“Aku doa agar kalau betul suami dah terlanjur mohon tunjukkan bukti dengan kemalangan jalanraya, bukan sekali doa tapi banyak kali, lepas seminggu..”

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Siapa sangka, rakan sekerja yang bergelar suami orang menjadi pengalaman ‘cinta’ pertama buat seorang wanita malang berusia 30-an.

Bermula daripada perasaan terharu kerana diambil berat, gadis dikenali sebagai Siti itu mengakui terjatuh hati terhadap lelaki yang juga bapa kepada lima orang anak.

Masih menyimpan perasaan ekoran belum menemui lelaki sebaik rakan sekerjanya, berikut perkongsian Siti yang tidak mahu digelar perampas kerana mengejar cinta.

Aku tersuka dengan isteri orang tetapi tak sanggup aku lukai hati isteri dan 5 anak aku”

“Assalamualaikum semua. Pertama sekali, aku mohon jangan kecam. Aku cuma ingin meluahkan rasa. Mohon nasihat baik-baik. Aku seorang wanita berkerjaya. Berusia di pertengahan 30-an. Tidak pernah bercinta. Namun tanpa sedar, aku tersuka rakan sekerja di pejabat. Umurnya tua setahun sahaja daripada aku.

“Masalahnya, dia suami orang. Pada mulanya, aku anggap ia hanyalah satu mainan perasaan. Sebab, rakan sekerja itu (aku namakan dia Shashimi) selalu ambil cakna terhadapku. Kalau aku tak datang kerja sehari sebab cuti sakit, terus dia telefon. Dia akan tanya keadaan aku dalam nada suara yang sangat risau.

“Pendek kata, dia sangat mengambil berat terhadap aku. Bayangkanlah, setiap hari jumpa rakan sekerja aku itu buat diri bersemangat pergi kerja. Kadangkala, atas meja aku mesti ada hadiah yang dia bagi. Sekali-sekala rakan sekerja aku akan bagi coklat ataupun kek. Aku sendiri pun keliru dengan sikap dia.

“Aku persoalkan dalam hati. Adakah dia memang terlalu baik atau aku sahaja yang syok sendiri? Aku selalu set semula otak supaya berhenti sukakan Shashimi. Aku fikir, mungkin Shashimi rapat dan ambil berat dengan dia merasa selesa. Boleh jadi rakan sekerja itu hanya anggap aku macam adik atau kawan rapat sahaja.

“Memang tidak dinafikan, kami memang rapat. Kadang-kadang kalau hujung minggu kami berborak di aplikasi Whatsapp, mesti ada sahaja bergurau senda. Kadang main ‘spam sticker’ sampai senak perut gelak. Aku boleh katakan yang Shashimi, kelakar orangnya. Aku sangat terhibur dengannya.

“Kalau di tempat kerja, ada sahaja ideanya untuk menyakat aku. Dia sangatlah suka mengusik. Jauh di sudut hati, aku mahukan dia. Aku teringin bersuamikan dia. Tetapi, apabila teringatkan wajah lima orang anaknya, aku terus mati akal. Aku terbayang pula wajah polos isterinya yang setia sebagai suri rumah sepenuh masa.

“Waktu itu terus aku tak jadi dan tak sampai hati nak goyahkan keluarga bahagia itu. Tetapi apabila Shashimi terlalu ambil berat dengan aku, rasa suka yang membuak-buak itu hadir kembali. Pernah sekali, aku sedih sebab kena marah di tempat kerja. Mata aku bergenang lalu menangis. Rakan sekerja itu perhatikan aku.

“Untuk melepaskan perasaan kecewa dan sebak, aku terus lari keluar dari pejabat. Tiba-tiba Shashimi muncul di belakang aku. Dia tenangkan aku. Jujurlah aku cakap, masa itu aku rasa mahu sahaja peluk dia. Nak sahaja aku cakap, terima kasih kerana tenangkan aku. Lagipun tempat aku duduk itu memang tiada orang.

“Tempat itu memang tersembunyi. Hanya kami berdua sahaja. Tetapi alhamdulillah, aku masih ada iman. Jadi, aku masih waras. Aku tak buat perkara pelik-pelik seperti itu walaupun godaan syaitan amatlah kuat. Kadang-kadang aku teringin juga tanya Shashimi, kenapa dia baik sangat dengan aku?

“Aku tahu Shashimi memang baik dengan semua orang. Tetapi kenapa baik dengan aku ini terlalu berlebihan? Kebaikan dia itu membuat aku salah faham. Perbuatan dia menyeksa jiwa dan membuatkan aku semakin suka padanya. Hujung minggu waktu cuti, hanya Allah sahaja tahu betapa rindunya aku dekat dia.

“Sehari tak dengar suara dia, aku rasa macam tiada semangat. Tetapi apabila pergi kerja, akulah orang pertama yang dia akan tegur. Tindakan Shashimi itu cukup untuk memberi aku tenaga bagi melalui keseharian hidup. Shashimi tak pernah berkongsi tentang keluarganya di media sosial atau story Whatsapp.

“Gaya Shashimi ini kalau orang tak kenal, mereka akan ingat dia bujang. Sebab dia jenis tak tunjuk isteri dan anak-anak. Aku pun tertanya-tanya kenapa dia tak tunjuk isteri dia. Padahal kalau kami bergambar di tempat kerja, laju sahaja Shashimi muat naik story. Adakah dia tak bahagia dengan isteri? Tetapi anak berderet lima orang.

“Mungkin Shashimi ini jenis perahsia hal peribadi? Entahlah. Salahkah aku menyukai Shashimi? Apa yang patut aku lakukan? Adakah aku perlu mencari lelaki lain untuk disukai? Tetapi sejujurnya, sudah ramai lelaki aku cuba berkenalan. Namun belum ada lelaki sebaik Shashimi.

“Hanya Shashimi yang memahami aku, menyenangkan dan sentiasa menyejukkan hatiku. Tapi aku tak mahu jadi perampas. Tolong bagi cadangan. Terima kasih.” Kata Siti (Bukan nama sebenar) menerusi satu hantaran yang dimuat naik di satu laman luahan atas talian.

Baca juga: “Aku banyak jalankan siasatan terhadap Hani, dia bukan perempuan yang baik, aku sedih suami tak percaya aku, aku takut suami tersalah pilih”