Ramai wanita yang mudah tertipu dengan kekayaan serta paras rupa seorang lelaki hingga sanggup menyerahkan tubuh badan sebagai cagaran percintaan.
Seperti wanita ini yang dipergunakan oleh teman lelakinya dengan menjadikan dia sebagai wanita simpanan hingga mengandung anak luar nikah.
Assalamualaikum. Sebelum tu aku minta maaf sebab aku ini agak panjang dan mungkin agak membosankan.
Aku tidak tau dari mana mahu mulakannya. Nama aku Mira (bukan nama sebenar). Aku mulakan dari zaman aku menuntut di universiti.
Aku ada seorang kenalan boleh dik4takan kenalan biasa – biasa saja. Aku bagi nama dia Is (bukan nama sebenar), yang jadi suami aku ketika ini.
Is pernah katakan pada aku bahawa dia sukakan aku. Tapi aku tolak dan aku marah Is dengan kata – kata yang tidak sepatutnya aku katakan.
Aku hina dan aku caci m4ki dia di depan orang ramai. Aku cakap dia tak mampu bahagiakan aku kerana aku tau Is adalah anak yatim piatu yang ditemukan waktu masih bayi dan dibesarkan di pusat asuhan.
Belajar di universiti juga atas tajaan seorang pengarah syarik4t korporat yang kaya raya, seorang yang bergelar Tan Sri.
Is juga kerja di sebuah kedai makan setelah habis waktu belajar untuk menampung keperluan harian dia. Waktu yang sama aku juga ada kenalan seorang bernama N. N anak orang yang kaya dan bapak N bergelar Dato’. Ke mana saja aku selalu bersama dengan N.
Dipendekkan cerita. Setelah habis belajar aku tidak pernah jumpa dengan Is lagi. Aku dapat tawaran berkerja di syarik4t milik ayah N. Kerana keputusan akhir semester aku mendapat keputusan bagus dan N juga berkerja di tempat yang sama sebagai GM.
Aku hanya accountant biasa saja. Jadi aku tiap hari dapat jumpa dengan N. Makan bersama pulang juga hampir setiap hari bersama. Kadang-kadang kami tidak langsung pulang ke rumah melainkan pergi ke hotel berhampiran untuk lepaskan nafsu kami. Setelah itu barulah kami pulang.
Setelah 4 tahun kami bersama, aku ajak N nikah tapi N katakan dia belum bersedia dan kami teruskan seperti apa yang selalu lakukan keluar masuk hotel hampir setiap minggu. Kali ini lebih parah kerana bukan di hotel lagi malah N sewakan aku sebiji rumah dan N selalu bermalam di rumah yang dia sewakan untuk aku.
Kami lakukan semuanya sama macam kami sudah sah jadi suami isteri. Jalan di mall dan di mana saja kami berpegang tangan. Aku berbohong kepada jiran bahawa kami adalah pasangan suami isteri biar tidak dilaporkan kepada yang berwajib.
Satu hari aku rasa mual – mual dan munt4h. Aku check doktor dan doktor katakan aku hamil 2 bulan. Aku call N bagi tahu aku hamil anak dia tapi N suruh aku gugurkan. Aku ajak N nikah lagi tapi jawapan yang sama N berikan.
Dia katakan dia masih belum bersedia. Aku marah dengan N dan kami mulai bertengkar. N salahkan aku tidak pandai jaga diri yang sangat mudah serahkan diri pada dia. Pada hal pertama kali kami lakukan itu N berjanji akan bertanggungjawab sekiranya kehamilan terjadi tapi sekarang dia katakan aku wanita murahan.
Setelah itu N tidak pernah datang lagi ke rumah yang dia sewakan untuk aku. Akhirnya aku dapat tahu N akan bertunang dengan perempuan pilihan ibunya sebab itu dia tidak datang kerja. Bayangkan bagaimana h4ncurnya hati aku setelah puas dia lakukan itu dengan aku dah hamil aku ditinggalkan.
Setelah aku didapati hamil anak N, ibu N pecat aku dan suruh aku keluar dari rumah yang N sewakan untuk aku. Rumah itu sebenarnya rumah lama keluarga N sebelum pindah ke banglo mewah yang sekarang mereka duduk.
Kereta yang katanya N hadiahkan untuk hari jadi aku juga diambil balik oleh ibu N. Aku tiada pilihan melainkan pulang ke kampung. Berapa minggu di kampung aku di halau oleh ayah setelah ayah tau aku hamil hasil hubungan yang tidak sah.
Ayah malu kalau orang kampung tahu aku hamil atas hubungan yang tidak sah. Ayah adalah imam di masjid kampung dan ayah juga guru ngaji. Jadi ayah sangat dihorm4ti di kampung. Aku pergi ke rumah mak ngah, dia juga tidak benarkan aku masuk kerana ayah bagi tau aku hamil atas hubungan yang tidak sah.
Aku str3ss tak tahu nak ke mana lagi dan jam juga sudah pukul 10.pm. Duit aku pula hanya tinggal RM12 saja. Sudah pasti tidak cukup untuk aku nak ke mana – mana. Phone juga sudah m4ti kerana habis bateri, laptop pun sama habis bateri.
Akhirnya aku sampai di satu tempat yang aku sendiri tidak tahu di mana. Waktu itu hanya Allah saja yang tahu apa perasaan aku duduk di tempat yang gelap dan banyak nyamuk. Aku menangis teresak – esak di tempat yang gelap.
Betul, tidak ada rumah dan tidak ada kereta yang lalu. Setelah puas menangis aku tertidur dengan perut yang lapar beratapkan langit, beralaskan rumput dan tanah. Pagi harinya baru aku sedar bahawa aku tidur di tepi hutan.
Aku berjalan lagi pagi itu hinggalah aku sampai di satu tempat aku lihat ada kedai jual nasi. Setelah aku dekat aku ternampak seorang lelaki yang sangat aku kenal berapa tahun dulu. Dia adalah Is yang pernah aku hina dan m4ki hamun hanya kerana dia anak yatim piatu.
Aku cuba melarikan diri tapi Is lebih dulu melihat aku dan dia datang dekat pada aku. Is bertanya kenapa muka aku pucat dan baju dan badan aku kotor. Aku hanya mampu menangis dan Is tanya apa yang terjadi pada aku tidak mampu menjawab.
Is tanya, aku sudah makan ke? Aku hanya geleng kepala. Is belikan aku makanan, selepas habis makan, Is tanyakan aku nak ke mana. Aku hanya mampu geleng kepala, memang aku tak tau nak ke mana. Is ajak aku pulang ke rumah dia dan suruh aku mandi.
Dia tunggu dekat luar. Dekat luar aku dapat dengar Is bercakap dengan seorang, mungkin tanya siapa aku? Orang itu tanya pada Is adakah aku isteri dia? Aku dapat dengar dengan jelas Is jawab, Ya. Aku menangis lagi setelah aku ingat apa yang aku katakan pada Is dulu.
Aku menjerit menangis hingga terdengar dari luar rumah. Is masuk ke dalam melihat aku yang terduduk di lantai, Is terus peluk aku. Aku menangis dalam pelukan Is agak lama tak berhenti. Setelah berapa bulan di rumah Is, perut aku s4kit kerana dah nak bersalin.
Is bawa aku ke hospital swasta dan setelah beberapa jam aku selamat melahirkan anak perempuan yang sangat comel. Semasa berpantang Is tidak benarkan aku buat apa pun kerja rumah. Semuanya Is yang kerjakan masak cuci kain baju sapu rumah semua Is yang buat.
Berapa bulan setelah melahirkan aku dapat call dari adik katakan ayah tengah s4kit dan ibu suruh aku pulang. Aku bagitau Is aku nak balik kampung untuk tengok ayah yang s4kit. Is setuju hantar aku balik kampung dengan kereta.
Kebetulan kami sampai di kampung sudah nak maghrib. Ayah suruh Is jadi imam solat maghrib di rumah. Aku tidak pernah tahu macam mana suara Is bila baca AL Fatihah. Sebab waktu di rumah Is setiap hari solat di masjid dan Is sangat rajin beribadah. Itu yang membuat aku menyesal sangat aku tolak cinta Is waktu di universiti dulu.
Is nampak malu – malu bila ayah suruh dia jadi imam di rumah ayah. Ketika Is baca AL Fatihah, ayat pertama saja air mata aku mengalir kerana suara itulah yang aku dengar setiap kali masuk waktu solat. Suara yang sama datang dari masjid berdekatan dengan rumah Is. Pada rakaat kedua aku pitam, pengsan,
Sedar saja dari pengsan aku menangis dalam bilik. Ibu kakak dan adik masuk ke bilik tanyak kenapa aku menangis aku hanya katakan aku terlalu banyak dosa. Kerana waktu baru sampai rumah ayah tanya adakah Is adalah N. Is hanya angguk saja.
Aku bagitau ibu hal sebenar, Is bukanlah N. Aku katakan pada ibu, Is bukan orang yang jahat macam N. Aku katakan Is adalah imam di kampung tempat aku dan Is tinggal. Ayah tidak marah aku mungkin setelah tau Is adalah imam dan ayah kata suara Is masa imam sangat bagus tajwidnya.
Malah ayah katakan tajwid ayah kalah. Ayah tersenyum pada Is. Ayah tanya Is sudikah dia jadikan anak dia yang kotor ini sebagai isterinya. Is jawap dia sudah lama tunggu aku setuju untuk dia halalkan. Setelah berapa hari di kampung Is pulang aku tinggal di kampung uruskan pernikahan kami.
Berapa bulan setelah itu Is datang lagi ke kampung untuk pernikahan kami. Malam pertama bersama Is, aku menangis lagi ingatkan kata – kata hinaan dan cacian aku pada Is yang sekarang jadi suami aku. Aku juga menangis ingatkan kenapa aku tolak cinta Is dulu dan kenapa aku sanggup serah kesucian aku pada lelaki durjana itu.
Kini 12 tahun aku sudah jadi isterinya Is dan kami sangat bahagia. Is juga manjakan aku lebih dari segalanya. Saat ini kami punya 2 puteri dan 2 putera dan sikap Is tidak pernah berubah dari awal kami jadi suami isteri. Setiap pagi dia akan bangunkan aku dengan kucupan di dahi setelah itu barulah dia bangunkan anak-anak untuk solat subuh dan pergi sekolah.
Setelah nikah baru aku tau kedai makan yang pertama kali jumpa dengan Is adalah milik Is. Alhamdulillah sekarang kami sudah ada dua kedai makan. Tiap kali Ramadan kami akan pulang ke kampung dan ayah sangat sayang dengan Is.
Is adalah ‘malaik4t’ yang datang saat aku hampir h4ncur. Is datang bagai angin yang tidak pernah akan berhenti untuk selamatkan aku dan keluarga aku. Pakaian aku juga semuanya aku longgarkan sejak bersama dengan Is.
Kini aku sangat bersyukur kerana Is sangat bijak bimbing aku dan anak – anak ke jalan Allah. Is sangat rajin puasa sunat, Isnin, Khamis dan Sabtu. Tidak pernah miss tiap minggu. Walaupun di rumah sekarang ini ada pembantu rumah.
Setiap hari Is selalu buat aku anak – anak tertawa setiap kali duduk di hall mahu pun di meja makan. Tidak pernah tinggikan suara saat berbincang dengan aku. Kadang kadang aku menangis bila aku ingat kata – kata aku yang dulu pada Is.
Aku berfikir kalau dari dulu aku terima cinta Is, aku tidak akan sampai pernah cuba nak bvnvh diri. Itulah kisah aku. Entah ikhtibar apa yang dapat pembaca ambil tapi aku tulis sebab aku bersyukur dapat suami macam Is. – Mira (bukan nama sebenar)
Baca juga: