Kisah orang tua yang ditinggalkan di pusat jagaan pastinya meruntun hati kerana kisah mereka adalah yang dilalui sendiri berdasarkan pengalaman hidup yang sangat lama.
Selain kisah percintaan yang tidak kesampaian, kisah kisah sedih anak tinggalkan ibu bapanya di pusat jagaan juga sangat menyedihkan hati
Tidak seharusnya anak memperlakukan orang tuanya begitu kerana telah berkorban masa dan tenaga untuk membesarkan si anak sehingga menjadi orang berguna.
Salam kepada pembaca semua. Nama saya Karmila. Saya bekerja di rumah pusat penjagaan warga emas di daerah X. H
arini saya nak ceritakan mengenai tiga orang sekawan yang dah menetap di sini sekian lamanya.
Cerita ni memberi inspirasi kepada saya dan saya juga mahu kongsikan supaya cerita ini juga dapat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana. Saya telah bekerja di rumah orang tua tua ni sepuluh tahun. Saya mempunyai ijazah tetapi memilih bekerja sebagai pembantu di sini.
Walau apa yang orang sekeliling cakap tentang pekerjaan saya, saya suka bekerja di sini disebabkan ibu dan ayah saya dah lama meninggal dunia. Saya anggap semua warga tua di sini sebagai ibu bapa saya. Setiap w4rga emas di sini mempunyai kisah silam yang tersendiri tapi saya nak fokus kepada kisah tiga wanita sekawan.
Tiga sekawan tu adalah Nek Odah (78 tahun), Nek Kiah (76 tahun) dan Nek Salwa (75 tahun). Mereka tidak datang secara serentak. Nek Odah yang pertama sampai. Setahun lepas tu Nek Salwa dan beberapa bulan lepas tu pula Nek Kiah.
Mereka menjadi rapat setelah pusat kami menjalankan satu program memasak dan merewang bersama sama. Kebetulan, saya ditugaskan bersama mereka. Dari situlah kami berempat sangat rapat. Saya mulakan cerita Nek Odah.
Dia ni seorang yang sangat periang. Sepanjang saya bekerja di sini sekalipun saya tak pernah nampak dia sedih atau marah. Bibir dia sentiasa terukir dengan senyuman. Orangnya lemah lembut. Kulitnya putih dan halus mulus.
Dia dihantar di sini disebabkan oleh dia tiada w4ris dan berpeny4kit yang memerlukan pemantauan. Nek Odah ni bagitahu saya dia tidak pernah berkahwin. Dia memilih untuk tidak mendirikan rumah tangga. Dulu, dia pernah bercinta dengan seorang pemuda.
Sayangnya, pemuda itu cuma seorang petani dan percintaan mereka tidak direstui oleh keluarga Nek Odah yang boleh dik4takan berketurunan orang ada – ada. Cinta antara dua darjat. Nek Odah memberontak dan tetap berkeras mahu berkahwin kerana katanya cinta itu buta dan dia kata walaupun semua membidas bahawa cinta sahaja tidak mampu mengenyangkan, tetapi dia menganggap kelaparan bersama orang yang dicintai itu ada bezanya.
Tidak perlu menjadi kaya. Rezeki yang mencukupi, hidup yang penuh dengan kasih sayang sudah memadai. Kaya belum tentu bahagia. Nek Odah mengajak pemuda itu untuk kahwin lari tetapi pemuda itu ternyata seorang yang sangat budiman.
Dia menolak dan mengatakan perkahwinan tanpa keberkatan tidak akan berseri dan bercahaya. Pelbagai cara pemuda itu lakukan untuk menangkan hati orang tua Nek Odah tapi sikit pun tidak terkesan. Malah pemuda itu diherdik dan dipermalu di khalayak ramai.
Maka, mereka pasrah dan menganggap jodoh mereka tiada. Namun begitu, dalam diam mereka masih berbalas surat dan surat terakhir pemuda itu adalah sekeping kad kahwin. Ketika itu hati Nek Odah bagai disi4t – si4t. Dia menangis berminggu lamanya.
Dirasakan keindahan dunia terlerai dan sama sekali tidak memihak kepadanya. Nek Odah benci ayahnya. Dalam keikhlasan menerima ketentuan takdir, Nek Odah berjanji kepada dirinya yang dia tidak akan berkahwin dan akan setia memegang cintanya kepada pemuda itu.
Sewaktu ayah Nek Odah ingin menjodohkan dia dengan pemuda pilihannya, Nek Odah melarikan diri ke kota selama bertahun-tahun lamanya. Dia hanya pulang ketika mendapat khabar bahawa ayahnya sedang n4zak menunggu dijemput malaik4t.
Sempat dia meminta maaf sebelum ayahnya menutup rapat mata. Berlaku perebutan harta antara adik beradik yang menyebabkan Nek Odah bertindak untuk pergi dan memutuskan hubungan kekeluargaan. Tidak terkira berapa lamaran dan pinangan semuanya ditolak.
Setiap hari dia berdoa kepada Tuhan semoga pemuda yang dicintainya hidup bahagia bersama pasangan serta keluarganya. Nek Odah cakap, matangnya seseorang itu apabila dia memilih untuk mendoakan kebahagiaan yang tidak dapat dimiliki.
Dia boleh sahaja pergi berjumpa pemuda itu semula dan mer4mpasnya kembali. Namun, jodoh itu bukan p4ksaan. Kita boleh bercinta selama seratus tahun tapi jika bukan dengan keizinan Tuhan, tetap kita terpisah dihanyut arus berbeza.
Katanya, jika dia memilih untuk berkahwin, tidak adil untuk lelaki itu sebab dia tahu, dia tidak akan dapat mencintai sepenuhnya. Ibarat memiliki jasad kosong yang hatinya sudah dibawa angin kencang yang tidak akan kembali.
Nek Odah seringkali digelar sebagai andartu. Saya melihat sekeping gambar pemuda itu. Sangat kacak, tinggi, berbaju kemeja kotak kotak, bersongkok sedikit senget bersama basikal tua. Tidak pasti kulitnya berwarna apa kerana gambar itu berwarna kecoklatan.
Mereka berdua bagai pinang dibelah dua. Saya juga melihat kad kahwin dan membaca surat surat pemuda itu (dengan izin Nek Odah). Surat terakhir, tiada lagi bait – bait kata romantis, hanya sekeping kad sebagai tanda melepaskan, melupakan dan meneruskan hidup merentasi haluan yang berbeza.
Seterusnya cerita mengenai Nek Salwa. Dia ni seorang yang pemalu jika baru kenal. Berbadan sedikit gempal, berkulit sawo matang, giginya sedikit ke depan, ada tanda lahir besar warna biru di sekitar sebelah mata kanan menjala ke bahagian pipi dan orangnya kalau bercakap sangat berlapis, katanya bimbang ada hati yang tergurls.
Nek Salwa menetap di sini juga kerana tidak mempunyai w4ris. Berbeza dengan Nek Odah, Nek Salwa ni menghabiskan 37 tahun dalam hidupnya mencari cinta sejati. Nek Salwa kata, dia bukanlah seorang wanita yang men4wan.
Berbeza betul dengan adik beradiknya yang lain. Mak dan ayahnya juga pilih kasih dan selalu menyisihkannya kerana malu akan keadaan dirinya. Zaman Nek Salwa kebanyakan wanita berbadan kerengga, berbaju kebaya dan sangat bergaya.
Nek Salwa pula tidak memenuhi standard kecantikan waktu itu. Tiada lelaki memandang, jauh sekali memik4tnya. Kebanyakan lelaki mengelak dan mengejek rupa parasnya. Ada pula yang takut melihat dirinya. Ketika itu, dirasakan bahawa dirinya begitu kerdil.
Nek Salwa pernah tidak makan seminggu untuk kuruskan badan sehingga pada akhirnya dia dikejarkan ke hospital. Bukan dipujuk orang tuanya malah Nek Salwa dimarahi kerana bil rawatan ketika itu agak mahal. Nek Salwa terus berusaha mencari dan mencari jejaka idamannya.
Dia percaya pada akhirnya dia akan berjumpa dengan seseorang yang boleh menyayangi dan menerima keadaan dirinya seadanya. Dia nak rasa dikasihi. Melihat orang lain bermadu kasih bermesra. Nek Salwa juga menginginkan semua itu.
Dia dahagakan kasih sayang yang tak pernah dimiliki. Nek Salwa ni seperti rumput mencari kuda. Katanya, sepanjang pencariannya, dia bertemu dengan pelbagai jenis lelaki. Kebanyakannya semua berpura-pura dan hanya mengambil kesempatan atasnya. Ibarat hidung diciuum, pipi digigit.
Nek Salwa juga pernah bekerja menanggung hidup seorang lelaki. Dijanjikan bulan bintang untuk berkahwin dan akhirnya menghilangkan diri begitu sahaja setelah duit habis dikaut. Disaat Nek Salwa berputvs asa, Tuhan kurniakan seorang jejaka yang sangat baik.
Melihat pada foto, jejaka itu amat manis orangnya, kemas dan rupanya seperti lelaki melayu asli. Kata Nek Salwa, rupa paras itu bukan hak utama, cukup sekadar rasa cinta yang ikhlas. Kemudian mereka berkahwin. Suaminya itu seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka sederhana sahaja.
Setiap hari, Nek Salwa akan menunggu dan menyambut kepulangan suaminya. Setiap hari juga Nek Salwa akan bertanyakan soalan yang sama iaitu adakah suaminya masih mencintai dirinya walau rupanya hodoh tidak secantik bid4dari.
Tanpa jemu, dengan rasa penuh cinta, jawapan suaminya itu tetap sama mengatakan Nek Salwa wanita paling cantik yang menetap di hatinya. Setiap kali itulah hati Nek Salwa berbunga bunga. Suaminya itu, setiap hari membawa pulang bunga yang entah dari mana dikutipnya.
Kalau Nek Salwa merajuk, akan ada yang memujuk. Oh, macam ini rasanya dicintai. Begini rasanya berada di tangan lelaki yang tepat yang membolehkan kita berhenti meragui kekurangan diri sendiri. Setiap hari juga Nek Salwa bimbang bagaimana jika suaminya pergi dahulu?
Pasti dia tidak akan dapat hidup tanpa kasih sayang suaminya. Lantas itu, setiap hari Nek Salwa berdoa supaya Tuhan menjemputnya dahulu sebelum suaminya. Berharap pengakhiran seperti kisah dongeng malah berakhir tragis apabila suaminya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mer4gut nyawa. Tepat setahun lepas perkahwinan mereka.
Angan-angan dalam meniti hari-hari tua bersama, hilang ikut masuk bersama ke liang lahad. Sejak kehilangan, Nek Salwa lebih selesa menyendiri. Dia juga merasakan seolah olah Tuhan mahu menunjukkan bahawa Dia boleh memberi kebahagiaan dan Dia juga boleh menarik bila bila dikehendakiNya. Kerana manusia itu sekadar pinjaman. Bahagia bersama manusia itu cuma sementara.
Nek Salwa sedar bahawa dia terlalu dambakan cinta manusia. Seharusnya yang diagungkan adalah cinta Tuhan yang pastinya kekal dan abadi. Dia terlalu ingin menjadi cantik seperti wanita lain, memenuhi standard kecantikan yang ditetapkan oleh manusia, dicintai manusia.
Sedangkan tiada satu ciptaan Tuhan yang jelek dan tiada cinta yang lebih besar melainkan rahmat Tuhan akan h4mbaNya. Peristiwa ini membuka matanya. Sesungguhnya, Dia mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Kata Nek Salwa, seharusnya kita bersyukur dengan pemberianNya kerana hanya untuk bernafas sahaja pun memerlukan izin dari Tuhan.
Jangan gusar sekiranya jodoh belum berkunjung tiba, jangan susah hati melihat kelajuan orang sekeliling membina kehidupan. Lain orang, lain rentaknya. Kalau semua berlumba-lumba mengejar rentak yang sama, kita mungkin akan terlepas sebahagian kemanisan dalam hidup.
Jangan ulangi kesilapannya. Hargai setiap detik kehidupan mengikut alunan sendiri. Juga diingatkan bahawa Tuhan itu memberi sesuatu sesuai dengan keadaan kita. Tidak lambat, tidak pula cepat. Hanya tepat pada waktunya.
Teruskan berdoa sehingga apabila tiba waktu pemberian, kita bersyukur atas kasih sayang Tuhan kepada kita dahulu sebelum bersyukur mendapat sesuatu yang kita ingini. Satu lagi, cantik itu subjektif. Kita akan jadi cantik dimata orang yang tepat.
Tuhan ciptakan manusia berlainan antara satu sama lain supaya dunia lebih berwarna. Tidak hanya wujud sejenis bunga dan sejenis kumbang. Raikan kepelbagaian dan perbezaan. Dan yang terakhir adalah kisah Nek Kiah. Dia ni seorang yang agak pendiam. Tidak banyak bicara.. orangnya berkulit kuning langsat, bertubuh kecil dan matanya sangat redup.
Pada awal kedatangannya, Nek Kiah ni amat sukar untuk didekati. Pembantu lain pun menyerah tidak mahu menguruskannya. Nek Kiah bukan seorang yang perengus tapi setiap kali bertanya dia cuma diam dan banyak termenung.
Berkat kesabaran dan hasil pertolongan daripada Nek Odah, akhirnya Nek Kiah jadi sem4kin membaik. Katanya, dia takut dengan persekitarannya. Nek Kiah dihantar ke sini oleh anak lelakinya. Pada mulanya, anaknya ada datang melawat sekali lepastu terus menyepikan diri.
Bila saya cuba telefon, tidak dapat dihubungi. Tahulah saya, Nek Kiah sebenarnya telah dibuang. Lama kelamaan bila saya dah mula dapat kepercayaan Nek Kiah barulah dia bercerita mengenai keluarganya. Nek Kiah ada empat orang anak.
Seorang lelaki sulung dan tiga perempuan. Anak lelaki tidak mahu menjaga kerana menantunya tidak sukakan dia. Manakala anak-anak perempuan semua mengikut suami masing-masing. Nek Kiah merasakan bahawa dirinya beban untuk anak sulungnya kerana mereka selalu bertengk4r suami isteri.
Cucu-cucunya juga takut melihat Nek Kiah. Maka, dia ikhlas sahaja bila anak lelakinya menghantarnya ke sini. Nek Kiah pada zaman mudanya juga berkahwin dengan pilihan daripada orang tuanya. Dia hanya menurut segala aturan keluarga dan lelaki itu adalah lelaki pertama yang dicintainya.
Ayahnya berkata lelaki itu baik budi pekertinya dan sangat menghorm4ti orang tua. Kemudian, mereka dinikahkan. Namun begitu, semuanya indah khabar dari rupa. Lelaki itu, hanyalah berpura-pura di hadapan orang ramai. Lelaki itu seorang yang panas baran dan kaki perempuan.
Dia mem4ksa Nek Kiah untuk bekerja mencari wang manakala dia bersenang lenang bermain perempuan. Setiap kali saya mandikan Nek Kiah, saya melihat bekas lecuran dia belakang badannya kerana disimbah minyak panas, parut – parut penuh di tangan dan kaki.
Semua tanda dibadannya adalah bukti perjuaangan dia untuk terus hidup. Lalu, atas dasar apa Nek Kiah bertahan? Anak-anak? Bukan. Apabila Nek Kiah mengadu kepada kedua orang tuanya, mereka cuma menyalahkan Nek Kiah yang tidak pandai menjaga suami.
Semuanya kerana kekurangan yang datang dari pihak Nek Kiah. Lelaki itu ibarat kain putih yang suci dari segala dosa yang dilakukan. Mereka lihat tanda yang memenuhi tubuh kecil Nek Kiah tapi semuanya membisu dan tidak berani ikut campur.
Jiran-jirannya juga begitu kerana takut akan per4ngai baran lelaki itu. Pernah Nek Kiah bercakap dengan orang tuanya untuk berpisah dengan lelaki itu, tapi ibunya mengherdik dan mengatakan lebih baik m4ti daripada menjadi janda.
Sterotaip pada masa itu kepada janda sangat serong. Seolah-olah menjadi janda itu adalah satu dosa besar dan perkara yang sangat memalukan. Lalu dia menerima suratan takdir dan menganggap semua yang berlaku adalah ujian untuk dirinya.
Mulutnya tidak henti berdoa supaya Tuhan melembutkan hati lelaki itu. Nek Kiah juga berusaha untuk tetap berbuat baik kepada lelaki itu walaupun dilayan kasar. Kata Nek Kiah, dia seperti menjadi pelangi untuk orang yang buta warna.
Setelah 14 tahun melayari bahtera perkahwinan yang mend3ritakan, akhirnya lelaki itu menjatuhkan talak tiga kepada Nek Kiah kerana menginginkan perempuan siam. Maka bermulalah kehidupan dia sebagai seorang janda.
Perkara yang paling ditakuti. Orang kampung memandang serong akan diri dan anak-anaknya. Wanita-wanita yang lain tidak mahu berkawan dengannya kerana mengira bahawa Nek Kiah akan mer4mpas suami mereka.
Hiduplah Nek Kiah sebatang kara dalam mengharungi liku-liku kehidupan membesarkan anak. Nek Kiah tidak kisah semua tu kerana yang penting akhirnya dia bebas dari ner4ka dunia. Namun begitu, disangka panas sehingga petang, rupanya hujan di tengah hari.
Begitu banyak tohmahan orang kampung terhadap dirinya sehingga seluruh keluarganya dipulaukan. Fitnah – fitnah mengenai dirinya juga turut sama berleluasa. Sedangkan mereka tahu perkara sebenar cuma cerita rekaan itu lebih indah untuk didengar bukan?
Kata Nek Kiah, kata-kata ni lebih meny4kitkan dari rasanya disimbah minyak panas ke badan. Kadang-kadang kita merasakan perkara itu biasa sahaja tapi menik4m untuk orang lain. Sentiasalah berlapis dalam mengucapkan kata-kata.
Kita tidak ingat apa yang diucapkan tapi boleh jadi kata kata kita akan sentiasa hidup dalam fikiran orang lain. Lebih meny4kitkan juga apabila anak-anaknya juga tidak menyebelahi dirinya malah menyalahkannya atas kekurangan hidup mereka.
Kata mereka, Nek Kiah ni lemah sebab tu mereka hidup susah. Ada juga lelaki miang yang ingin mengambil kesempatan namun semuanya ditepis. Ada pula yang kata, Nek Kiah ni jual diri sebab itulah mampu hidup tanpa suami.
Tapi katanya, dengan tulang empat kerat inilah dia besarkan anak-anaknya, semua dengan hasil yang halal. Tiada siapa yang tahu seawal jam 4.30 pagi dia dah bangun pergi ke ladang menoreh getah. Saya ada bertanya adakah Nek Kiah membenci lelaki?
Jawabnya tidak. Katanya mana mungkin semua lelaki itu jahat. Bagaimana ada lelaki jahat, begitulah adanya lelaki baik. Hidup itu seimbang ada baik dan jahatnya. Cuma takdirnya sudah diatur begitu. Dirasakan seluruh alam bersimpati akan nasib malangnya, namun kasih Tuhan mengatasi kasih manusia yang membolehkan Nek Kiah untuk tetap hidup melunaskan tanggungjawabnya dalam membesarkan anak-anak.
Kini tanggungjawabnya di dunia telah selesai, hanya tinggal perhitungan abadi. Tiada penyesalan kerana di hati kecilnya sudah pun meredhai segala titik silam dalam hidupnya. Pesanan Nek Kiah, wanita ini dicipta dari tulang rusuk lelaki namun tidak bermakna ianya lembut dan rapuh.
Jangan biar diri itu dipijak seperti alas kaki. Pedulikan pandangan masyarakat. Baik pun dik4ta, buruk pun akan tetap dik4ta. Selama mana kita hidup berpaksikan agama maka tiada satu pun yang dapat membvnvh jiwa kita. Hiduplah demi Tuhan kerana manusia tidak akan pernah puas.
Begitulah kisah trio wanita segila. Segila apa pun ujian hidup namun mereka tetap ikhlaskan diri menerima sambil mengharap redha dari Tuhan. Tahun lepas kami sambut hari lahir ketiga-tiganya serentak. Comel sangat semua warga emas di sini menyanyi lagu ulang tahun.
Terlihat Nek Salwa tersenyum bahagia. Mungkin ini kali pertama dia menyambutnya. Dan 3 bulan selepas itu, Nek Kiah menghembuskan nafas terakhir. Ketika itu keadaan sangat menghibakan. Hilang seri di pusat jagaan ini. Nek Odah dan Nek Salwa saling berpelukan menahan sedih.
Kata Nek Odah, seharusnya dia yang pergi dulu sebab dia lagi tua. Nek Salwa juga bilang, pend3ritaannya di dunia sudah pun berakhir. Semoga dia pergi dengan tenang dan semoga dia berbahagia di taman syurga. Kadang-kadang saya bawa Nek Odah dan Nek Salwa melawat kubvr Nek Kiah.
Terkilan sebab anak-anaknya sampai kini tak tahu ibunya telah pergi mengadap ilahi. Satu benda yang menyedihkan bila bekerja di sini, hayat mereka tidak panjang dan kita kena sentiasa bersedia menerima kehilangan.
Banyak lagi kisah kisah bagaimana setiap w4rga emas boleh datang ke sini. Semoga kisah yang satu ini memberi pengajaran kepada semua yang membacanya. Doakan semoga Nek Kiah dipermudahkan segala urusannya disana. Ceritanya sangat panjang. Terima kasih kerana sudi membaca. – Karmila (Bukan nama sebenar)