya kita dapat buat tindakan yang betul agar mendapat keputusan yang baik. Tiada guna kita menyerang dan menggunakan kekerasan kerana ianya lebih merugikan.

*Setiap orang diuji dengan berlainan cara, penyelesaian juga mungkin akan berbeza.

BACA: Tan Sri ‘G’…Dari ejen syarikat rokok ke jutawan pemilik pelabuhan Westports!