Terkini, digemparkan dalam program All Stars Gegar Vaganza, dua penyanyi memaparkan adegan berpegangan tangan
semasa membuat persembahan yang menerima kecaman hebat dari netizen.
Salah satu pasangan duet yang masing-masing telah pun berkahwin, Naqiu dan Misha yang membawa lagu Aku Dan Dirimu,
dikejutkan apabila terlihat berpegangan tangan dan bermesra di atas pentas.
Saya minta maaf dan saya lah yang bertanggungjawab. Saya akan pastikan benda tu tak berulang lagi.
Naqiu akui perbuatan mereka itu bukan dirancang dan dilakukan secara spontan semasa membuat persembahan bagi mendalami nyanyian dan mesej yang ingin disampaikan. Tetapi, dirinya sendiri tahu kali ini sudah melebihi batas.
Dilakukan di hadapan orang ramai sekaligus siaran langsung, sudah tentu akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penonton.
Geli lah persembahan macam ni, pegang-pegang tangan. Bukan mahram kan.
Melihat di ruangan komen, ramai warganet menyatakan rasa tidak selesa melihat adegan yang tidak sepatutnya dilakukan itu memandangkan mereka berdua sudah mempunyai pasangan masing-masing.
Lebih-lebih lagi, mereka juga bukanlah penyanyi baru yang tidak tahu akan perkara yang boleh menimbulkan kontroversi seperti ini.