Min blh tlg siarkan tak? Curang Dalam Perkahwinan. Min, saya ingin ceritakan disini sebagai iktibar buat semua.. pada mulanya saya tak pernah terpikir akan curang dgn suami..
Saya selalu berjanji akan setia walaupun dia pernah melukai hati saya. Sehinggalah teman lelaki yang lama berjumpa kembali di media social..
Kami mula bertegur sapa, dia begitu mengambil berat tentang diriku..
Yela, en suami siang dan malam dengan telefon bimbitnya. Bercakap dengan suami macam cakap dengan dinding..
Jadi, aku berhubungan dengan ex hanyalah sekadar teman untuk melepaskan segala luahan tekanan.. dan akhirnya perasaan sayang dan rindu datang..saya sedar saya buat silap dan
Saya mula jauhkan diri, saya off segala media sosial..block semua hubungan dengan ex.. tetapi ex tetap mencari sehingga di ofis.. saya jadi takut.. saya selalu berdoa untuk kuatkan hati saya..
Saya taknak hancurkan rumah tangga saya dan dia.. Tapi yang menjadi masalah besar saya tak pernah dicium oleh suami sepajang lebih 10 tahun berkahwin bila ex nak cium saya jadi teringin sangat..
Saya taktau knp suami tak nak cium.. dia tak suka.. ini yang menjadikan saya takut sgt.. digoda oleh ex.. doakan saya kuat.. saya takkan hancurkan rumahtangga saya dan dia hanya kerana nafsu.