Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Nama aku MEL, umur aku 26 pada tahun ini 2023.
Aku ingin berkongsi kisah hidup aku yang aku anggap tragik. Aku dulu nya seorang sangat baik seorang yang akur akan kedua ibu bapa ku.
Namun semuanya berubah saat aku berkenalan dengan dia yang ku gelar LEMON. Sejak bertemu Lemon hidup aku agak kucar kacir.
Semuanya musnah dari segi impian dan cita cita. Aku menjalinkan hubungan dengan Lemon sejak 2011. Dari situ aku sering buat kerja terkutuk.
Aku sangat menyesal bila imbau balik kenangan tu. Rasa macam nak hempas diri aku dekat batu.
Aku buat kerja terkutuk sehinggalah aku disahkan mengandung pada usia 16 tahun. Malu aku dan keluarga bukan kepalang sejak kes aku mengandung tersebar.
Aku kena buang sekolah dan macam macam lagi. Tapi Allah swt masih sayang aku dengan menghadirkan seseorang yang sanggup adopt anak aku dan jaga anak aku dengan penuh kasih sayang.
Selepas aku melahirkan, aruwah ayah berusaha untuk menghalang aku dari dekat dengan Lemon tapi bdoh nya aku masa tu datang lagi.
SAYANG konon. Cinta monyet yang bdoh. Aku masih mencari Lemon walau apa keadaan sekalipun. Akhirnya hubungan cinta bertaut kembali.
Ayah ku pasrah tak mampu berbuat apa apa. Kalau lah boleh diputar waktu aku nak peluk sujud kaki ayah dan mintak maaf sebab degil.
Okay sambung kisah selepas terjalin semula cinta yang putus.
Setelah habis kisah mengandung, aku menyambung pelajaran di tingkatan 5 di sebuah sekolah yang lain kerana sekolah yang lepas dah ada rekod yang tak cantik.
Aku belajar dan habiskan SPM aku. Aku tau aku boleh tamat sekolah dengan cemerlang jika aku belajar betul betul. Tapi yelah bdoh nya aku waktu ni.
Jujur aku cakap hubungan aku dan Lemon since 2011-2014 penuh dengan toksik (tak boleh bercakap dengan lelaki tak boleh buat kerja kursus dengan lelaki, tak boleh rapat dan ada mesej lelaki, kena pkul sampai pecah buluh mata lebam sana sini masih tak serikkan diri aku ni)
Tapi entahlah apa yang aku fikirkan diwaktu itu.
Semuanya makin melarat sehingga aku menikah dengan Lemon pada 2017, dalam masa terdekat aku melahirkan anak. Bermulalah hidup dalam neraka dunia.
Aku bersalin kan anak sulung lebih kurang 2018. Sejak tu aku menguruskan anak aku sendiri dengan kudrat yang ada dengan mental yang separuh sihat.
Aku kerap menangis namun dia tak pernah tahu. Aku simpan sendiri. Bukannya aku tak pernah share dengan Lemon, pernah je tapi Lemon buat tak tahu.
Senang cerita aku tak pernah dapat moral dan fizikal support dari Lemon.
Untuk pengetahuan korang Lemon tak pernah bantu aku dalam proses pantang, tukar pampers anak (tak boleh tengok najis geli katanya) buat susu anak pun, tak pernah jaga anak dikala anak terbangun waktu malam.
Semuanya dilepaskan pada ku 100%. Aku cemburu tengok suami orang lain boleh buat apa yang dia tak boleh buat. Urus anak malas, pergi carik nafkah pun malas.
Aku tak pasti apa yang difikirkan. Lemon lebih gemar aku yang bekerja. Di fasa ada anak 1 dia tak bekerja, kami dibela oleh ibu nya dan ibu aku.
Lemon suka makan. Aku lah yang jadi mangsa kena jerit tak kira masa dan kena paksa masak untuk yang dipertuan agong.
Walaupun aku sangat penat dek kerana uruskan anak seorang diri. Kalau tak diikutkan pasti dihujat dijerkah.
Lemon kerap pukul aku waktu tu sampai ibu dapat tangkap kesan lebam lebam. Ibu mendiamkan diri begitu juga aku.
Sampai lah satu hari aku tak tahan dan aku buat plan dengan ibu nak larikan diri dari lelaki durjana tu.
Aku sudah penat di buat seperti sampah. Pukul aku diwaktu pagi, jimak aku diwaktu malam. Macam tiada perasaan.
Aku larikan diri sewaktu ada peluang dan pergi jauh dari sini dan yang paling penting jauh dari sisi Lemon.
Aku pergi jauh dan tinggalkan anak dijagaan keluarga buat sementara waktu. Diwaktu itu aku ambik masa untuk bekerja dan cantikkan diri aku semula.
Buat pertama kalinya aku dapat tidur dengan tenang. Tanpa dengar jeritan suami suruh masa dikala pukul 2 4 6 pagi.
Tapi semua tu tak tahan lama kerana drah muda yang perlukan belaian lelaki. Suami carik aku dan pujuk rayu aku semula…
Akhirnya aku tumbang dan aku patah semula pada lelaki yang ku gelar suami. Episod hitam berulang kembali dan aku disahkan mengandung anak kedua. Masih tak serik kan, bdohnya aku.
Di dalam fasa mengandung Lemon langsung tak bekerja. Malas katanya. Jadi aku lah yang bekerja.
Macam macam yang aku lalui tapi fasa kandungan aku kalini paling penat dan tak bermaya.
Masih teruskan hubungan sehingga melahirkan anak kedua. Sekali lagi aku yang buat semua sehinggakan sedikit sebanyak tinggalkan kesan trauma dalam diri aku untuk mengandung lagi.
Aku pernah tanya Lemon, adakah tugas jaga anak ialah tugas aku seorang? Dia sambil palingkan muka dan berbaring cakap yelah ini tugas kau.
Dan adakah tugas carik rezeki pun tugas aku?
Tapi aku tak tanyakan soalan tu padanya. Aku hanya tanya diri sendiri.
Pernah satu masa tu aku masak dari pukul 10 pagi sehingga 3 petang sebab taste masak aku tak kena ngan lidah dia. Terlalu pedas lah itu ini.
Dia baling makanan macam tu sahaja. Aku kutip dan masak semula. Dengan anak anak menangis tak mandi. Dia hanya baring tidur jerit tanyakan makanan dah siap ke belum.
Bagaimana perasaan suri jika ditempat saya. Aku lelah penat dan terasa ingin bnuh dia disaat mulutnya terbuka. Dia tak pernah puji aku atau beri kata semangat untuk aku.
Hanya cacian sahaja. Sehinggakan aku hari hari doa semoga ada perempuan yang boleh sondol suami aku dan sambunglah kontrak aku sebagai isteri.
Bila Lemon buat aku macam ni sekaligus dia dah keringkan air mata aku buat dirinya. Tiada lagi doa supaya jadi suami yang baik buat diri aku. Aku dah tak ingin hidup dengan nya.
Aku kalau boleh biarlah dia terlepas talak sebab saat tu aku ambil anak ic dan mykid keluar dari rumah neraka ni (saat ni aku dah ada rumah sendiri, rumah kerajaan)
Sejak akhir ni aku sering google rumah perlindungan sebagai backup plan sekiranya dia dera aku (dari segi fizikal dan mental) kalini bila aku pergi aku takkan berhubung dengan dia dan keluarga nya lagi.
Dan aku akan pergi jauh dari sini sejauhnya bersama anak anak. Aku tak kisah digelar nusyuz biarlah hanya Allah yang tahu niatku.
Mungkin apa yang jadi adalah balasan dosa buat diriku.
Banyak kisah yang aku skipkan dan ringkaskan. Aku menaip bukan sebab nak show off kisah hidup aku ini hanyalah lebih kepada ibarat melepaskan pekung di dada.
Sekurangnya aku sudah meluah dan kuranglah sikit beban yang aku pikul.
Setakat ini kisahku..
Reaksi Warganet
Noradila Ismail –
Bagaimana perasaan suri jika ditempat begini? Jawapannya dah lama suri lain angkat kaki dik.
Awak didera mental dan fizikal. Tapi boleh lagi tu awak percaya dia sayang awak? Sayang menda gitu dik.
Kesian kat awak, tapi kesian lagi dekat mak ayah awak dan anak anak awak. Sebab cinta, nafsu dan tamau dengaq cakap orang tua sanggup hidup didera.
Pastu awak tanya. Dah dibantu lari, pi dok patah balik sua diri. Hadap jala dik. Cukuplah doa perempuan lain sondol.
Moga perempuan lain bijak tak sondol laki tak guna. Jangan doakan kemusnahan perempuan lain.
Doakan supaya diri awak di buka hati dan akal ada kekuatan atas hidup awak sendiri. Islam tu indah. Kenapa nak rosakkan diri hidup terdera pun akak tatau hang ni
Al Khaleel –
Dik, akak nk tanya adik, apa fungsi suami kamu dalam rumahtangga? Adik cari nafkah, adik urus semua.
Adik bahagia ke macam ni? Kenapa nk siksa diri? Nak tunggu suami cerrai? Percayalah suami adik takkan cerraikan adik.
Pergilah pejabat agama, buatlah tuntutan cerrai. Teruk dah adik ni. Tak guna nak teruskan hubungan ni. Jangan cakap adik simpan suami ni untuk hubungan fizikal ye?
Sudah sudahla fikir. Buatla sesuatu. Taat suami bila suami taat Allah! Jangan taat membabi buta. Kejam dan zalim pada diri sendiri namanya tu.
Jangan takutla jadi janda. Jaga ank. Jaga diri. Hidup aman. Nanti bahagia akan datang sendiri insyallah.
Illyas Aziz –
Malas nak cakap banyak. Solusi dia.
1. Jangan melarikan diri, itu nusyuz.
2. Pergi hospital, minta doktor buat laporan perubatan untuk dera mental fizikal.
3. Pergi balai polis report penderaan.
4. Bawa report hospital dan polis ke JKM minta perlindungan.
5. Bawa report hospital dan polis serta surat sokongan JKM ke jabatan agama minta cerrai kerana dharar dan culas nafkah.
Tapi kalau sekadar nak meluah. Abaikan je. Selamat maju jaya. Kesian dekat anak tu